Aliran menyatakan kebimbangan mendalam bahawa pelantikan M Kumar sebagai pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman telah dipolitikkan oleh seorang pemimpin Bersatu.
Badrul Hisham Shaharin (juga dikenali sebagai Chegubard) menyamakan pelantikan itu dengan pelaksanaan konsep “Malaysian Malaysia” DAP.
Implikasi yang membimbangkan dari dakwaan Badrul ialah kaum, bukannya merit, perlu diambil kira dalam keputusan pelantikan ke jawatan kanan sektor awam.
Badrul juga memberi amaran bahawa jika konsep itu diterima oleh kerajaan, “Malaysia mungkin akan mempunyai ketua hakim negara, panglima angkatan tentera dan ketua polis negara bukan-bumiputera yang pertama”.
Keraguan serupa dinyatakan mengenai kenaikan pangkat Johnny Lim kepada leftenan jeneral Angkatan Tentera baru-baru ini.
- Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or both
- Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara (ALIRAN), Maybank a/c 507246118995 or CIMB a/c 8004240948
- Make a pledge or schedule an auto donation to Aliran every month or every quarter
- Become an Aliran member
Nampaknya tiada penghujung kepada penggunaan amalan usang kaum dan agama, terutamanya dalam kalangan ahli politik yang muflis dari segi politik dan moral.
Politik berpecah-belah sedemikian jelas tidak mencerminkan visi jangka panjang yang menyumbang kepada kebaikan bersama Malaysia yang pelbagai.
Ketika kita menghampiri Hari Malaysia, Aliran menyeru ahli politik semua aliran menghentikan politik berpecah-belah. Sebaliknya, semua pihak perlu berusaha membina negara yang progresif dan bersatu.
Jawatankuasa eksekutif Aliran
15 Ogos 2025
AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
- Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
- Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
- Raikan kerencaman dan keterangkuman
- Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
- Lawan rasuah dan kronisme








