Home Coalitions Clean and Fair Elections Institusikan mekanisme undi tidak percaya secara perundangan dengan lebih jela

Institusikan mekanisme undi tidak percaya secara perundangan dengan lebih jela

Follow us on our Malay and English WhatsApp, Telegram, Instagram, Tiktok and Youtube channels.

Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) merujuk kepada respon Perdana Menteri Anwar Ibrahim yang menyatakan bahawa kerajaan akan membenarkan usul undi tidak percaya jika dibentangkan di Parlimen dalam sesi ini.

Beliau menyatakan perkara tersebut di dalam perhimpunan bersama kakitangan Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya baru-baru ini.

Pihak pembangkang daripada Perikatan Nasional pula telah mendesak supaya Anwar Ibrahim meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri…

Isu supaya perdana menteri meletakkan jawatan atau ada pihak yang menyatakan ada sokongan yang lebih banyak menjadi gerak politik sekian lama bagi menunjukkan ketidakpercayaan kepada PM.

Setiap PM pernah mengalami tekanan politik yang sama sejak zaman Dr Mahathir Mohamad 1.0 sehinggalah zaman kerajaan “Madani” ini.

Bersih berulang kali dan sekali lagi mendesak supaya kerajaan secara serius menginstitusikan mekanisme undi tidak percaya dengan lebih jelas di dalam Perlembagaan Persekutuan, undang-undang seperti Akta Majlis Parlimen (Keistimewaan dan Kuasa) 1952 dan prosedur undi tidak percaya yang khusus di dalam peraturan mesyuarat Dewan Rakyat.

Bersih mengusulkan agar kerajaan memberi hak kepada mana-mana ahli Dewan Rakyat untuk mengusulkan undi tidak percaya kepada perdana menteri secara Perlembagaan dan memperkenalkan mekanisme yang lebih konstruktif iaitu mekansime constructive vote of no-confidence (undi tidak percaya berkonstruktif).

Mekanisme ini adalah jalan tengah antara memberikan hak kepada Ahli Dewan Rakyat untuk menyatakan ketidakpercayaan mereka kepada PM namun tidak memberikan hak itu wewenang agar tidak disalahgunakan untuk menyahstabilkan politik.

Mekanisme undi tidak percaya berkonstruktif ini memerlukan pihak yang membawa usul undi tidak percaya kepada PM untuk mendapatkan sekurangnya 26 ahli Dewan Rakyat yang lain serta membawakan calon PM alternatif.

Sekiranya calon PM alternatif tidak mendapat sokongan majoriti mudah di Dewan Rakyat, maka penyandang PM perlu menghadap Agong untuk membubarkan Parlimen bagi memberi laluan kepada pilihan raya.

Cadangan yang lebih khusus boleh dirujuk kepada dua laporan Bersih iaitu ‘Parliament in Government Formation’ dan ‘Unlocking the Power of the Dewan Rakyat’ yang ditulis oleh pakar hal ehwal parlimen, Maha Balakrishnan. Rajah mekanisme undi tidak percaya turut dipapar bersama kenyataan ini.

Isu kepercayaan kepada PM – yang mempengaruhi kepercayaan kepada kerajaan – bukanlah hal yang ringan.

Demokrasi negara kita perlu mempunyai keseimbangan antara memberi ruang kepada ahli Dewan Rakyat untuk menyatakan suara tidak percaya mereka secara institusi di peringkat Parlimen dan juga untuk perdana menteri menunjukkan bahawa beliau masih mempunyai sokongan serta keyakinan di Dewan Rakyat.

Hal ini penting untuk kestabilan politik negara tanpa menafikan kewujudan situasi yang memerlukan undi tidak percaya kepada PM di bawa ke Parlimen. – Bersih

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support our work by making a donation. Tap to download the QR code below and scan this QR code from Gallery by using TnG e-wallet or most banking apps:
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x