Home Civil Society Voices Retorik anti-imperialis Malaysia sambil kerjasama dengan kuasa imperialis (Malay/English)

Retorik anti-imperialis Malaysia sambil kerjasama dengan kuasa imperialis (Malay/English)

Follow us on our Malay and English WhatsApp, Telegram, Instagram, Tiktok and Youtube channels.

[ENGLISH VERSION BELOW] Latihan ketenteraan Keris Strike 2025 yang dijalankan bersama oleh Malaysia, Amerika Syarikat (AS), dan Australia di Perak selama 14 hari bermulaan pada 17 Julai, mendedahkan hipokrasi terang-terangan dalam dasar luar Malaysia yang kononnya anti-imperialis.

Kerjasama dengan AS, kuasa imperialis yang paling agresif dan Australia – negara-negara yang membiayai dan mendukung genosid Israel di Gaza—menunjukkan komitmen Malaysia terhadap undang-undang antarabangsa dan perjuangan anti-imperialis ialah air liur basi semata-mata.

Beberapa hari sebelum latihan ini, Malaysia menghadiri Persidangan Den Haag (14-16 Julai) di Bogotá, Colombia untuk mengutuk jenayah Israel dan menyokong langkah menghentikan pemindahan senjata kepada rejim Zionis.

Namun, di sebalik kecaman diplomatik ini, kerajaan Malaysia dengan mesra menjemput tentera AS dan Australia, penyokong utama penjajahan Israel, untuk berlatih di tanah air kita.

Percanggahan ini bukan sekadar hipokrasi; ia adalah kerjasama langsung dengan mesin imperialis yang secara aktif melaksanakan genosid.

Corak kerjasama dengan imperialis

  • Penyertaan dalam Rimpac – Malaysia menyertai latihan Rim of the Pacific (Rimpac), permainan perang terbesar di dunia yang diketuai AS, bersama 28 negara lain, termasuk Israel. Dalam satu kenyataan oleh Kumpulan Protecting Oceania Hui, mereka dengan tepat mengutuk Rimpac sebagai alat pemiliteran dan keganasan penjajah. Tetapi Malaysia, walaupun berpura-pura anti-kolonial, tetap menjadi peserta setia.
  • Sambutan mesra kepada USS Abraham Lincoln – Pada November 2024, Malaysia dengan bangga mengalu-alukan ketibaan USS Abraham Lincoln, kapal pengangkut pesawat nuklear AS yang baru pulang dari memperkukuh hegemoni AS di Timur Tengah. Laksamana Adan Cruz mengakui peranan kapal tersebut dalam menyokong kekejaman dan keganasan Israel, tetapi Malaysia tetap menjemput anak kapalnya sebagai tetamu kehormat.
  • Keris Strike: Memperkukuh pengaruh imperialis – Latihan ini, yang dikatakan untuk “meningkatkan keselamatan serantau,” sebenarnya hanya mengukuhkan pengaruh tentera AS-Australia di Asia Tenggara. Kuasa-kuasa inilah yang:
    • Membekalkan senjata kepada Israel untuk terus membunuh rakyat Gaza
    • Mengekalkan dominasi neo-kolonial ke atas Dunia Ketiga melalui pakatan ketenteraan
  • Bersama Lima: Warisan kolonial yang berterusan – Latihan tahunan Bersama Lima di bawah Five Power Defence Arrangements (FPDA), yang melibatkan Britain, Australia dan New Zealand, mengekalkan struktur keselamatan peninggalan penjajah di Asia Tenggara.

Kerjasama ketenteraan Malaysia dengan kuasa imperialis seperti AS dan projek penjajahan pemukiman seperti Australia bukan sekadar latihan teknikal, tetapi satu bentuk normalisasi – normalisasi keganasan genosid yang berterusan dan tidak berpenghujung.

Setiap kali tentera Malaysia berlatih bersama rejim yang membunuh rakyat Palestin, setiap kali kapal perang AS disambut dengan hormat di pelabuhan kita, dan setiap kali latihan bersama seperti Rimpac atau Keris Strike dijalankan, kita mengukuhkan mesej bahawa kekejaman Israel dan sekutunya boleh diterima sebagai “urusan biasa” dunia.

READ MORE:  Israel uses attacks to justify, escalate collective punishment against Palestinians

Normalisasi ini bukan sahaja mengaburi jenayah perang, malah menjadikan Malaysia sebagai rakan sekutu dalam mesin pembunuh yang sama. Dengan menyertai permainan perang imperialis, Malaysia secara tidak langsung menyatakan bahawa darah rakyat tertindas – di Gaza, di Papua Barat, di mana sahaja – boleh dikorbankan demi ‘kepentingan strategik’.

Jika kita benar-benar menentang genosid, maka kita mesti menolak sebarang bentuk kerjasama ketenteraan yang menjadikan keganasan ini sebagai rutin yang tidak boleh dipertikaikan.

Tindakan Malaysia jelas mencerminkan sifat borjuis komprador, kelas pemerintah yang walaupun bertopengkan retorik anti-imperialis sebenarnya memudahkan penjajahan kuasa asing. Negara Malaysia:

  • Bercakap tentang keamanan pada persidangan Den Haag, tetapi mengadakan latihan perang dengan rejim pembunuh
  • Mengutuk penjajahan Israel, tetapi berlatih dengan sekutu utamanya
  • Berlagak sebagai pembela Palestin, tetapi mengukuhkan hubungan ketenteraan dengan kuasa yang membunuh rakyat Palestin

Ini bukan sekadar tidak konsisten, bahkan juga merupakan kolaborasi kelas yang jelas. Pemerintah Malaysia, seperti pemerintah lain bagi negeri semikoloni di Dunia Ketiga, cuba menyeimbangkan retorik anti-imperialis dengan kerjasama ketenteraan, demi kepentingan mereka sendiri sambil mengorbankan rakyat tertindas, menunjukkan sifat oportunis yang cukup jelas.

Dari sudut sejarah, kuasa-kuasa imperialis Barat sejak 1960-an telah melancarkan serangan kepada rakyat Asia Tenggara. Pembentukan Malaysia dengan agenda neokolonial ke atas Sabah, Sarawak dan Brunei, Operation Coldstore di Singapura, martial law di Filipina, genosid di Indonesia dan perang imperialis di Vietnam. Tujuan tindakan-tindakan tersebut adalah untuk mengukuhkan posisi subahat kuasa-kuasa imperialis Barat dan memadam semangat revolusi Asia Tenggara.

Semuanya mencapai kemuncak dengan perjanjian FPDA, yang menguatkan kerapatan kuasa-kuasa imperialis dengan subahatnya. Antara kesan daripada perjanjian ini ialah latihan tahunan Bersama Lima, yang mengukuhkan kuasa imperialis Barat di Asia Tenggara.

Maka, golongan anti-imperialis di Malaysia (yakni semenanjung, Sabah, dan Sarawak) juga seluruh rantau ini harus:

  • Mendedahkan dan menentang semua kerjasama ketenteraan kelas pemerintah dengan AS, Australia dan kuasa imperialis lain.
  • Menuntut pengunduran segera dari Rimpac dan latihan bersama rejim pembunuh
  • Memperkukuh solidariti dengan gerakan anti-imperialis global, terutamanya yang melawan keganasan AS-Israel
  • Menolak hipokrasi: Tidak boleh lagi mengutuk imperialisme sambil menjemput tentera mereka.

Malaysia tidak boleh melaungkan anti-penjajahan sambil berjabat tangan dengan penjajah. Anti-imperialisme sebenar bermakna memutuskan semua hubungan ketenteraan dengan AS dan sekutunya – bukan mengadakan latihan perang bersama mereka. Selagi ini berlaku, retorik Malaysia hanyalah penipuan yang menyelindungi kerjasama dengan penjajah.

Tolak Keris Strike! Tolak Rimpac! Lawan imperialisme AS! Hentikan segala kerjasama dengan pendukung genosid!

English version

Malaysia’s anti-imperialist rhetoric while collaborating with imperialists

The Keris Strike 2025 military exercise, jointly conducted by Malaysia, the US and Australia in Perak for 14 days starting on July 17, exposes the blatant hypocrisy in Malaysia’s supposedly anti-imperialist foreign policy.

READ MORE:  Knowing the history of Israel-Palestine: Injustice from the start

Collaborating with the US, the most aggressive imperialist power and Australia – nations that fund and support Israel’s genocide in Gaza – proves that Malaysia’s commitment to international law and anti-imperialist struggle is nothing but empty rhetoric.

Just days before this exercise, Malaysia attended The Hague conference (14-16 July) in Bogotá, Colombia to condemn Israel’s crimes and support measures to halt arms transfers to the Zionist regime.

Yet, behind these diplomatic condemnations, the Malaysian government warmly welcomed US and Australian troops, key enablers of Israeli colonialism, to train on our soil.

This contradiction is not mere hypocrisy; it is direct complicity with the imperialist machine actively carrying out genocide.

Patterns of collaboration with imperialism

  • Participation in Rimpac – Malaysia joined the US-led Rim of the Pacific (Rimpac), the world’s largest war games, alongside 28 other nations, including Israel. The Protecting Oceania Hui Group rightly condemned Rimpac as a tool of militarisation and colonial violence. Yet Malaysia, despite its anti-colonial pretences, remains a loyal participant.
  • Rolling out the red carpet for the USS Abraham Lincoln – In November 2024, Malaysia proudly welcomed the arrival of the USS Abraham Lincoln, a US nuclear-powered aircraft carrier fresh from reinforcing American hegemony in the Middle East. Admiral Adan Cruz openly admitted the ship’s role in supporting Israeli brutality. Yet Malaysia still hosted its crew as honoured guests.
  • Keris Strike: Strengthening imperialist influence – This exercise, framed as enhancing “regional security”, actually cements US-Australian military dominance in Southeast Asia. These are the same powers that:
    • Supply weapons to Israel to continue slaughtering Gazans
    • Enforce neo-colonial domination over the Third World through military alliances
  • Bersama Lima: A continuing colonial legacy – The annual Bersama Lima exercise under the Five Power Defence Arrangements (FPDA), involving Britain, Australia and New Zealand, maintains the colonial security structure in Southeast Asia.

Malaysia’s military cooperation with imperialist powers like the US and a settler-colonial state like Australia is not just technical training but merely a form of normalisation – normalisation of endless genocidal violence. Every time Malaysian troops train with regimes that murder Palestinians, every time US warships are greeted with honours in our ports, and every time joint exercises like Rimpac or Keris Strike take place, we reinforce the message that Israeli atrocities and their allies’ crimes are just ‘business as usual’.

This normalisation not only obscures war crimes but makes Malaysia an accomplice in the same killing machine. By joining imperialist war games, Malaysia implicitly declares that the blood of the oppressed – in Gaza, West Papua, everywhere – is expendable for ‘strategic interests’. If we truly oppose genocide, we must reject all military cooperation that treats this violence as routine.

READ MORE:  Palestine: Recognition of what? And why?

Malaysia’s actions clearly reflect the nature of the comprador bourgeoisie, the ruling class which, despite its anti-imperialist rhetoric, actually facilitates the colonisation of foreign powers. The country of Malaysia:

  • Talks peace at The Hague but conducts war drills with genocidal regimes
  • Condemns Israeli colonialism but trains with its chief allies
  • Poses as a defender of Palestine while strengthening military ties with killers of the Palestinian people

This is not mere inconsistency, it is class collaboration. Like other semi-colonial Third World states, Malaysia’s rulers balance anti-imperialist posturing with military cooperation, serving their own interests while sacrificing the oppressed, a clear display of opportunism.

Historically, since the 1960s, Western imperialist powers have launched attacks on the people of Southeast Asia. The formation of Malaysia with a neocolonial agenda on Sabah, Sarawak and Brunei, Operation Coldstore in Singapore, martial law in the Philippines, genocide in Indonesia and the imperialist war in Vietnam. The purpose of these actions was to reinforce the position of the Western imperialist powers and to extinguish the spirit of the revolution in Southeast Asia.

It all culminated in the FPDA, which strengthened the closeness of the imperialist powers and their allies. Among the effects of this agreement is the annual Bersama Lima exercise, which further entrenches the power of the Western imperialists in Southeast Asia.

Therefore, anti-imperialists in Malaysia (ie the peninsula, Sabah and Sarawak), as well as the entire region must:

  • Expose and oppose all military collaboration with the US, Australia and other imperialist powers
  • Demand the immediate withdrawal from Rimpac and joint exercises with genocidal regimes
  • Strengthen solidarity with global anti-imperialist movements, especially those resisting US-Israeli terror
  • Reject hypocrisy: No more condemning imperialism while hosting its armies

Malaysia cannot chant anti-colonial slogans while shaking hands with colonisers. True anti-imperialism means cutting all military ties with the US and its allies, not holding joint war drills. As long as this continues, Malaysia’s rhetoric is just a smokescreen for collaboration with oppressors.

Down with Keris Strike! Down with Rimpac! Fight US imperialism! End all cooperation with genocide enablers!

Signatories:

  1. Angkatan Kesatuan Siswa Sosialis (Aksi)
  2. Gerakan Gabungan Anti-Imperialis (Gegar)
  3. Students Against Genocide Malaysia (SAGM)
  4. Sekolah Merdeka
The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support our work by making a donation. Tap to download the QR code below and scan this QR code from Gallery by using TnG e-wallet or most banking apps:
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x