Home Civil Society Voices JAG kecam serangan ke atas Justice for Sisters/ JAG condemns attacks on...

JAG kecam serangan ke atas Justice for Sisters/ JAG condemns attacks on Justice for Sisters

Follow us on our Malay and English WhatsApp, Telegram, Instagram, Tiktok and Youtube channels.

[ENGLISH VERSION BELOW] Gabungan Tindakan Bersama untuk Kesaksamaan Gender (JAG) mengecam dengan keras gesaan Pemuda Pas untuk menyiasat dan mengharamkan organisasi Justice for Sisters (JFS) kerana mereka memberikan sokongan perundangan dan psikososial kepada individu yang ditahan sewenang-wenangnya dalam serbuan di Chow Kit.

Menyasarkan sebuah organisasi hak asasi manusia adalah amat membimbangkan.

Serangan terhadap seorang pembela hak asasi manusia adalah serangan terhadap semua pembela hak asasi manusia.

Cubaan untuk memberi tekanan kepada kerja hak asasi manusia yang sah mencabuli kebebasan yang dijamin oleh Perlembagaan serta tanggungjawab Malaysia terhadap undang-undang hak asasi manusia domestik dan antarabangsa.

Pemuda Pas tidak faham Perlembagaan

Perlembagaan Persekutuan menjamin kebebasan, namun telah dilanggar dalam insiden ini.

Artikel 5(1) menjamin bahawa tiada seorang pun boleh dinafikan nyawa atau kebebasan diri kecuali melalui undang-undang. Ini bermakna tangkapan sewenang-wenangnya, layanan yang memalukan, serta tahanan tanpa asas undang-undang yang sah adalah bercanggah dengan Perlembagaan.

Artikel 8(1) dan 8(2) menegaskan bahawa semua orang adalah sama di sisi undang-undang dan melarang diskriminasi oleh pihak berkuasa awam. Tindakan menyasarkan individu berdasarkan orientasi seksual (benar atau disyaki) atau menghukum organisasi yang memberikan sokongan kepada mereka, adalah menyalahi undang-undang.

Perlindungan ini turut diperkukuh oleh Artikel 10(1)(a) dan (c), yang menjamin kebebasan bersuara serta hak untuk menubuhkan persatuan, sekali gus memastikan NGO yang menjalankan kerja hak asasi manusia tidak boleh dibungkam kerana melaksanakan tugas mereka.

Mengugut untuk membungkam JFS kerana mereka menyediakan bantuan perundangan dan psikososial adalah tidak berperlembagaan dan bersifat diskriminasi.

Melanggar prosedur serta jaminan Perlembagaan

Lebih 200 orang telah ditahan, termasuk 171 lelaki warga Malaysia dan 31 warga asing, didedahkan identiti kepada umum, dan diberi layanan yang mengaibkan. Namun majistret menolak permohonan reman kerana bukti yang diberi tidak mencukupi.

Ini menimbulkan beberapa persoalan:

  • Apakah prosedur operasi standard yang digunapakai ketika serbuan tersebut?
  • Mengapa media berada di lokasi, sehingga berlaku pelanggaran privasi yang bercanggah dengan Artikel 5, iaitu tidal melindungi maruah orang yang ditangkap?
  • Mengapa individu yang ditahan disoal dengan soalan memalukan dan berunsur seksual dan tidak berkaitan dengan kesalahan yang didakwa?

Pihak polis mesti memberi penjelasan sama ada mereka telah mematuhi Peraturan Lokap 1953, perintah tetap, serta jaminan Perlembagaan di bawah Artikel 5 dan 9.

Pembela hak asasi dilindung

Malaysia mempunyai institusi hak asasi manusia berkanun yang ditugaskan untuk melindungi hak untuk semua.

Di bawah Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia 1999:

  • Seksyen 4(1) mewajibkan Suhakam memajukan dan melindungi hak asasi manusia
  • Seksyen 12 memberi kuasa kepada Suhakam untuk menyiasat aduan pelanggaran hak asasi manusia.

Selain itu, di bawah Deklarasi PBB mengenai Pembela Hak Asasi Manusia (1998):

  • Artikel 1 menegaskan bahawa setiap orang berhak memajukan dan melindungi hak asasi manusia
  • Artikel 5 menjamin hak untuk berkumpul, bermesyuarat dan berkomunikasi secara bebas
  • Artikel 12 mewajibkan negara melindungi pembela hak asasi manusia daripada menerima tindakan balas

Menyasarkan sebuah NGO kerana melaksanakan tugas hakiki mereka memberi gambaran yang Malaysia menentang norma antarabangsa dan prinsip demokrasi.

Penguatkuasaan yang bersifat diskriminasi

Rakaman media menunjukkan ada lelaki yang bertuala dirakam serta didedahkan identitinya secara terbuka.Ini adalah satu pencabulan teruk terhadap privasi dan maruah diri.

Soalan-soalan yang mengaibkan ditanya kepada individu yang ditahan, termasuk permintaan untuk melakukan simulasi bunyi seksual seperti yang didedahkan dalam laporan berita. Ini adalah penguatkuasaan yang menghina dan tidak wajar.

Penguatkuasaan yang bersifat diskriminasi, memalukan individu yang ditahan, serta penyalahgunaan media menjejaskan:

  • hak perlembagaan
  • kepercayaan terhadap sistem keadilan
  • matlamat kesihatan umum, yang termasuk pencegahan HIV
  • komitmen Malaysia kepada Cedaw serta lain-lain perjanjian hak asasi

Tiada masyarakat demokratik boleh bertolak ansur dengan amalan penguatkuasaan yang bergantung pada penghinaan dan ketakutan.

JAG menggesa:

  • Menghentikan segala bentuk gangguan, ugutan dan intimidasi terhadap JFS dan semua pembela hak asasi manusia
  • Penjelasan daripada pihak polis mengenai pematuhan prosedur operasi standard, kesahan penglibatan media, serta asas tangkapan di Chow Kit
  • Siasatan penuh Suhakam terhadap pencabulan hak asasi manusia berkaitan serbuan dan proses penahanan
  • Garis panduan yang jelas untuk melarang penguatkuasaan yang bersifat diskriminasi serta melanggar hal privasi oleh polis, pihak berkuasa agama dan pihak berkuasa tempatan
  • Perlindungan kerajaan terhadap organisasi masyarakat sivil, selaras dengan Artikel 5, 8 dan 10 Perlembagaan serta piawaian hak asasi manusia antarabangsa

Pembela hak asasi manusia berkhidmat demi kepentingan semua.

Membungkam satu organisasi bermakna mengancam hak dan keselamatan untuk semua.

Malaysia mesti menegakkan keadilan, bertanggungjawab, patuh kepada Perlembagaan dan menolak diskriminasi serta ugutan yang menakut-nakutkan. – JAG

English version

JAG condemns attacks on Justice for Sisters and calls for accountability in discriminatory Chow Kit raid

The Joint Action Group for Gender Equality (JAG) strongly condemns the call by Pas’ youth wing to investigate and ban Justice for Sisters (JFS) for providing legal and psychosocial support to individuals arbitrarily detained in the Chow Kit raid.

Such targeting of a human rights organisation is deeply alarming.

An attack on one human rights defender is an attack on all human rights defenders.

Attempts to suppress legitimate human rights work infringe upon constitutional freedoms and Malaysia’s obligations under domestic and international human rights law.

Fundamental misunderstanding of Constitution

The Federal Constitution provides clear safeguards that were breached in this incident.

Article 5(1) guarantees that no person shall be deprived of life or personal liberty except in accordance with the law – meaning arbitrary arrests, humiliating treatment, and detention without lawful grounds are unconstitutional.

Articles 8(1) and 8(2) affirm that all persons are equal before the law and prohibit discrimination by public authorities – making it unlawful to target individuals based on actual or perceived sexual orientation or to penalise organisations providing them with support.

These protections are reinforced by Article 10(1)(a) and (c), which safeguard freedom of expression and the right to form associations, ensuring that NGOs engaged in human rights work cannot be silenced for carrying out their legitimate functions.

Threatening to silence JFS simply for providing legal and psychosocial assistance is unconstitutional and discriminatory.

Violation of procedures and safeguards

More than 200 people arrested – 171 Malaysian men and 31 foreigners – were detained, publicly exposed, and subjected to degrading treatment. Yet the magistrate rejected the remand application due to insufficient evidence.

This raises urgent questions:

  • What standard operating procedures governed the raid?
  • Why were the media present – leading to privacy violations inconsistent with Article 5 dignity protections?
  • Why were detainees subjected to humiliating and sexually explicit questions unrelated to any prosecutable offence?

The police must clarify whether they complied with the Lock-Up Rules 1953, standing orders, and constitutional safeguards under Articles 5 and 9.

Protection for rights defenders

Malaysia has a statutory human rights institution tasked with protecting rights: Under the Suhakam Act 1999:

  • Section 4(1) mandates Suhakam to promote and protect human rights
  • Section 12 empowers Suhakam to investigate complaints of human rights. Additionally, there is the UN Declaration on Human Rights Defenders (1998):
  • Article 1 affirms that everyone has the right to promote and protect human rights
  • Article 5 guarantees the right to organise, meet,] and communicate freely
  • Article 12 requires states to protect human rights defenders from retaliation

Targeting an NGO for carrying out its legitimate work places Malaysia at odds with international norms and democratic principles.

Patterns of discriminatory enforcement

Media footage showed men in towels being filmed and publicly identified, a gross violation of privacy and dignity.

The humiliating questioning of detainees – including requests for simulated sexual sounds, as documented in news reports – points to degrading and improper enforcement practices.

Discriminatory enforcement, shaming of detainees, and misuse of media access undermine:

  • constitutional rights
  • public trust in the justice system
  • public health goals, including HIV prevention
  • Malaysia’s commitments under Cedaw and human rights treaties

No democratic society can tolerate enforcement practices that rely on humiliation and fear.

JAG calls for:

  • The immediate cessation of all harassment, threats and intimidation against JFS and all human rights defenders
  • A public explanation from the police regarding compliance with standard operating procedures, the legality of media involvement, and the basis of the arrests
  • A full Suhakam investigation into human rights violations associated with the raid and detention process
  • Clear guidelines prohibiting discriminatory and privacy-violating enforcement practices by police, religious authorities and local councils
  • Government protection of civil society organisations, in compliance with Articles 5, 8 and 10 of the Federal Constitution and international human rights standards

Human rights defenders serve the public interest. Silencing one organisation threatens the rights and safety of all.

Malaysia must uphold justice, accountability and constitutional fidelity – and reject discrimination and intimidation.

Endorsed by the following JAG member organisations and other civil society organisations:

  • Association of Women Lawyers (AWL)
  • All Women’s Action Society (Awam)
  • Autism Inclusiveness Direct Action Group (Aida)
  • ⁠⁠Kryss Network
  • Persatuan Kebajikan Sokongan Keluarga Selangor dan KL (Family Frontiers)
  • Persatuan Kesedaran Komuniti Selangor (Empower)
  • ⁠Perak Women for Women Society (PWW)
  • SIS Forum (Malaysia)
  • ⁠Tenaganita
  • Women’s Aid Organisation (WAO)
  • Women’s Centre for Change, Penang (WCC)
  • Reproductive Rights Advocacy Alliance Malaysia (RRAAM)
  • Joint Action Group for Gender Equality (JAG)
The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support our work by making a donation. Tap to download the QR code below and scan this QR code from Gallery by using TnG e-wallet or most banking apps:
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x