Home Coalitions Clean and Fair Elections Bersih gesa calon pilihan raya Sabah isytihar aset dan elak politik wang

Bersih gesa calon pilihan raya Sabah isytihar aset dan elak politik wang

WIKIPEDIA

Follow us on our Malay and English WhatsApp, Telegram, Instagram, Tiktok and Youtube channels.

Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) menyambut baik pengumuman tarikh bagi pilihan raya negeri Sabah yang ke-17, yang akan berlangsung pada 29 November.

Bersih mengambil kesempatan ini untuk menggesa agar semua parti politik yang ingin bertanding untuk menamakan calon-calon yang bebas daripada tuduhan mahkamah dan sebarang tuduhan salah laku rasuah, sama ada terlibat memberi atau menerima rasuah.

Bersih juga menggesa agar semua calon-calon pilihan raya Sabah kali ini, daripada parti politik atau calon bebas, untuk melakukan pengisytiharan aset dan sumber dana kempen secara terbuka kepada rakyat secara umumnya, dan khususnya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

Hal ini mustahak bagi meningkatkan ketelusan dalam pilihan raya, terutama sumber-sumber yang calon-calon terima untuk digunakan dalam kempen pilihan raya.

Bersih juga mengingatkan agar semua pihak – parti-parti politik, calon-calon pilihan raya, pihak berkuasa, kerajaan sementara dan semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam pilihan raya kali ini – untuk mematuhi undang-undang terutamanya Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

Bersih akan menghantar kumpulan pemantau pilihan raya ke seluruh Sabah untuk memerhati perjalanan pilihan raya, terutamanya bagi memantau kesalahan pilihan raya seperti rasuah, penjamuan, penggunaan sumber dan jentera kerajaan untuk kegunaan calon dan lain-lain kesalahan pilihan raya.

Bersih mengajak rakyat Sabah untuk bersama-sama memantau kempen pilihan raya oleh calon-calon pilihan raya dan menolak sebarang kempen yang merosakkan integriti pilihan raya, terutamanya politik wang, kempen perkauman dan intimidasi serta salah guna sumber kerajaan.

Rakyat Sabah berpeluang menjadikan pilihan raya kali ini sebagai pilihan raya yang bersih dan adil dengan penyertaan aktif untuk memantau salah laku dalam pilihan raya.

READ MORE:  Sabah voters demand real change: what the election revealed

Sebarang aduan boleh dibuat di laman web pemantau Bersih di http://www.pemantau.org

Selamat berpesta demokrasi dengan integriti! – Bersih

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support our work by making a donation. Tap to download the QR code below and scan this QR code from Gallery by using TnG e-wallet or most banking apps:
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x