Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) merujuk kepada ucapan daripada pengarah pilihanraya Pas Sanusi Md Nor di dalam muktamar tahunan Pas ke-71 baru-baru ini.
Beliau menyebutkan bahawa sekurang-kurangnya RM1 juta diperlukan untuk memenangi sesebuah kerusi parlimen di dalam pilihan raya.
Kenyataan ini menunjukkan seolah-olah parti politik berkemungkinan berbelanja melebihi had belanja yang dibenarkan oleh undang-undang akibat dari peruntukan undang-undang sedia ada yang lemah serta mempunyai banyak kelompongan.
Hal ini, sekiranya benar, akan mencetuskan persoalan kredibiliti ahli politik khususnya mereka yang terlibat sebagai penggubal undang-undang di Parlimen apabila peruntukan undang-undang yang mereka sendiri bertanggungjawab ke atasnya tidak dihormati.
Bersih ingin memperingatkan semua pihak terutamanya parti-parti politik bahawa Seksyen 19 Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 memperuntukkan had belanja pilihan raya bagi pilihan raya Dewan Rakyat adalah sebanyak RM200,000 dan dewan undangan negeri adalah sebanyak RM100,000.
- Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or both
- Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara (ALIRAN), Maybank a/c 507246118995 or CIMB a/c 8004240948
- Make a pledge or schedule an auto donation to Aliran every month or every quarter
- Become an Aliran member
Selain perbelanjaan pilihan raya, sumber kewangan atau dana parti politik dan calon-calon pilihan raya juga menjadi persoalan.
Persoalan sumber dana parti politik adalah isu yang sama penting dengan bagaimana mereka membelanjakan dana tersebut, umumnya menjelang musim pilihan raya dan terutamanya lagi ketika kempen pilihan raya sedang berjalan.
Justeru, bagi menambahbaik mekanisme peraturan dan undang-undang yang bersangkut pilihan raya, pembiayaan dan perbelanjaan parti politik atau calon pilihan raya, Bersih menggesa agar kerajaan segera:
- Meminda Akta Kesalahan Pilihan Raya: Akta ini perlu segera dipinda dan dimodenkan, terutama untuk memastikan sumber dan perbelanjaan pilihan raya yang lebih telus. Seksyen 19 untuk had belanja pilihan raya perlu disemak semula untuk mencerminkan kos-kos semasa seperti kos harga barang, sewa pejabat dan pengangkutan. Selain itu, Seksyen 23 dan 24 juga perlu dipinda untuk mewajibkan keperluan audit perbelanjaan pilihan raya oleh calon dan parti politik.
- Menggubal Akta Pembiayaan Politik untuk mengawal selia sumbangan politik termasuk badan kawal selia, had derma, penyumbang, mekanisme penerimaan serta hukuman sekiranya melanggar akta ini. Had derma perlu ditetapkan, sebagai contoh cadangan daripada Kumpulan Rentas Parti Parlimen Malaysia mengenai Pendanaan Politik supaya had RM50,000 untuk individu dan RM100,000 daripada syarikat. Selain itu, satu suruhanjaya khas yang bebas perlu diwujudkan bagi mengawal selia dana politik.
Pendedahan secara terbuka Sanusi seharusnya membuka mata semua pihak bahawa parti politik memerlukan dan bergantung kepada dana yang sangat besar.
Undang-undang yang sedia ada sekarang amat lemah untuk mengawal selia sumber dan perbelanjaan pilihan raya oleh parti politik dan calon pilihan raya. – Bersih
AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
- Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
- Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
- Raikan kerencaman dan keterangkuman
- Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
- Lawan rasuah dan kronisme

