Joint Action Group for Gender Equality (JAG) membantah sekeras-kerasnya kenyataan Ketua Polis Kelantan Mohd Yusoff Mamat, yang mencadangkan agar kanak-kanak perempuan dalam kes ‘suka sama suka’ turut didakwa.
Kenyataan ini bukan sahaja mengukuhkan naratif bahaya seperti menyalahkan mangsa, malah gagal mengutamakan kepentingan terbaik kanak-kanak.
Di Malaysia, kanak-kanak dilindungi sepenuhnya di bawah Akta Kanak-Kanak 2001, yang menekankan bahawa setiap tindakan berkaitan kanak-kanak mesti mengutamakan kepentingan terbaik kanak-kanak (the best interest of the child).
Kesalahan hubungan seks bawah umur disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan (Rogol) dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017, di mana kanak-kanak perempuan lazimnya dilindungi sebagai mangsa.
Kenyataan ketua Polis Kelantan yang menekankan agar pihak perempuan patut turut didakwa, secara langsung bertentangan dengan prinsip kepentingan terbaik kanak-kanak, dan menunjukkan ketidakfahaman undang-undang serta perlunya pendidikan dan pencegahan.
- Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or both
- Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara (ALIRAN), Maybank a/c 507246118995 or CIMB a/c 8004240948
- Make a pledge or schedule an auto donation to Aliran every month or every quarter
- Become an Aliran member
JAG menegaskan bahawa pegawai polis adalah titik temu pertama (first point of contact) masyarakat dengan undang-undang. Dengan itu, mereka sepatutnya peka terhadap hak kanak-kanak dan perspektif gender.
Mengemukakan cadangan yang bercanggah dengan undang-undang melalui sidang media adalah tidak wajar, kerana ia mengalihkan perhatian daripada isu perlindungan dan pendidikan yang lebih kritikal.
Adalah mustahak bagi kerajaan “Madani” memastikan pegawai polis, khususnya pegawai kanan, memahami hak kanak-kanak, perspektif gender dan kepentingan pendidikan serta pencegahan. Latihan berfokus kepada perlindungan kanak-kanak dan “child centric reporting” harus dijadikan mandatori agar laporan ditangani secara adil, telus, selaras dengan undang-undang, dan tidak menyalahkan pemandiri.
Pendekatan yang lebih sistemik, termasuk pendidikan kanak-kanak, kesedaran masyarakat, dan pengukuhan perlindungan sosial, harus diberi tumpuan. Dengan ini, kanak-kanak dapat dilindungi sepenuhnya, dan isu seksual bawah umur dapat ditangani secara berkesan. – JAG
AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
- Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
- Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
- Raikan kerencaman dan keterangkuman
- Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
- Lawan rasuah dan kronisme

