Home Civil Society Voices Segerakan inkuiri nasional mengenai masalah banjir/Hold urgent national inquiry into flood problems

Segerakan inkuiri nasional mengenai masalah banjir/Hold urgent national inquiry into flood problems

Walaupun kita tidak dapat menghentikan hujan, banjir yang berlaku boleh dicegah atau dikurangkan kemusnahan jika puncanya ditangani

The flood in Kuching on 18 March 2023

Follow us on our Malay and English WhatsApp, Telegram, Instagram, Tiktok and Youtube channels.

[ENGLISH VERSION BELOW] Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa agar pihak berkuasa menubuhkan satu jawatankuasa pakar, termasuk wakil masyarakat sivil, untuk mengkaji punca masalah banjir yang berterusan dan membuat cadangan untuk memperbaikinya.

Menurut Laporan Khas Kesan Banjir di Malaysia 2024 oleh Jabatan Perangkaan, dianggarkan Malaysia mencatatkan jumlah kerugian berjumlah RM933 juta pada 2024 akibat banjir. Kerugian dalam sektor pertanian meningkat kepada RM185j daripada RM121j pada 2023.

Banjir yang merebak ke seluruh negara dan melibatkan negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Kelantan, Terengganu dan Selangor, tidak seharusnya dikaitkan semata-mata dengan peningkatan hujan lebat. Kita mestilah mengambil pendekatan holistik untuk mengkaji semua puncanya.

Hujan adalah fenomena biasa setiap tahun, tetapi bagaimana kita menanganinya? Banjir bukan sahaja mengakibatkan kehilangan nyawa, kerosakan harta benda dan kemusnahan hasil pertanian tetapi juga memberi kesan besar kepada ekonomi negara.

Pembangunan bandar yang pesat tanpa perancangan jangka panjang merupakan antara punca utama banjir. Peluasan kawasan permukaan yang tidak telap, ditambah dengan longkang sempit yang tidak dapat menampung sejumlah besar air hujan, adalah punca banjir di bandar yang tidak berkesudahan.

Penggantian kawasan hijau semula jadi seperti bukit, dataran banjir dan pokok-pokok yang bertindak sebagai penyerap air, bersama dengan penebangan hutan dan pembangunan kawasan bukit, memburukkan lagi masalah banjir yang melanda negara.

Penebangan hutan membawa kepada hakisan tanah dan tanah runtuh, yang meningkatkan beban sedimen dalam larian air permukaan, yang membawa kepada pengumpulan larian di kawasan hilir. Sungai menjadi cetek akibat pemendapan, dan keupayaannya untuk mengeluarkan air hujan berkurangan.

Pembuangan sampah yang tidak bertanggungjawab juga menyebabkan longkang tersumbat, mengakibatkan banjir.

READ MORE:  Why Malaysia keeps flooding: The hard truths we can't ignore

Ini bukanlah bencana banjir terakhir yang melanda negara. Malah, ramai penduduk bimbang apa yang akan berlaku kepada rumah dan persekitaran mereka apabila hujan turun.

Terdapat beberapa langkah yang boleh diambil untuk memastikan kesan banjir tahunan ini tidak terlalu teruk, dengan semua pihak yang berkaitan perlu memastikan pembangunan dikawal melalui perancangan yang betul.

Penilaian kesan alam sekitar, saliran, pengangkutan dan sosial perlu dijalankan bagi setiap projek. Syarat-syarat yang lebih ketat mestilah dikenakan bagi melindungi cerun dan tanah berbukit daripada pembangunan sembarangan.

Pemantauan yang lebih ketat terhadap projek pembangunan dan menghijaukan lebih banyak ruang bandar, termasuk sistem taman, hutan bandar dan perlindungan tebing sungai, diperlukan untuk mengelakkan hakisan. Pencegahan banjir juga perlu diutamakan dalam setiap rancangan pembangunan.

Walaupun kita tidak dapat menghentikan hujan, banjir yang berlaku boleh dicegah atau dikurangkan kemusnahan jika puncanya ditangani. – CAP

English version

CAP urges urgent national inquiry into flood problems

The Consumers’ Association of Penang (CAP) calls on the authorities to establish a committee of experts, including civil society representatives, to study the root causes of the perennial flood problem and to make recommendations to remedy it.

According to the Special Report on the Impact of Floods in Malaysia 2024 by the Department of Statistics, it is estimated that Malaysia recorded total losses amounting to RM933m in 2024 due to floods. Losses in the agricultural sector increased to RM185m from RM121m in 2023.

The floods, which spread throughout the country and involved the states of Perlis, Kedah, Penang, Perak, Kelantan, Terengganu and Selangor, should not be attributed solely to the increase in heavy rainfall. We must take a holistic approach to study all the causes.

READ MORE:  Prioritising companies over flood prevention

Rain is a common phenomenon every year, but how do we deal with it? Floods not only lead to loss of life, damage to property and destruction of agricultural products but also have a major impact on the country’s economy.

Rapid urban development without long-term planning is one of the main causes of flooding. The expansion of impermeable surface areas, coupled with narrow drains that cannot accommodate large amounts of rainwater, is the reason for the unending urban floods.

The replacement of natural green areas – such as hills, floodplains and trees – that act as water absorbers, together with deforestation and the development of hill areas, further exacerbates the flood problem that has hit the country.

Deforestation leads to soil erosion and landslides, which increase the sediment load in surface water runoff, leading to the accumulation of runoff in downstream areas. Rivers become shallow due to sedimentation and their capacity to discharge rainwater is reduced.

Irresponsible garbage disposal also causes drains to become clogged, resulting in water-logging.

This will not be the last flood disaster to hit the country. In fact, many residents are worried about what will happen to their homes and surroundings when the rain falls.

There are several steps that can be taken to ensure that the impact of annual floods is not too severe, with all relevant parties needing to ensure that development is controlled through proper planning.

Environmental, drainage, transport and social impact assessments should be carried out for every project. Stricter conditions must be imposed for the protection of slopes and hilly land from indiscriminate development.

READ MORE:  When human kindness rained on flood-hit Malaysians in Hat Yai

Stricter monitoring of development projects and the greening of more urban spaces, including park systems, urban forests and riverbank protection, are needed to prevent erosion. Flood prevention should also be prioritised in every development plan.

While we cannot stop the rain, the floods that occur can be prevented or made less destructive if the root causes are addressed.

Mohideen Abdul Kader is the president of the Consumers’ Association of Penang.

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support our work by making a donation. Tap to download the QR code below and scan this QR code from Gallery by using TnG e-wallet or most banking apps:
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x