Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) mengikuti dengan dekat siri pendedahan sogokan oleh individu bernama Albert Tei yang melibatkan beberapa ahli-ahli Dewan Undangan Sabah dan kini termasuk dakwaan ke atas bekas setiausaha politik perdana menteri, Shamsul Iskandar Akin.
Semua yang terlibat didakwa mendapat sogokan berupa wang dan barangan berharga yang lain.
Bersih mempersoal kewajaran tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang menyerbu rumah Albert Tei walaupun, berdasarkan kenyataan peguam beliau, Tei akan merakam percakapan pada 1 Disember.
Tindakan sebegini sama sekali tidak mencerminkan profesionalisme dan integriti pihak SPRM walaupun mereka sendiri sudah sedia maklum bahawa Tei telah bersedia memberi keterangan. …
Bersih berpandangan bahawa semua pihak yang dinamakan dalam siri-siri pendedahan – termasuk Tei sendiri, yang membongkar perlakuan beliau yang menyogok ahli-ahli politik – dan dakwaan ke atas bekas setiausaha politik perdana menteri perlu disiasat setelusnya.
- Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or both
- Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara (ALIRAN), Maybank a/c 507246118995 or CIMB a/c 8004240948
- Make a pledge or schedule an auto donation to Aliran every month or every quarter
- Become an Aliran member
Tei sama sekali bukan adiwira yang perlu dijulang, namun pendedahan beliau merupakan sesuatu yang sangat mustahak untuk disiasat dengan bersih dan adil.
SPRM kini sedang berhadapan dengan krisis keyakinan apabila nama-nama besar yang disiasat tetapi sehingga kini tiada sebarang tindakan terhadap mereka.
Persepsi rakyat terhadap SPRM terhakis apabila perdana menteri berterusan melanjutkan kontrak Azam Baki sehingga kali ketiga walaupun ketika waktu beliau menjadi ketua pembangkang, pembangkang ketika itu hebat mengkritik kebebasan SPRM terutama perlakuan Azam sebagai ketua pesuruhjaya badan pencegahan rasuah tersebut.
Bersih, bersama anggota masyarakat sivil yang lain telah berulang kali menggesa dan memperingatkan Anwar Ibrahim dan kerajaan “Madani” untuk menjalankan reformasi pelantikan jawatan-jawatan penjawat awam utama seperti ketua pesuruhjaya SPRM, ahli-ahli Suruhanjaya Pilihan Raya, ketua polis negara dan lain-lain jawatan utama.
Pelantikan jawatan-jawatan ini perlu disemak melalui proses di Parlimen di bawah jawatankuasa pilihan parlimen yang berkaitan agar pelantikan ini bebas daripada cengkaman dan campur tangan berlebihan oleh perdana menteri.
Malah pada 18 Julai 2024, Bersih telah mengeluarkan satu laporan khas reformasi SPRM, dengan mengetengahkan bentuk reformasi struktural SPRM yang harus dilakukan untuk mengembalikan keyakinan rakyat terhadap badan tersebut.
Azam, selaku ketua pesuruhjaya SPRM, perlu segera mengundurkan diri daripada terlibat dengan mana-mana siasatan terhadap skandal rasuah yang beliau dikaitkan agar tidak ada konflik kepentingan dalam siasatan.
Siasatan terhadap mana-mana pihak perlulah dilakukan dengan bersih, bebas dan adil supaya undang-undang dapat berjalan dengan baik serta keadilan dapat ditegakkan. – Bersih
AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
- Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
- Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
- Raikan kerencaman dan keterangkuman
- Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
- Lawan rasuah dan kronisme











