[ENGLISH VERSION BELOW] Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) mengecam sekeras-kerasnya pintasan dan penculikan kru-kru kapal Global Sumud Flotilla (GSF) yang sedang berlayar ke perairan Gaza untuk memberikan bantuan kemanusiaan seperti makanan, ubat-ubatan, tongkat dan susu formula bayi.
Semasa kenyataan ini ditulis, sebanyak sembilan kapal – Deir Yassine/Mali, Huga, Spectre, Adara, Alma, Sirius, Aurora, Grande Blue dan Hio – telah dipintas oleh Israel.
Israel telah menculik kru-kru di dalam kapal dan 12 daripadanya adalah rakyat Malaysia. Masyarakat antarabangsa wajib mengecam dan mendesak Israel untuk segera bebaskan aktivis kemanusiaan yang ditahan serta menarik balik tentera mereka yang sedang memintas kapal-kapal GSF yang sedang menghantar bantuan.
Bersih berpendirian bahawa Israel telah melanggar undang-undang antarabangsa dan telah diisytiharkan sebagai melakukan jenayah genosida oleh pelbagai badan antarabangsa termasuk Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICJ).
Israel tidak mempunyai bidang kuasa di perairan antarabangsa terutama di perairan Gaza yang sedang mereka sekat untuk menghalang bantuan-bantuan kemanusiaan.
- Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or both
- Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara (ALIRAN), Maybank a/c 507246118995 or CIMB a/c 8004240948
- Make a pledge or schedule an auto donation to Aliran every month or every quarter
- Become an Aliran member
Bersih berdiri teguh bersama rakan-rakan aktivis GSF dan rakyat Gaza di negara berdaulat Palestin. – Bersih
English version
Bersih condemns Israel’s actions, demands release of Global Sumud Flotilla humanitarian activists
The Coalition for Clean and Fair Elections (Bersih) strongly condemns the interception and abduction of crew members of the Global Sumud Flotilla (GSF), which was sailing to Gaza waters to deliver humanitarian aid including food, medicine, crutches and infant formula.
At the time of this statement, nine ships – Deir Yassine/Mali, Huga, Spectre, Adara, Alma, Sirius, Aurora, Grande Blue, and Hio – have been intercepted by Israel.
Israel has abducted the crew on board, 12 of whom are from Malaysia. The international community must condemn and demand that Israel immediately release the detained humanitarian activists and withdraw its forces currently intercepting GSF vessels carrying aid.
Bersih holds the position that Israel has violated international law and has been declared to be committing the crime of genocide by various international bodies, including the International Court of Justice (ICJ).
Israel has no jurisdiction in international waters, especially in Gaza waters, which they are blockading to prevent humanitarian aid from reaching the people.
Bersih stands in firm solidarity with fellow GSF activists and the people of Gaza in the sovereign state of Palestine. – Bersih
AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
- Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
- Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
- Raikan kerencaman dan keterangkuman
- Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
- Lawan rasuah dan kronisme

