Kami bersuara dengan tegas dan penuh empati sebagai komuniti Orang Kurang Upaya (OKU), ahli keluarga, dan penyokong hak asasi OKU kerana naratif berbahaya tentang ketidakupayaan, autisme dan kesihatan mental semakin mengaburi reaksi masyarakat dengan spekulasi yang berbahaya terhadap satu tragedi yang menyayat hati: insiden tikaman maut seorang pelajar oleh rakan sekolahnya.
Antara insiden yang melibatkan keselamatan dan kesejahteraan kanak-kanak di sekolah kebelakangan ini, tragedi ini sangat mendalam impaknya kerana naratif dan persepsi awam terbentuk susulan maklumat peribadi kanak-kanak terlibat dimuat naik di serata media sosial, termasuk beberapa portal berita telah menyemarakkan penilaian yang tidak sejajar dan penyebaran spekulasi yang tidak berasas atau sah, malahan diberikan persetujuan oleh pihak-pihak yang terlibat.
Ia bukan sahaja tentang keganasan, tetapi juga tentang betapa pantasnya naratif dan perbualan masyarakat mengaitkan ketidakupayaan dengan bahaya, keganasan dan ancaman. Komen seperti “muncul nanti kad OKU yang akan menjadi pembelaannya yang terbesar” atau “inilah yang berlaku apabila kanak-kanak sakit mental berada di sekolah” berlegar dalam talian, menabur stigma dan memesongkan pandangan awam. Naratif seperti ini memberi kesan nyata kepada komuniti, dasar dan kehidupan seharian.
Keselamatan merupakan satu cabaran harian yang dibentuk oleh realiti hidup sebagai OKU dan sebagai ibu bapa dan penjaga kepada anak-anak OKU. Ramai anak kami mengalami keganasan, diskriminasi dan penyisihan sosial. Ini memberi impak negatif bukan sahaja kepada mereka tetapi juga kepada keluarga dan komuniti OKU seluruhnya.
Kami khuatir akan keselamatan dan kesejahteraan anak-anak di sekolah setiap kali kami mengemas beg sekolah sebelum dihantar ke sekolah. Kebimbangan ini bertambah bagi mereka yang mempunyai ketidakupayaan psikososial atau mengalami isu kesihatan mental. Keluarga-keluarga ini sering berdepan salah faham, maklumat yang tidak tepat dan andaian negatif yang menjarakkan anak mereka daripada mendapat sokongan yang sewajarnya.
- Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or both
- Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara (ALIRAN), Maybank a/c 507246118995 or CIMB a/c 8004240948
- Make a pledge or schedule an auto donation to Aliran every month or every quarter
- Become an Aliran member
Kami meratapi dengan mendalam semua yang terlibat. Hati kami turut berduka cita bersama keluarga mangsa atas kehilangan yang tidak terbayang sekali, turut bersama para pelajar dan guru yang perjalanan kehidupan pastinya mempunyai impak trauma, dan juga bersama anak yang dituduh serta keluarganya, kerana inilah titik perubahan masa depan mereka, dan hidup mereka akan berubah sepenuhnya.
Tragedi ini menuntut kita bertindak dengan keadilan dan penuh perikemanusiaan, sambil menyedari bahawa tindakan menyebarkan spekulasi atau menerbitkan maklumat diagnosis psikologi dan mental tentang individu kanak-kanak yang terlibat sebegini bukan sahaja melanggar maruah dan privasi kanak-kanak tetapi juga boleh menjejaskan keyakinan terhadap proses keadilan serta menyemarakkan prejudis dan naratif yang berbahaya.
Ini sungguh sekali tidak wajar malahan bukan hak kita untuk menghakimi, mendedahkan atau untuk ‘viral-kan’ spekulasi sedemikian. Ini juga melanggar jaminan oleh Konvensyen Hak Kanak-Kanak (CRC) dan undang-undang Malaysia termasuk Akta Kanak-Kanak 2001 serta Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Gejala viral ini juga menambah beban kepada keluarga yang membesarkan anak-anak OKU, khususnya ketidakupayaan tersembunyi atau psikososial, yang sudah pun sering berada di bawah pemantauan serong dan negatif oleh masyarakat.
Kami juga amat prihatin dan sangat gusar tentang laporan bahawa ada platform media mendedahkan atau memberi petunjuk mengenai identiti kedua-dua kanak-kanak dalam kes ini dan juga kes-kes terdahulu.
Perbuatan ini tidak beretika dan berbahaya kerana mendedahkan kanak-kanak serta keluarga mereka kepada gangguan, stigma dan penghakiman awam. Kami menggesa semua media mematuhi prinsip perlindungan kanak-kanak, menjaga kerahsiaan dan mengamalkan kewartawanan yang bertanggungjawab.
Kad OKU atau diagnosis kesihatan mental bukan lesen untuk terlepas akauntabiliti. Ia wujud untuk memastikan akses kepada sokongan dan perlindungan hak yang wajib dan wajar untuk mereka yang mempunyai ketidakupayaan.
Penggunaan kad OKU sebagai satu “senjata” dalam naratif dan ‘penghakiman sosial’ oleh netizens, amat mengelirukan masyarakat dan sejurusnya menghalang keluarga daripada mendapatkan bantuan kerana stigma.
Kajian bertauliah menunjukkan individu dengan ketidakupayaan psikososial atau isu kesihatan mental sendiri adalah lebih berkemungkinan menjadi mangsa keganasan berbanding pelaku, dan tiada bukti hubungan sah dan saintifik antara autisme dan keganasan.
Kajian global turut menegaskan bahawa keganasan lazimnya berpunca daripada keadaan sosial, trauma, keperluan yang tidak dipenuhi dan tekanan persekitaran, bukan daripada diagnosis kesihatan atau penyakit mental, dan autisme.
Tiada siapa yang membela perbuatan dan tindakan yang kejam oleh pelaku. Undang-undang dan proses keadilan mesti berjalan.
Namun bahasa yang kita gunakan penting dan mempengaruhi persepsi. Menggambarkan keganasan sebagai akibat ketidakupayaan atau keadaan kesihatan mental akan mengukuhkan ketakutan, mengekalkan mitos, menyisihkan perjuangan keluarga dan mengasingkan anak-anak. Ini membentuk masyarakat yang melihat pengasingan anak-anak OKU sebagai satu-satunya cara untuk kononnya memastikan keselamatan sekolah.
Kita wajib mencari solusi yang lebih baik dan inklusif, bukan menghukum mereka hanya sekadar mempunyai penyakit mental atau ketidakupayaan.
Zaman remaja, sama ada dengan atau tanpa ketidakupayaan, ialah tempoh yang kompleks dan rapuh yang dibentuk oleh identiti, tekanan, emosi dan kesakitan yang tidak terucap.
Bertindak balas dengan kemarahan atau sensasi menafikan kerumitan ini.
Ibu bapa kepada anak-anak OKU juga berkongsi harapan dan kebimbangan yang sama seperti ibu bapa lain, tetapi naratif mudarat mempengaruhi dasar dan sikap orang ramai yang akhirnya menentukan sama ada anak mereka disokong atau diketepikan di sekolah.
Naratif ini kini telah sampai di sisi setiap ibu bapa yang sering dipersalahkan atas keadaan anak mereka. Ia juga menyentuh mereka yang memilih untuk tidak mendedahkan keadaan anak, lalu kita tertanya-tanya mengapa mereka berbuat demikian. Ia menyentuh setiap anak yang dilabel ‘berbahaya’ kerana autisme, ADHD, isu kesihatan mental atau trauma, dan setiap guru yang merasa tidak bersedia menyokong mereka. Niat yang dipandang ringan untuk hanya hendak “berkongsi maklumat” atau “mengwar-warkan” pendapat sebenarnya membawa kesan besar kepada komuniti yang rentan.
Pendekatan berasaskan penguatkuasaan tegas ataupun meningkatkan pantauan CCTV semata-mata, serta pengasingan tidak akan membina keselamatan dan kesejahteraan kanak-kanak di sekolah.
Kita harus membina sistem yang menyokong, bukan menghukum, dengan mengintegrasikan sokongan first-aid psikologi dan perkhidmatan psikososial di sekolah, melatih warga sekolah untuk bertindak balas dengan empati, serta mewujudkan persekitaran yang menerima perbezaan keadaan mental dan ketidakupayaan psikososial sebagai sebahagian daripada kepelbagaian manusia, dan bukan ancaman kerana kelainan.
Kita harus memastikan sekolah selamat dan inklusif, dengan pendekatan sokongan psikologi untuk menjadi tunas penting dalam ekosistem pendidikan.
Kami menyeru pengamal media, pembuat dasar, pendidik dan orang ramai mengamalkan etika serta akauntabiliti. Tolak spekulasi dan stereotaip berbahaya tentang kesihatan mental atau ketidakupayaan. Berhenti sejenak dan membuat refleksi sebelum membuat keputusan untuk like, share, viral, atau memuat naik sebarang maklumat dan konten.
Sebelum menganggap isu kesihatan mental sebagai penjelasan kepada keganasan, tanyakan pada diri: adakah kita mensensasikan isu ini? Adakah kita menyumbang kepada pemahaman atau menambah pengiktirafan stereotaip kekal? Adakah kita menyakiti komuniti yang sudah terstigma? Adakah kata-kata kita membantu kesejahteraan atau menyemai benci?
Keselamatan yang benar tidak mungkin dicapai dengan menolak perbezaan, tetapi dengan menyokong dan melindungi tegas setiap kanak-kanak, terutamanya yang mempunyai ketidakupayaan psikososial atau sedang melalui isu kesihatan mental.
Tragedi ini perlu mengingatkan kita untuk bertindak lebih baik demi semua yang masih bersekolah dan perjuangan hak kanak-kanak untuk persekitaran sekolah yang selamat.
Kenyataan ini disokong oleh 276 individu dan organisasi daripada komuniti OKU dan rakan-rakan sekutu mereka.
English version
Violence is not a diagnosis or a symptom of mental illness
We speak out as a community of people with disabilities, family members, and allies of persons with disabilities because harmful narratives about disability, autism and mental illness are increasingly shaping the public response to a devastating tragedy: the fatal stabbing of a student by a younger schoolmate at a school.
Of the many incidents involving children in recent months, this tragedy has cut deeply because of how the public discourse has unfolded before the facts were even known.
It is not only the impact of violence itself but also how quickly public discourse has conflated disability with danger, violence, and threats. Comments such as “an OKU [disability] card will now appear as his biggest defence” or “this is what happens when mentally ill children are in school” are spreading like wildfire online, fuelling stigma and misinforming public opinion. These narratives do real damage to communities, policies and lives.
Safety is a daily challenge shaped by our lived realities of being disabled and raising children with disabilities. Our children endure violence, discrimination and exclusion, affecting not only them but also their families and the broader OKU community. We worry about the safety and wellbeing of our children with disabilities in school, even as we pack their bags each night.
These worries are amplified for those with psychosocial disabilities or mental health conditions. Their families face unique challenges, as misunderstanding, misinformation and harmful assumptions frequently result in their children being further marginalised rather than accessing the right support.
We grieve deeply for all involved. Our hearts are with the family mourning an unimaginable loss, with the students and teachers whose lives are now forever altered, and with the child accused and his family, whose lives will be irrevocably changed.
This tragedy has shaken us all, demanding that we respond not only with justice but also with humanity. It is irresponsible to spread hearsay or publish alleged psychological information about the young person’s diagnosis. It is not our place to judge, to disclose or to disseminate these speculations.
Doing so violates a child’s dignity, privacy and rights under the UN Convention on the Rights of the Child, Section 15(2) of the Child Rights Act and Section 233(2) of the Communications and Multimedia Act.
These actions harm families raising children with disabilities, particularly hidden or psychosocial disabilities, who already face intense scrutiny from society.
We are alarmed by reports that some media outlets have revealed or hinted at the identities of both children in this case and previous ones. This is not only unethical but dangerous, exposing minors and their families to harassment, stigma and public judgement. We call on all media to respect child protection, privacy and journalistic responsibility.
An OKU card or a mental illness diagnosis does not shield one from accountability. It is a mechanism for support and rights protection. Weaponising it in public discourse misleads and stops them from seeking support.
Research shows that people with psychosocial disabilities or mental health conditions are far more likely to be victims of violence than perpetrators, and there is no causal link between autism and violence. Global studies also reinforce that violence often stems from social conditions, trauma, unmet needs and environmental stress, not diagnoses.
None of us is excusing harm. The law and justice must run their course.
But the language we use matters. By perpetually linking violent acts as a symptom of disability and a mental illness diagnosis, we become directly responsible for reinforcing fear, upholding myths, silencing families’ struggles, and isolating children. Thus, creating a society that sees exclusion as the only way to keep schools safe. We must do better.
Adolescence, with or without disability, is a complex and fragile period shaped by identity, pressure, emotion and unspoken pain. Responding with anger or sensationalism ignores this complexity.
Parents of children with disabilities share the same hopes and fears for their children as any other parents. Yet, harmful narratives influence policy and attitudes, determining whether their child will be supported or excluded at school.
These narratives have now reached every parent, who is often blamed for his or her child’s condition. They also reach those who choose not to disclose it, and we then question why they make that choice. It touches every child labelled “hi I’m dangerous” because of autism, ADHD, mental illness or trauma, and every teacher who feels unequipped to support them. That simple intention of ‘sharing’ information or expressing one’s opinion does have far-reaching consequences for vulnerable communities.
Policing and exclusion do not build safety. We must build systems that support, not punish. And integrate psychological first aid and psychosocial services into schools, train staff to respond with compassion, and create environments where difference is part of humanity, not a threat. We must make schools places of safety and inclusion, with psychological support embedded in education.
We are calling for good ethics and accountability from media practitioners, policymakers, educators and the wider public. We must reject harmful speculation and stereotypes of mental illness or disability. We continually remind all of us to pause, to reflect, before posting or sharing these narratives.
Before assuming mental illness would explain violence, ask: are we sensationalising? Are we contributing to understanding or reinforcing harmful stereotypes? Are we harming an already stigmatised community? Are my words helping us heal or fuelling fear?
True safety is not achieved by removing differences but by supporting and protecting every child, including those with psychosocial disabilities or experiencing mental illness.
This tragedy must remind us to show up better for those who are still in school and deserve safe, supportive environments. And keeping a child out of school because of a condition they have is not the answer here.
Endorsed by 276 individuals and organisations from the people with disabilities community and allies.
AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
- Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
- Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
- Raikan kerencaman dan keterangkuman
- Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
- Lawan rasuah dan kronisme

