Home Coalitions Clean and Fair Elections NGO mahukan komitmen reformasi institusi – bukan ketidakstabilan politik (Malay/English)

NGO mahukan komitmen reformasi institusi – bukan ketidakstabilan politik (Malay/English)

Bersih held its first meeting with a serving prime minister when the team met Anwar Ibrahim on 28 February 2024 - ANWAR IBRAHIM/FACEBOOK

Follow us on our Malay and English WhatsApp, Telegram, Instagram, Tiktok and Youtube channels.

[ENGLISH VERSION BELOW] Bersih, C4 Center, Ideas, Projek Sama, Pusat Komas dan Transparency International ingin memberi respon kepada kenyataan Ketua Pembangkang Hamzah Zainudin di dalam sidang media beliau pada 24 Julai di Parlimen.

Sidang media tersebut antara lain memetik nama beberapa pertubuhan masyarakat sivil sebagai antara alasan mengapa himpunan Turun Anwar pada 26 Julai ini perlu diadakan susulan perjumpaan kami bersama ketua pembangkang pada 1 Julai yang lepas.

Walaupun kami berpandangan bahawa setiap rakyat mempunyai hak untuk berhimpun, terdapat beberapa isu yang perlu dijelaskan daripada kenyataan Hamzah.

Pada 1 Julai, Bersih, C4, Ideas, Projek Sama, Pusat Komas dan Transparency International Malaysia telah dijemput untuk mengadakan perbincangan bersama Hamzah dan beberapa ahli parlimen pembangkang yang lain di pejabat beliau.

Pertemuan tersebut tidak mempunyai agenda yang khusus dan di peringkat kami, perjumpaan ini adalah peluang terbaik untuk mengajukan cadangan-cadangan reformasi institusi yang penting agar diangkat oleh Perikatan Nasional, khususnya ketua pembangkang.

Kami percaya negara memerlukan satu reformasi institusi yang menyeluruh, kukuh dan bermakna untuk kita sebagai sebuah masyarakat dapat bergerak ke hadapan dengan sistem politik dan keadilan yang lebih baik.

Reformasi institusi adalah benteng untuk rakyat menyemak imbang kerajaan dan para penguasa agar tidak menyalahgunakan institusi dan kuasa yang diturunkan kepada mereka demi kepentingan politik dan peribadi. Atas premis ini, kami sedia malah telah pun berjumpa, berbincang dan berforum dengan Ahli-Ahli Parlimen merentas parti politik bagi mendesak agenda reformasi ini dilaksanakan oleh kerajaan “Madani”.

Perlu ditegaskan setiap libat urus harus berasaskan kepada iltizam bersama untuk membawa perubahan serta nilai kebersamaan, ketelusan dan kejujuran.

Reformasi institusi yang menyeluruh dan kukuh ini hanya dapat terlaksana dengan sokongan dan dukungan semua pihak, baik kerajaan mahupun pembangkang.

Ini berdasarkan pengalaman dan pengajaran politik negara yang kita pelajari sejak pertukaran kerajaan pada tahun 2018, Langkah Sheraton, pertukaran perdana menteri beberapa kali, serta Memorandum Persefahaman (MoU) antara kerajaan “Keluarga Malaysia” dan Pakatan Harapan.

READ MORE:  Reform roadmap welcome but key appointments process remains unclear

Kami mahu melihat lebih banyak reformasi institusi daripada apa yang telah terlaksana oleh kerajaan Madani. Ini memerlukan bukan saja tekad daripada kerajaan Madani, tetapi juga persaingan berkesan daripada pihak pembangkang termasuk empat negeri di bawah Perikatan Nasional dalam idea dan iltizam seberapa banyak dalam kuasa mereka.

Hanyalah apabila semua pihak berlumba-lumba untuk menawarkan reformasi, baru reformasi mungkin dipacu dan dipandu dengan berkesan.

Reformasi institusi akan terbunuh sekiranya politik negara tidak stabil. Disebabkan tiada pihak yang sentiasa menang, reformasi institusi menguntungkan semua parti dalam persaingan jangka panjang dan seharusnya didukung oleh semua parti.

Atas dasar ini, kami menolak perubahan kerajaan pada pertengahan penggal melalui pintu belakang seperti Langkah Sheraton yang mengucar-ngacirkan politik negara di tengah-tengah pandemik Covid.

Jikalau ada pertukaran kerajaan, kerajaan seterusnya belum tentu ada komitmen yang jelas dan bersungguh untuk melakukan reformasi institusi, atau terlalu rapuh untuk melakukan sebarang perubahan yang bermakna.

Kami ingin melihat pelaksanaan reformasi institusi yang dapat menyediakan gelanggang yang sama rata untuk semua parti dalam pilihan raya umum akan datang.

Kami sekali lagi menegaskan bahawa semua pihak, terutama kerajaan dan pembangkang, perlu mengangkat agenda reformasi yang tulen.

Pembangkang juga memikul beban tanggungjawab kepada rakyat untuk kawal dan imbang kepada kerajaan demi kebaikan negara.

Negara kita mempunyai banyak potensi untuk ditawarkan di peringkat antarabangsa dan potensi ini dapat direalisasikan jika kita menjunjung nilai-nilai hak asasi manusia, tadbir urus yang baik dan kebertanggungjawaban yang tinggi.

Di peringkat rakyat, kami akan terus berada di atas landasan menuntut reformasi institusi sebagai satu blok penting mewakili tuntutan rakyat. Posisi ini penting sebagai mekanisme kawal dan imbang kepada agenda reformasi terhadap mana-mana gabungan politik. – Bersih/C4/Ideas/Projek Sama/Komas/TI

English version

NGOs want commitment to institutional reform, not political instability

Bersih, C4 Center, Iseas, Projek Sama, Pusat Komas and Transparency International Malaysia would like to respond to the statement made by the Opposition Leader Hamzah Zainudin, during his 24 July press conference in Parliament.

READ MORE:  Pelancaran kaukus pelbagai parti rangsang reformasi institusi di peringkat negeri

The press conference, among other things, cited several civil society organisations as part of the justification for the Turun Anwar rally on 26 July, following our meeting with the opposition leader on 1 July.

While we uphold the view that everyone has the right to assemble, there are several issues in Hamzah’s statement that must be clarified.

On 1 July, Bersih, C4, Ideas, Projek Sama, Pusat Komas and Transparency International Malaysia were invited for a discussion with Hamzah and several other opposition MPs at his office.

The meeting had no specific agenda and for us, it was a timely opportunity to present critical institutional reform proposals for Perikatan Nasional, particularly the leader of the opposition, to champion.

We firmly believe that the country needs comprehensive, strong and meaningful institutional reform for society to move forward with a more just and improved political system.

Institutional reform is a safeguard for the people to hold the government and those in power accountable in order to prevent the abuse of institutions and the authority entrusted to them for political or personal gain.

On this basis, we have engaged, discussed and held forums with MPs across political lines to push for the implementation of institutional reform under the “Madani” (civil and trustworthy) government.

It must be emphasised that in every engagement, there must be a shared commitment to drive change and uphold values of unity, transparency and integrity.

Comprehensive and robust institutional reforms can only be implemented with the support of all parties, regardless of whether they are in the government or the opposition.

This is based on our national political experience and the lessons learned since the change of government in 2018, the Sheraton Move, multiple changes of prime minister, and the Memorandum of Understanding (MoU) between the “Keluarga Malaysia” (Malaysian Family) government and Pakatan Harapan.

READ MORE:  'Dua sorakan' untuk Reformasi?

We want to see more institutional reforms beyond what has been achieved so far by the Madani government.

This requires not only the determination of the Madani government, but also effective competition from the opposition—including the four states under Perikatan Nasional – in terms of ideas and commitment, to the fullest extent of their power.

It is only when all parties are racing to offer reforms can reform be driven and steered effectively.

Institutional reforms will be killed off if political instability persists. Because no party wins forever, institutional reform benefits all parties in the long run and should be supported by all.

On this basis, we reject any mid-term change of government through the back door, like the Sheraton Move, which threw the country’s politics into disarray amid the Covid pandemic.

Even if there is a change of government, the new administration may lack the clarity or commitment to implement institutional reform, or may be too fragile to undertake any meaningful change.

We want to see the implementation of institutional reforms that will provide a level playing field for all parties in next general election.

We once again emphasise that all parties, especially the government and the opposition, must uphold a genuine reform agenda. The opposition is also duty-bound to the people to provide checks and balances for the betterment of the nation.

Malaysia has so much to offer internationally and this can only happen if we uphold the values of human rights, good governance and accountability.

We will remain on this path of demanding institutional reform, serving as an important bloc representing the people’s demands. Our position is crucial as a checks and balances mechanism for the reform agenda of any political coalition. – Bersih/C4/Ideas/Projek Sama/Komas/TI

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support our work by making a donation. Tap to download the QR code below and scan this QR code from Gallery by using TnG e-wallet or most banking apps:
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

Most Read

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x