Home Civil Society Voices Undang-undang rogol statutori/Statutory rape laws

Undang-undang rogol statutori/Statutory rape laws

Follow us on our Malay and English WhatsApp, Telegram, Instagram, Tiktok and Youtube channels.

[ENGLISH VERSION BELOW] Pejabat pesuruhjaya kanak-kanak Suhakam ingin memberikan penjelasan kepada orang awam mengenai prinsip undang-undang berkaitan rogol statutori di bawah Seksyen 375(g) Kanun Keseksaan, khususnya berhubung isu persetujuan (consent) dan perlindungan kanak-kanak.

Undang-undang ini digubal atas asas bahawa kanak-kanak perempuan bawah umur 16 tahun tidak mempunyai kapasiti undang-undang untuk memberikan persetujuan kepada sebarang bentuk hubungan seksual.

Ini bermakna, walaupun wujud keadaan yang dilihat sebagai ‘suka sama suka’, undang-undang tetap menganggap kanak-kanak perempuan sebagai mangsa.

Rasionalnya ialah kanak-kanak perempuan masih belum matang dari segi fizikal, mental dan emosi, dan mudah terdedah kepada manipulasi, pujukan atau eksploitasi oleh pihak lain.

Berikutan itu, kanak-kanak perempuan yang menjadi mangsa perlu dilindungi oleh undang-undang bagi mengelakkan trauma berganda dan memastikan mereka tidak dipersalahkan atau dihukum.

Hukuman dalam kes ini hanya dikenakan kepada pihak lelaki yang melakukan perbuatan tersebut, sama ada lelaki dewasa atau kanak-kanak di bawah umur 18 tahun.

Bagi pelaku kanak-kanak lelaki, undang-undang membolehkan mereka didakwa, tetapi tertakluk kepada prinsip khas keadilan kanak-kanak.

Menurut Seksyen 91 Akta Kanak-Kanak 2001, mahkamah akan mengenakan perintah untuk kanak-kanak yang didapati bersalah seperti penempatan di sekolah diluluskan (sekolah tunas bakti) dan Sekolah Henry Gurney.

Pendekatan ini menyeimbangkan prinsip akauntabiliti dengan memberikan peluang kedua kepada kanak-kanak, agar pelaku kanak-kanak tidak dihukum seperti pesalah dewasa tetapi tetap bertanggungjawab dan diberikan pemulihan.

Pejabat pesuruhjaya kanak-kanak Suhakam menegaskan bahawa undang-undang rogol statutori bukan untuk menghukum kanak-kanak perempuan yang menjadi mangsa, tetapi untuk melindungi mereka daripada sebarang bentuk eksploitasi dan diskriminasi.

Undang-undang ini mencerminkan komitmen Malaysia terhadap kepentingan terbaik kanak-kanak sebagaimana yang digariskan dalam Konvensyen Mengenai Hak Kanak-kanak 1989 dan Akta Kanak-Kanak.

Pejabat pesuruhjaya kanak-kanak Suhakam menyeru semua pihak, khususnya agensi penguatkuasa, pendidik dan masyarakat, untuk memahami dan mempertahankan prinsip ini.

Melindungi kanak-kanak adalah tanggungjawab bersama, dan setiap mereka berhak mendapat perlindungan penuh daripada eksploitasi serta peluang untuk membesar dengan selamat dan sihat. – Suhakam

English version

Clarification of statutory rape laws: Protecting children from exploitation

The office of the children’s commissioner at Suhakam wishes to provide clarification to the public regarding the legal principles of statutory rape under Section 375(g) of the Penal Code, particularly on the issue of consent and the protection of children.

This law is based on the principle that girls under 16 do not have the legal capacity to give consent to any form of sexual activity.

This means that even if a situation appears to be ‘mutual’, the law still regards the girl as a victim.

The rationale is that girls at this age are not yet mature physically, mentally or emotionally, and are easily exposed to manipulation, persuasion or exploitation by others.

Therefore, the law ensures that girls who are victims are protected from double trauma and are not blamed or punished.

Punishment in these cases applies only to the male perpetrator, whether he is an adult or a child under 18.

For male child perpetrators, the law allows them to be charged, but subject to the special principles of juvenile justice.

According to Section 91 of the Child Act 2001, the court has the authority to issue orders for children, including placement in approved institutions (tunas bakti schools) or Henry Gurney schools.

This approach strikes a balance between accountability and rehabilitation, providing young offenders with a second chance. They are not punished like adult criminals, but are still held responsible and undergo rehabilitation.

The office of the children’s commissioner emphasises that statutory rape laws are not intended to punish girl victims, but to protect them from any form of exploitation and discrimination.

These laws reflect Malaysia’s commitment to the best interests of the child as outlined in the Convention on the Rights of the Child and the Child Act.

The office of the children’s commissioner calls on all parties, particularly enforcement agencies, educators and society, to understand and uphold this principle.

Protecting children is a collective responsibility, and every child deserves full protection from exploitation and the opportunity to grow up safely and healthily. – Suhakam

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support our work by making a donation. Tap to download the QR code below and scan this QR code from Gallery by using TnG e-wallet or most banking apps:
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x