Suara Mahasiswa UMS merakamkan rasa simpati dan solidariti tingkat tertinggi kepada keluarga arwah Zara Qairina Mahathir, 13, yang [dipercayai] telah menjadi mangsa buli tragis sehingga membawa kepada kehilangan nyawanya yang tidak ternilai di SMK Agama Tun Datu Mustapha, Papar.
Kejadian ini bukan sahaja meninggalkan duka yang serius kepada keluarga, malah menjadi indikasi jelas akan permasalahan serius buli dalam institusi pendidikan kita yang memerlukan perhatian dan tindakan segera.
Kami menggesa:
- Siasatan jujur dan menyeluruh oleh pihak berkuasa yang bertanggungjawab agar kebenaran dapat didedahkan tanpa sebarang campur tangan, demi keadilan untuk arwah Zara dan keluarganya
- Reformasi sistem pendidikan berasrama agar lebih berkesan dalam menangani isu buli, termasuk pemasangan kamera litar tertutup (CCTV), perlindungan pengadu dan pemberi maklumat serta program pendidikan kesedaran buli yang menyeluruh.
Kepada keluarga Zara Qairina, kami bersolidarti dan berdoa agar kalian diberi ketabahan menghadapi dugaan ini.
Suara Mahasiswa UMS akan terus memantau perkembangan kes ini dan memberi sokongan moral serta advokasi terhadap perubahan sistemik dalam pendidikan. – Suara Mahasiswa UMS/Facebook
AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
- Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
- Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
- Raikan kerencaman dan keterangkuman
- Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
- Lawan rasuah dan kronisme

