[ENGLISH VERSION BELOW] Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) menyertai komuniti antarabangsa dalam memperingati Hari Menentang Hukuman Mati Sedunia, yang disambut setiap tahun pada 10 Oktober, bagi menegaskan semula seruan sejagat untuk melindungi hak untuk hidup serta pemansuhan hukuman mati.
Namun demikian, sambutan pada tahun ini diselubungi rasa duka berikutan dua warganegara Malaysia telah dihukum gantung sampai mati di Singapura baru-baru ini setelah disabitkan kesalahan berkaitan dadah.
Sebelum pelaksanaan hukuman tersebut, Suhakam telah menulis kepada pesuruhjaya tinggi Singapura di Malaysia untuk merayu agar hukuman itu ditangguhkan dan dipertimbangkan semula, selaras dengan seruan antarabangsa yang menegakkan belas ihsan, keinsafan dan penghormatan kepada kehidupan.
Gerakan global ke arah penghapusan hukuman mati terus menunjukkan kemajuan dengan lebih dua-pertiga negara di dunia telah memilih untuk memansuhkan hukuman mati, sama ada melalui undang-undang atau menghentikan pelaksanaannya.
Malaysia secara amnya telah memansuhkan hukuman mati mandatori serta menjalankan reformasi berterusan dengan menilai semula dasar berkaitan hukuman mati. Ini mencerminkan langkah yang signifikan dan terpuji. Namun begitu, perjalanan ke arah pemansuhan sepenuhnya masih belum selesai.
- Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or both
- Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara (ALIRAN), Maybank a/c 507246118995 or CIMB a/c 8004240948
- Make a pledge or schedule an auto donation to Aliran every month or every quarter
- Become an Aliran member
Persoalan yang terus berbangkit ialah sama ada dunia suatu hari nanti mampu bebas daripada hukuman mati. Suhakam yakin bahawa hal ini tidak mustahil, tetapi memerlukan lebih daripada iltizam politik. Ia menuntut keberanian moral, pendidikan awam serta sistem yang berasaskan nilai kemanusiaan dan keadilan.
Keadilan yang sebenar tidak dapat dicapai melalui hukuman yang menghapuskan nyawa, sebaliknya perlu dibina atas prinsip kesamarataan, pemulihan dan penghormatan terhadap maruah manusia.
Suhakam menegaskan komitmen yang teguh terhadap pemansuhan sepenuhnya hukuman mati, selaras dengan norma hak asasi manusia antarabangsa dan hak untuk hidup yang dijamin di bawah Perlembagaan Persekutuan.
Suruhanjaya menegaskan bahawa sistem keadilan yang berperikemanusiaan dan berasaskan hak asasi adalah satu-satunya sistem yang mampu membawa keadilan yang berkekalan. – Suhakam
English version
World Day Against the Death Penalty: A call for humanity and justice
The Human Rights Commission of Malaysia (Suhakam) joins the global community in commemorating the World Day Against the Death Penalty, observed annually on 10 October, to reaffirm the universal call for the protection of the right to life and the abolition of capital punishment.
This year’s observance, however, carries a profound sense of sorrow as two Malaysian citizens were recently executed by hanging in Singapore following their convictions for drug-related offences.
Before the recent execution, Suhakam had written to the high commissioner of Singapore in Malaysia, appealing for a postponement and reconsideration of the sentence, in line with the international appeal for restraint, mercy and respect for the sanctity of life.
The global movement towards abolition continues to gain strength, with more than two-thirds of countries worldwide having abolished the death penalty in law or ceased its use in practice.
Malaysia’s own progress – including the abolition of the mandatory death penalty and the ongoing reforms to review capital punishment policies – reflects a significant and commendable step forward. However, the path towards full abolition remains incomplete.
The enduring question remains whether the world can one day be free from the death penalty. Suhakam firmly believes this is possible, but it requires more than political will. It calls for moral courage, public education and a justice system grounded in humanity and fairness.
True justice cannot be achieved through punishment that extinguishes life, but it must be built on the principles of proportionality, rehabilitation and respect for human dignity.
Suhakam reaffirms its steadfast commitment to the total abolition of the death penalty, in line with international human rights norms and the right to life guaranteed under the Federal Constitution.
The commission reiterates that a justice system that is humane and rights-based is the only system that can truly deliver lasting justice. – Suhakam
AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
- Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
- Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
- Raikan kerencaman dan keterangkuman
- Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
- Lawan rasuah dan kronisme











