[ENGLISH VERSION BELOW] Kami, gabungan pertubuhan masyarakat sivil dan organisasi kemanusiaan dari seluruh Malaysia, menyatakan kebimbangan mendalam dan kemarahan yang tidak berbelah bahagi terhadap kemusnahan alam sekitar yang semakin parah di Gaza, akibat serangan ketenteraan berterusan oleh rejim Zionis Israel.
Apa yang berlaku di Gaza bukan sekadar bencana kemanusiaan — ia adalah serangan ekologi yang disengajakan dan berskala besar. Kemusnahan ini memenuhi ciri-ciri ecocide: pemusnahan ekosistem dengan pengetahuan penuh bahawa kesannya adalah kekal, merosakkan dan tidak dapat dipulihkan.
Di Gaza, 90% air kini tidak selamat diminum. Pengeboman telah memusnahkan sistem kumbahan dan rawatan air, memaksa najis mengalir ke laut dan mencemarkan satu-satunya akuifer yang masih tinggal, sekali gus mengancam kesihatan awam.
Penggunaan peluru fosforus putih oleh Israel menambah dimensi yang toksik dan menakutkan. Ia bukan sahaja membakar tubuh manusia hingga ke tulang, tetapi turut mencemarkan udara, tanah dan air bawah tanah dengan bahan kimia yang akan kekal berdekad lamanya.
Pengeboman berterusan ke atas rumah, hospital dan sekolah telah membebaskan gas rumah hijau dan toksin udara dalam jumlah besar – termasuk karbon dioksida, karbon monoksida dan zarah halus – yang meningkatkan kadar penyakit pernafasan, kanser dan kerosakan genetik, terutamanya dalam kalangan kanak-kanak, wanita hamil dan warga emas.
- Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or both
- Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara (ALIRAN), Maybank a/c 507246118995 or CIMB a/c 8004240948
- Make a pledge or schedule an auto donation to Aliran every month or every quarter
- Become an Aliran member
Laut Mediterranean kini dicemari najis, minyak dan sisa kimia, memusnahkan biodiversiti marin dan sumber protein utama rakyat. Nelayan Gaza – antara penyumbang terakhir makanan kepada masyarakat – kini berdepan lautan beracun dan punca rezeki yang lenyap. Sumber protein masyarakat Gaza musnah pada saat paling kritikal.
Tanah Gaza telah mati secara biologi dan beracun secara kimia. Sisa letupan dan logam berat seperti uranium terdeplesi, plumbum, merkuri dan arsenik telah dikesan. Bahan ini menghalang pertumbuhan semula tumbuhan dan merosakkan ekosistem tanah penting untuk kehidupan. Petani yang kembali hanya menemui tanah yang diracun dan rosak sepenuhnya.
Habitat semula jadi turut dimusnahkan. Wadi Gaza Nature Reserve, tanah lembap penting laluan burung migrasi antara Eropah dan Afrika, telah rosak teruk. Kehilangannya menjejaskan lebih 100 spesies, termasuk Greater flamingo, Eurasian spoonbill, Imperial eagle dan Black stork, mencetuskan risiko ketidakseimbangan biodiversiti di seluruh Mediterranean Timur dan kemungkinan kepupusan tempatan yang berpanjangan.
Ini bukan kerosakan sampingan – ini adalah perang terhadap alam. Ia adalah ecocide, dan dunia tidak boleh berpaling lagi.
Kami mendesak agar:
PBB mengadakan sidang tergempar untuk menyiasat dan mendokumentasi kemusnahan alam sekitar sistematik di Gaza.
- Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) memulakan prosiding terhadap jenayah ecocide yang disengajakan, dan membawa pelaku ke muka pengadilan tanpa kompromi
- Gencatan senjata penuh dikuatkuasakan serta-merta, dan sempadan Gaza dibuka, bagi menghentikan kemusnahan lanjut serta membolehkan bantuan kemanusiaan dan pasukan teknikal alam sekitar memasuki wilayah ini tanpa sekatan
- Pelan pemulihan ekologi Gaza digerakkan segera, termasuk pemulihan tanah, air, laut dan biodiversiti. Semua negara, NGO, universiti dan institusi penyelidikan mesti menyumbang secara aktif dalam usaha pemulihan ini
- Masyarakat antarabangsa, khususnya negara-negara Global South dan gerakan keadilan alam sekitar global, digesa memecah sekatan ke atas Gaza dan menyokong pemulihan ekologi serta perlindungan hak Bumi daripada jenayah peperangan.
Gaza bukan hanya krisis kemanusiaan – ia adalah serangan terhadap Bumi. Gaza sedang diracun. Dan dunia tidak boleh terus membisu.
English version
Gaza’s environmental disaster: A war crime and ecocide against the Earth
We, a coalition of civil society groups and humanitarian organisations from across Malaysia, express our deep concern and unequivocal outrage at the environmental devastation unfolding in Gaza as a result of Israel’s ongoing military aggression.
What is happening in Gaza is not only a humanitarian catastrophe – it is a deliberate and large-scale ecological assault. This destruction constitutes ecocide: the wilful annihilation of ecosystems with full knowledge that the damage is irreversible and permanent.
In Gaza, 90% of the water is now undrinkable. Bombings have destroyed sewage and water treatment systems, forcing raw sewage into the sea and polluting the last remaining aquifer – posing a direct threat to public health.
The use of white phosphorus munitions by Israel adds a horrific and toxic dimension. It not only burns human flesh to the bone, but also contaminates air, soil and groundwater with chemicals that will persist for decades.
Ongoing air strikes on homes, hospitals and schools have released greenhouse gases and toxic air pollutants, including carbon dioxide, carbon monoxide and fine particulate matter – increasing rates of respiratory diseases, cancer and genetic disorders, especially among children, pregnant women and the elderly.
The Mediterranean Sea is now polluted with sewage, oil and chemicals, killing marine biodiversity and destroying a key food source. Fishermen – Gaza’s last food providers – are facing poisoned seas and the collapse of their livelihoods. At a critical time, Gaza’s protein sources are vanishing.
Gaza’s soil is now biologically dead and chemically poisoned. Remnants of explosives and heavy metals such as depleted uranium, lead, mercury and arsenic have been detected. These toxins prevent plant regrowth and disrupt essential soil ecosystems. Farmers returning to their land find only destruction and contamination.
Natural habitats have been obliterated. The Wadi Gaza Nature Reserve, a critical wetland and migratory bird route between Europe and Africa, has been severely damaged. Over 100 species – including the Greater flamingo, Eurasian spoonbill, Imperial eagle and Black stork – are affected, risking ecological imbalance across the Eastern Mediterranean and triggering long-term biodiversity loss.
This is not collateral damage – this is war against the Earth. It is ecocide, and the world must no longer look away.
We urgently call for:
- The UN to convene an emergency session to investigate and document the systematic environmental destruction in Gaza
- The International Criminal Court (ICC) to initiate proceedings for intentional ecocide and hold perpetrators accountable without compromise
- An immediate and full ceasefire, and for Gaza’s borders to be opened, to halt further destruction and enable the entry of humanitarian aid and environmental technical teams
- The launch of a comprehensive ecological recovery plan for Gaza – including the restoration of land, water, marine and biodiversity systems. All nations, NGOs, universities and research institutions must actively participate in this effort
- The international community, particularly the Global South and environmental justice movements, to break the blockade and support Gaza’s ecological recovery and defence of the Earth’s rights from acts of war.
Gaza is not only a humanitarian crisis – it is a crime against the Earth. Gaza is being poisoned. And the world must not remain silent.
Jointly endorsed by/Kenyataan ini disokong secara bersama oleh:
- Penang4Palestine (P4P) – MS Anuar Mahmod, chairperson
- Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim), Penang – MS Anuar Mahmod, ketua penggerak
- Citizens International (CI) – Mohideen Abdul Kader, director
- Consumers’ Association of Penang (CAP) – Mohideen Abdul Kader, president
- Yayasan Nurul Islam (YI) – Associate Prof Shaik Abdullah Hassan Mydin, chairperson
- Marhaen Penang – Choo Chon Kai, coordinator
- Pertubuhan Pendidikan Terbang Tinggi Malaysia (Terbang Tinggi) – Syed Mikael Rizal Aidid, secretary general
- Bintang Academy – Siti Hazneza Abdul Hamid, founder
- Forum Kedaulatan Makanan Malaysia (FKMM) – Nurfitri Amir Bin Muhammad
- Rural Malaysia – Persatuan Pengguna Luar Bandar dan Ekologi Malaysia – Borhan Omar, coordinator
- Pertubuhan Kebajikan Aman Patani Malaysia (Amani Malaysia) – Shamsul Ery Samsudin, chairperson
- Amal Relief Malaysia (Penang) – Mohd Faruk Abdul Rahman, secretary
- Unggas Malaysia – Pertubuhan Menangani Gejala Sosial – Latiff Ahmad, secretary general
- Teras Pengupayaan Melayu – Mohd Shah Rizan Sazali, secretary general
- OWL Zero Waste Store – Cathie Sanchez
- Center for Peace, Penang – Cathie Sanchez
- Palestine Solidarity, Penang – Tong Veng Wye
- Jaringan Nelayan Pantai Malaysia (Jaring) – Azrul Faizal, secretary general
- Pertubuhan Persaudaraan Pesawah Malaysia (Pesawah) – Abdul Rasyid Yob, chairperson
- Dewan Perdagangan dan Perindustrian Melayu Pulau Pinang (DPPM) –Mohd Shah Rizan Sazali
- Pertubuhan Wanita Prihatin Pulau Pinang – Sharifah Noorriati Syed Amirudin, chairperson
- Tanjung Bungah Residents’ Association, Penang – Zulfikar Abdul Aziz, chairperson
- Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
- Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
- Raikan kerencaman dan keterangkuman
- Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
- Lawan rasuah dan kronisme
AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama

