Home Coalitions Clean and Fair Elections Solidariti bersama Arul: Jangan salah guna kuasa!

Solidariti bersama Arul: Jangan salah guna kuasa!

S Arutchelvan in red - SOSIALIS.NET

Follow us on our Malay and English WhatsApp, Telegram, Instagram, Tiktok and Youtube channels.

Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) mengecam sekeras-kerasnya penangkapan aktivis rakyat dan timbalan pengerusi Parti Sosialis Malaysia, S Arutchelvan, yang telah ditahan di ibu pejabat Polis Dang Wangi pada 20 Ogos, jam 18:00 dan hanya dilepaskan sekitar tengah malam dengan ikat jamin polis.

Penahanan ini adalah tidak sah dan jelas merupakan satu bentuk intimidasi terhadap seorang aktivis yang memperjuangkan hak pekerja ladang dan golongan terpinggir.

Sebelum ini, Arul telah memberikan kerjasama penuh dengan hadir memberi kenyataan kepada polis pada 14 Ogos berhubung insiden pergelutan yang tercetus apabila polis menghalang penyerahan memorandum mengenai skim perumahan pekerja ladang di Parlimen pada hari sebelum (13 Ogos). Beliau juga dimaklumkan bahawa siasatan telah selesai.

Namun, arahan penahanan yang dibuat selepas itu hanyalah bukti penyalahgunaan kuasa oleh pihak polis.

Kami menegaskan bahawa:

  • Polis tidak wajar menahan seorang aktivis yang memperjuangkan isu rakyat secara aman
  • Penahanan ini mesti dilihat sebagai cubaan menakut-nakutkan gerakan masyarakat sivil dan melemahkan suara rakyat
  • Kami menggesa pihak polis menghentikan segera amalan intimidasi terhadap aktivis dan pembela hak rakyat.

Bersih berdiri teguh bersama Arutchelvan dan semua rakyat yang prihatin, dan akan terus memperjuangkan supaya suara rakyat bebas daripada sekatan dan intimidasi pihak berkuasa. – Bersih

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support our work by making a donation. Tap to download the QR code below and scan this QR code from Gallery by using TnG e-wallet or most banking apps:
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

Most Read

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x