[ENGLISH VERSION BELOW] Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) akan menggerakkan pasukan pemantau pilihan raya bagi memantau perjalanan pilihan raya negeri Sabah kali yang akan diadakan pada bila-bila masa sahaja.
Bersih pada bulan Mac yang lepas menggesa agar Ketua Menteri Sabah Hajiji Noor untuk segera mengumumkan tarikh pembubaran agar memudahkan semua pihak merancang untuk menghadapi pilihan raya negeri terutama bagi pengundi membuang undi. Namun nampaknya kepentingan politik parti pemerintah lebih diutamakan daripada kepentingan rakyat Sabah secara keseluruhannya.
Tujuan misi pemantauan pilihan raya adalah untuk memastikan hak pengundi Sabah dihormati dan pilihan raya ini dijalankan dengan bersih, bebas dan adil, serta wujudnya padang permainan sama rata untuk semua calon dan parti politik bertanding.
Ianya perlu bebas daripada sebarang salah laku pilihan raya dan pembelian undi bagi menterjemah kehendak sebenar orang Sabah dalam Keputusan pilihan raya negeri kelak.
Bersih ambil maklum dengan siri video yang mendedahkan beberapa pemimpin yang juga merupakan anggota kabinet kerajaan Sabah yang didakwa menerima sogokan. Pendedahan ini mungkin hanya permulaan sahaja bagaimana duit-duit kotor boleh berlegar dan digunakan sebagai dana politik untuk memenangi pilihan raya.
- Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or both
- Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara (ALIRAN), Maybank a/c 507246118995 or CIMB a/c 8004240948
- Make a pledge or schedule an auto donation to Aliran every month or every quarter
- Become an Aliran member
Pasukan pemantau Bersih kali ini akan mengkhususkan pantauan terhadap kesalahan politik wang atau rasuah yang diberikan sebelum atau semasa pilihan raya berlangsung.
Bersih menggesa rakyat Sabah menolak 100% unsur-unsur politik wang daripada calon atau parti politik mana sekalipun. Pendekatan umum yang selama ini digunakan seperti duit ambil undi belum tentu wajib ditolak dan ditinggalkan sepenuhnya, kerana pendekatan ini hanya menggalakkan parti-parti politik mencari dana politik secara tidak sah untuk dihamburkan kepada rakyat bagi menjadi wakil rakyat.
Bersih akan menggerakkan 100 orang pemantau untuk memantau di 30 daripada 73 buah kawasan dewan undangan negeri di Sabah. Kawasan yang akan dipilih termasuk kawasan di mana wakil rakyat yang melompat berkali-kali, wakil rakyat yang terpalit isu rasuah, kerusi marginal dan juga kawasan ketua menteri.
Pemantauan akan diadakan secara fizikal dan juga secara dalam talian untuk memantau perjalanan kempen.
Bersih akan menggerakkan siri bengkel pemantau di beberapa daerah dan juga secara dalam talian untuk memberikan pencerahan kepada rakyat Sabah tentang peranan yang boleh dimainkan oleh mereka dalam pilihan raya ini selain daripada mengundi pada hari pengundian kelak.
Bersih juga menggesa semua media terutama saluran media rasmi Kerajaan – tidak kira persekutuan mahupun negeri Sabah – memberi siaran udara dan ruang yang sama rata bagi semua calon dan parti bertanding bagi mewujudkan padang pertandingan yang sama rata kepada semua pihak yang bertanding.
Bersih mengharapkan bantuan dan sokongan orang Sabah untuk memastikan pilihan raya ini dipantau sepenuhnya oleh rakyat. Hanya dengan kuasa rakyat dapat kita menjamin pilihan raya di negeri di bawah bayu ini dapat berjalan dengan bersih, bebas dan adil.
Kita perlu menolak secara total politik wang dan politik kotor di negeri ini.
Laman sesawang Permantau Bersih boleh dilayari di sini. – Bersih
English version
Launch of Sabah state election monitoring team
The Coalition for Clean and Fair Elections (Bersih) will mobilise an election monitoring team to monitor the conduct of the Sabah state election, which could be held any time now.
Bersih had urged Sabah Chief Minister Hajiji Noor last March to promptly announce the dissolution date to make it easier for all parties to prepare for the state election, especially voters planning to cast their votes. But it seems the political interests of the ruling party have taken precedence over the interests of the people of Sabah as a whole.
The purpose of the election monitoring mission is to ensure that the rights of Sabah voters are respected and that the election is conducted in a clean, free and fair manner, with a level playing field for all contesting candidates and political parties. It must be free from any electoral misconduct and vote-buying to ensure that the state election outcome truly reflects the will of the people of Sabah.
Bersih has taken note of a series of videos exposing several leaders who are members of the Sabah state cabinet, allegedly receiving bribes. These revelations may only be the beginning of how dirty money is circulated and used as political funds to win elections.
This time, Bersih’s monitoring team will focus on money politics or corruption offences that occur before or during the election.
Bersih urges the people of Sabah to reject 100% any element of money politics from candidates or political parties of any kind. Common practices such as ‘taking money but voting freely’ must be rejected and abandoned completely because this approach only encourages political parties to seek illegal funds to distribute to voters in order to become the representatives of the people.
Bersih will mobilise 100 observers to monitor 30 of the 73 state constituencies in Sabah. The constituencies selected include those with frequent party defections, representatives embroiled in corruption, marginal seats and the chief minister’s own constituency. Monitoring will take place both physically and online to monitor the course of the campaign.
Bersih will also conduct a series of monitoring workshops in several districts and online to raise awareness among the people of Sabah on the role they can play in this election beyond voting on polling day.
Bersih further calls on all media, especially official government media channels at both the federal and Sabah state levels, to provide equal airtime and space for all contesting candidates and parties in order to ensure a level playing field.
Bersih seeks the help and support of the people of Sabah to ensure that this election is fully monitored by the people. Only through people power can we guarantee that this election in the land below the wind can be conducted in a clean, free and fair manner. We must totally reject money politics and dirty politics in this state.
The Pemantau Bersih website can be accessed here. – Bersih
AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
- Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
- Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
- Raikan kerencaman dan keterangkuman
- Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
- Lawan rasuah dan kronisme

