[ENGLISH VERSION BELOW] Pada hari Ahad lalu, rakyat Malaysia pelbagai kaum dan agama telah berhimpun secara aman di Padang Kota Lama dalam program Kite4Palestine, satu simbol solidariti terhadap rakyat Palestin – khususnya kanak-kanak di Gaza, yang merupakan mangsa tidak berdosa namun menjadi sasaran utama dalam jenayah genosid yang sedang dilakukan oleh rejim Zionis Israel.
Program ini dianjurkan oleh gabungan pertubuhan masyarakat sivil dan komuniti akar umbi.
Himpunan ini menyatukan keluarga, anak muda dan aktivis dalam satu aksi penuh makna sebagai tanda ingatan dan penentangan damai. Kanak-kanak di sini hari ini menerbangkan layang-layang yang membawa mesej harapan, kebebasan dan maruah – saat kanak-kanak di Gaza sudah kehilangan langit untuk dinikmati.
Kite4Palestine adalah sebahagian daripada gelombang solidariti global yang sedang bangkit dari seluruh pelusuk dunia. Ia merupakan maklum balas rakyat terhadap bencana kemanusiaan yang sedang berlaku secara terang-terangan -dan satu tuntutan keadilan yang tidak lagi boleh diabaikan.
Sejak Oktober 2023, lebih 60,000 rakyat Palestin telah terbunuh – termasuk lebih 20,000 kanak- kanak. Dianggarkan bahawa 70% daripada mangsa adalah wanita dan kanak-kanak.
- Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or both
- Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara (ALIRAN), Maybank a/c 507246118995 or CIMB a/c 8004240948
- Make a pledge or schedule an auto donation to Aliran every month or every quarter
- Become an Aliran member
Lebih 150,000 lagi telah cedera, dan menurut Pejabat Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan PBB, Gaza kini mencatat jumlah tertinggi kanak-kanak kehilangan anggota badan [cacat] dalam sejarah moden.
Pengeboman tanpa henti oleh Israel ke atas hospital, sekolah, masjid dan tempat perlindungan bukanlah peperangan – ia adalah satu genosid. Jenayah ini telah dirakam, disaksikan dan disiarkan kepada dunia setiap hari.
Maka, diam bukan lagi pilihan!
Kami membantah sekeras-kerasnya terhadap lawatan Setiausaha Negara Amerika Syarikat Marco Rubio ke Malaysia.
Sebagai pendokong utama penyaluran dana dan senjata kepada Israel, kehadiran Setiausaha Rubio ke Malaysia merupakan satu penghinaan terhadap hati nurani rakyat negara ini.
Sokongan beliau terhadap dasar dan senjata yang menyebabkan pembunuhan beramai-ramai rakyat awam di Gaza bercanggah sama sekali dengan pendirian Malaysia yang teguh dalam memperjuangkan hak asasi manusia, keadilan dan kebebasan untuk rakyat Palestin.
Melalui himpunan ini, kami menyuarakan lima tuntutan mendesak rakyat Malaysia yang menjunjung keamanan, keadilan dan maruah insani:
- Gencatan senjata kekal serta pelaksanaan embargo senjata antarabangsa yang mengikat terhadap Israel
- Penubuhan tribunal jenayah perang antarabangsa yang bebas dan telus, dengan akses penuh untuk menyiasat kekejaman yang dilakukan di Gaza
- Penempatan pasukan perlindungan kemanusiaan antarabangsa ke Gaza, di bawah mandat kecemasan Perhimpunan Agung PBB
- Boikot global dan sekatan ekonomi terhadap syarikat-syarikat yang bersubahat dalam ekonomi genosid Israel
- Penyaluran segera dan tanpa halangan bantuan makanan, ubat-ubatan dan kemanusiaan ke Gaza. Pengagihan bantuan tidak lagi boleh dikendalikan oleh Gaza Humanitarian Fund (GHF), sebaliknya mesti disalurkan melalui organisasi yang dipercayai dan berkecuali seperti PBB dan Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin
Layang-layang yang diterbangkan Ahad lalu bukan sekadar hiburan (permainan) -ia adalah laungan menuntut keadilan, diangkat oleh anak-anak yang masih percaya kepada keamanan.
Di Gaza, kanak-kanak tidak lagi mampu bermain tanpa ancaman kematian. Di Pulau Pinang, anak-anak kita menerbangkan layang-layang bagi sahabat mereka di Gaza yang sudah tidak lagi mampu berbuat demikian.
Kami menyeru seluruh masyarakat yang berhati nurani: jangan berpaling. Palestin bukan sekadar isu luar negara – ia adalah ukuran keberanian moral kita, dan ujian terhadap kewarasan akal budi rakyat Malaysia merentasi kaum dan agama.
Kami juga menggesa kerajaan Malaysia serta semua pemimpin dunia agar bertindak tegas – melalui saluran diplomatik, ekonomi dan perundangan -terhadap kekejaman rejim Israel, serta menjunjung dan menegakkan undang-undang antarabangsa.
Setiap layang-layang yang diterbangkan hari membawa suara anak Gaza yang mahu terus hidup, tumbuh dan menikmati kehidupan. Kami tegaskan di sini: kami tidak akan berhenti selagi keadilan belum ditegakkan. – Kite4Palestin
English version
Kite4Palestine: From kites to a global call for justice
Last Sunday, people of all ethnicities and faiths gathered peacefully at the Penang Esplanade for Kite4Palestine, a symbolic expression of solidarity with the Palestinian people – especially the children of Gaza, who remain the most innocent yet most targeted victims of the ongoing genocide perpetrated by the Zionist Israeli regime.
Organised by a coalition of civil society organisations and grassroots communities, this gathering united families, youths and activists in a moving act of remembrance and resistance. Children flew kites bearing messages of hope, freedom and dignity – for those in Gaza who no longer have the skies.
Kite4Palestine is part of a global wave of solidarity actions rising from every corner of the world. It is a people’s response to a humanitarian catastrophe unfolding in plain sight – and a demand for justice that cannot be ignored.
Since October 2023, more than 60,000 Palestinians have been killed – including over 20,000 children. An estimated 70% of the victims were women and children.
Over 150,000 have been injured, and according to the UN Office for the Coordination of Humanitarian Affairs, Gaza now has the largest number of child amputees in modern history.
Israel’s relentless bombardment of hospitals, schools, mosques and shelters is not a war – it is a genocide. These crimes are documented, witnessed and broadcast to the world daily.
Silence is no longer an option!
We strongly protest the visit of US Secretary of State Marco Rubio to Malaysia.
As a leading advocate for the funding and arming of Israel, Secretary Rubio’s presence here was an affront to the conscience of the people of Malaysia.
His support for weapons and policies that enable the massacre of civilians in Gaza is incompatible with Malaysia’s longstanding stance on human rights, justice, and freedom for the Palestinian people.
From this gathering, we voice five urgent demands on behalf of all in Malaysia who stand for peace, justice and human dignity:
- A permanent ceasefire and the implementation of a binding international arms embargo against Israel
- The establishment of an independent and transparent international war crimes tribunal, with full access to investigate atrocities committed in Gaza
- Deployment of international humanitarian protection forces to Gaza, under the emergency mandate of the UN General Assembly
- A global boycott and economic sanctions against corporations complicit in Israel’s genocidal economy
- The immediate and unhindered delivery of food, medicine and humanitarian aid to Gaza is essential. Distribution must no longer be managed by The Gaza Humanitarian Fund (GHF) but instead be channelled through trusted and neutral organisations such as the UN and the Palestine Red Crescent Society.
The kites flown today were not mere toys – they were cries for justice, lifted by children who still believe in peace.
In Gaza, children cannot play or dream without the shadow of death. In Penang, our children flew kites for those who no longer can.
We call on people of conscience everywhere: do not look away. Palestine is not merely a foreign issue. It is a measure of our moral courage and a test of our moral clarity as the people of Malaysia of all ethnic groups and religions.
We also urge the Malaysian government and all global leaders to act decisively – through diplomatic, economic and legal means – to isolate the Israeli regime and uphold international law.
Every kite flown carries the voice of a child in Gaza asking to live. We will not stop until justice is served. – Kite4Palestine
Endorsed by / Disokong oleh:
- Mohd Azmi Abdul Hamid, presiden, Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim)
- Mohideen Abdul Kader, pengarah, Citizens International; president, Consumer Association of Penang (CAP)
- Cathie Sanchez and Tong Veng Wye, Palestine Solidarity, Penang
- MS Anuar Mahmod, pengerusi, Penang4Palestine
- Prof Madya Shaik Abdullah Hassan Mydin, pengerusi, Yayasan Nurul Islam
- Choo Chon Kai, koordinator, Marhaen Penang
- Zulfikar Abdul Aziz, pengerusi, Persatuan Penduduk Tanjong Bunga, Pulau Pinang
- Syed Mikael Rizal Aidid, setiausaha agung, Pertubuhan Pendidikan Terbang Tinggi Malaysia
- Nurfitri Amir Muhammad, Forum Kedaulatan Makanan Malaysia (FKMM)
- Borhan Omar, koordinator, Rural Malaysia
- Shamsul Ery Samsudin, pengerusi, Amani Malaysia
- Mohd Faruk Abdul Rahman, setiausaha, Amal Relief Malaysia (Pulau Pinang)
- Latiff Ahmad, setiausaha agung, Pertubuhan Menangani Gejala Sosial Malaysia (Unggas Malaysia)
- Mohd Shah Rizan Sazali, setiausaha agung, Teras Pengupayaan Melayu
- Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
- Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
- Raikan kerencaman dan keterangkuman
- Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
- Lawan rasuah dan kronisme
AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama











