Home Coalitions Clean and Fair Elections Rakyat Sabah perlu tolak politik wang, kerajaan perlu henti salah guna jentera

Rakyat Sabah perlu tolak politik wang, kerajaan perlu henti salah guna jentera

BENEDICT LOPEZ

Follow us on our Malay and English WhatsApp, Telegram, Instagram, Tiktok and Youtube channels.

Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) menyeru rakyat Sabah untuk berdiri tegas menolak politik wang sepanjang kempen pilihan raya umum Sabah kali ini.

Pemerhatian kami mendapati hampir 50 kejadian yang boleh diperhatikan sebagai kesalahan pilihan raya.

Sebahagian besar kesalahan yang direkodkan melibatkan penjamuan, pemberian hadiah dan barangan – termasuk bakul makanan, barangan dapur dan bentuk pemberian lain seperti program isi minyak motor percuma – yang jelas digunakan untuk mempengaruhi undi pengundi secara rasuah dan penyogokan.

Walaupun sering dibalut sebagai ‘bantuan’ atau ‘inisiatif kebajikan’, pemberian seperti ini semasa tempoh kempen adalah satu bentuk penganuan yang melunturkan integriti pilihan raya.

Lebih teruk lagi, pemantau Bersih telah melaporkan banyak kejadian di mana jentera dan program kerajaan persekutuan dan negeri dimanfaatkan bagi tujuan politik, termasuk:

  • pengagihan bantuan oleh agensi kerajaan
  • penyerahan geran tanah kepada rakyat oleh calon-calon daripada parti kerajaan negeri
  • pengumuman peruntukan
  • penggunaan program rasmi kerajaan untuk menonjolkan calon tertentu

Tindakan ini bukan sahaja memberi kelebihan tidak adil kepada pihak pemerintah, tetapi turut mengaburkan garisan penting antara urusan kerajaan dan kempen parti.

Senarai penuh kejadian yang direkodkan boleh dirujuk di halaman web pemantau.

Di samping itu, pemantau Bersih juga telah menerima beberapa laporan berkenaan cubaan membeli undi secara langsung, sama ada dalam bentuk wang tunai atau tawaran imbuhan tertentu sebagai balasan kepada sokongan politik.

Amalan seperti ini adalah pelanggaran serius undang-undang pilihan raya dan menghina maruah pengundi yang berhak membuat pilihan secara bebas tanpa sogokan.

Bersih ingin mengingatkan semua parti politik dan para pengundi bahawa pemberian wang dengan tujuan untuk mempengaruhi undi adalah satu kesalahan di bawah Seksyen 10 mengenai penyogokan, Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

READ MORE:  Election spending caps and reforms ahead of next general election

Malah penjamuan dan pemberian barangan bernilai juga boleh disabitkan kesalahan di bawah Bahagian III, Seksyen 8 mengenai penjamuan, Akta Kesalahan Pilihan Raya. Sekiranya didapati bersalah, pelaku boleh dihukum penjara tidak lebih dua tahun dan denda tidak melebihi RM5,000.

Bersih menegaskan bahawa politik wang dan penyalahgunaan sumber kerajaan mesti dibanteras dengan tegas.

Kerajaan perlu meminda Akta Kesalahan Pilihan Raya segera, dan Suruhanjaya Pilihan Raya harus diberikan kuasa kompaun untuk mengambil tindakan segera terhadap pelaku politik wang.

Kami memohon kepada pengundi Sabah agar tidak termakan dengan slogan ‘duit terima tetapi tidak semestinya undi pihak yang memberi’.

Kami mengajak rakyat Sabah untuk mengubah budaya politik ini dengan menolak 100% politik wang dan salah guna kuasa dalam pilihan raya.

Sabah tidak boleh lagi membiarkan duit dan habuan sementara mengaburi pengundi, kerana masa depan politik negeri bergantung kepada pemimpin yang bertanggungjawab dan mampu memastikan kesejahteraan jangka panjang rakyat.

Politik yang hanya melihat undi sebagai transaksi untuk mendapatkan habuan tetapi gagal dalam tugasan hakiki akan terus merosakkan impian rakyat Sabah.

Laporkan sebarang salah laku kepada pemantau Bersih melalui halaman web pemantau. – Bersih

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support our work by making a donation. Tap to download the QR code below and scan this QR code from Gallery by using TnG e-wallet or most banking apps:
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x