Pejabat pesuruhjaya kanak-kanak di bawah Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) menyambut baik dan menyokong inisiatif Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) yang memperuntukkan bahawa penyedia perkhidmatan pesanan internet dan media sosial berskala besar disifatkan sebagai pemegang lesen penyedia perkhidmatan aplikasi, berkuat kuasa mulai 1 Januari 2026.
Inisiatif ini adalah selaras dengan Seksyen 46A baharu Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (peruntukan Deeming). Pejabat pesuruhjaya kanak-kanak memuji langkah ini sebagai satu langkah penting dalam penguatkuasaan Akta Keselamatan dalam Talian 2025 di Malaysia.
Pejabat pesuruhjaya kanak-kanak berpandangan bahawa langkah pengawalseliaan ini adalah satu perkembangan penting ke arah memperkukuh akauntabiliti platform digital yang beroperasi di Malaysia, khususnya dalam aspek perlindungan kanak-kanak dalam talian.
Di bawah Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak, kanak-kanak berhak untuk dilindungi daripada semua bentuk kemudaratan, penderaan, eksploitasi dan keganasan, termasuk dalam ruang digital. Perlindungan ini termaktub di bawah Artikel 3, 19, 34 dan 36 konvensyen ini, yang mewajibkan kerajaan sebagai negara pihak untuk mengambil langkah proaktif dan pencegahan bagi menangani potensi risiko terhadap kanak-kanak.
Akta Kanak-Kanak 2001 memperuntukkan tanggungjawab kesemua pihak untuk melindungi kanak-kanak daripada kemudaratan fizikal, emosi dan psikologi, pengabaian, penderaan serta eksploitasi. Dalam landskap digital masa kini, tanggungjawab ini turut merangkumi persekitaran dalam talian di mana kanak-kanak semakin banyak belajar, berkomunikasi dan bersosial.
- Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or both
- Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara (ALIRAN), Maybank a/c 507246118995 or CIMB a/c 8004240948
- Make a pledge or schedule an auto donation to Aliran every month or every quarter
- Become an Aliran member
Oleh itu, platform digital yang memudahcara interaksi dalam talian berskala besar memikul tanggungjawab untuk memastikan perkhidmatan mereka direka bentuk, ditadbir dan dikuatkuasakan dengan cara yang tidak mendedahkan kanak-kanak kepada bahaya atau menjejaskan kesejahteraan mereka.
Pejabat pesuruhjaya kanak-kanak menegaskan bahawa penyedia perkhidmatan mempunyai kewajipan untuk memastikan platform mereka, dalam aspek reka bentuk dan tetapan secara automatiknya adalah selamat untuk kanak-kanak.
Ini termasuk pelaksanaan perlindungan bersesuaian mengikut umur, pencegahan akses kepada kandungan berbahaya, menangani risiko eksploitasi seksual dalam talian dan penderaan, memastikan perantaraan kandungan yang kukuh, serta menyediakan mekanisme pelaporan dan remedi yang mudah diakses.
Kepentingan terbaik kanak-kanak, seperti mana yang termaktub di bawah Artikel 3 Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak perlu menjadi panduan kepada dasar platform, reka bentuk sistem dan penguatkuasaan.
Peruntukan Deeming yang diperkenalkan oleh MCMC mengukuhkan prinsip bahawa platform yang memperoleh manfaat daripada jumlah pengguna yang besar di Malaysia perlu memikul tanggungjawab yang setara di bawah rangka kerja kawal selia negara.
Pejabat pesuruhjaya kanak-kanak menyokong usaha MCMC untuk memastikan penyedia perkhidmatan beroperasi dalam sistem kawal selia yang jelas, konsisten dan boleh dikuatkuasakan, serta menjunjung hak kanak-kanak terhadap keselamatan, maruah, privasi dan perkembangan mereka.
Pejabat pesuruhjaya kanak-kanak sedia untuk mengukuh kerjasama dengan MCMC, agensi kerajaan yang berkaitan serta penyedia perkhidmatan bagi memajukan ekosistem digital yang lebih selamat untuk kanak- kanak.
Melindungi kanak-kanak dalam talian bukanlah suatu pilihan. Ia adalah kewajipan undang-undang dan moral di bawah undang-undang hak asasi manusia antarabangsa, serta rangka kerja perlindungan kanak-kanak domestik Malaysia. – Suhakam
English version
Enhanced platform responsibility to ensure children’s online safety
The office of the children’s commissioner under the Malaysian human rights commission Suhakam welcomes and supports the initiative by the Malaysian Communications and Multimedia Commission (MCMC) where large-scale internet messaging and social media service providers would be deemed registered holders of application service provider licences, effective 1 January 2026.
This is pursuant to the new Section 46A of the Communications and Multimedia Act 1998 (the deeming provision). The office of the children’s commissioner commends this as a significant step in enforcing the Online Safety Act 2025 in Malaysia.
The office of the children’s commissioner views this regulatory measure as a significant step towards strengthening the accountability of digital platforms operating in Malaysia, particularly in safeguarding children in online environments.
Under the Convention on the Rights of the Child (CRC), to which Malaysia is a state party, children have the right to be protected from all forms of harm, abuse, exploitation and violence, including in digital spaces.
These protections are clearly articulated under Articles 3, 19, 34 and 36 of the CRC, which require states, as well as relevant non-state actors, to take proactive and preventive measures to address foreseeable risks to children.
The Child Act 2001 imposes a clear duty on all parties to protect children from physical, emotional and psychological harm, neglect, abuse and exploitation. In today’s digital landscape, this duty necessarily extends to online environments where children increasingly learn, communicate and socialise.
Digital platforms that facilitate large-scale online interaction therefore bear a responsibility to ensure that their services are designed, governed and enforced in ways that do not expose children to harm or undermine their wellbeing.
The office of the children’s commissioner emphasises that service providers have a duty of care to ensure that their platforms are safe by design and by default for children.
This includes implementing effective age-appropriate safeguards, preventing access to harmful content, addressing risks of online sexual exploitation and abuse, ensuring robust content moderation and providing accessible reporting and remedy mechanisms.
The best interests of the child, as a primary consideration under Article 3 of the CRC, must guide platform policies, system design and enforcement practices.
The deeming provision introduced by the MCMC reinforces the principle that platforms benefiting from significant user bases in Malaysia must also accept corresponding responsibilities under the national regulatory framework.
The office of the children’s commissioner supports the MCMC’s efforts to ensure that service providers operate within a clear, consistent and enforceable system that upholds children’s rights to safety, dignity, privacy and development.
The office of the children’s commissioner looks forward to strengthening its collaboration with the MCMC, relevant government agencies and service providers to advance a safer digital ecosystem for children.
Protecting children online is not optional but a legal and moral obligation under both international human rights law and Malaysia’s domestic child protection framework. – Suhakam
AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
- Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
- Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
- Raikan kerencaman dan keterangkuman
- Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
- Lawan rasuah dan kronisme

