Home Media statements Najib bersalah dalam kes 1MDB: Mercu tanda penting dalam perjuangan menentang rasuah...

Najib bersalah dalam kes 1MDB: Mercu tanda penting dalam perjuangan menentang rasuah berprofil tinggi

Kami menentang keras sebarang cubaan untuk membersihkan rekod ahli politik yang terpalit dengan rasuah berprofil tinggi.

Najib Razak - BERNAMA

Follow us on our Malay and English WhatsApp, Telegram, Instagram, Tiktok and Youtube channels.

Aliran mengalu-alukan keputusan mahkamah dalam kes 1MDB yang mendapati Najib Razak bersalah atas empat pertuduhan salah guna kuasa dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan RM2.3bn.

Keputusan ini – bersama satu lagi keputusan Mahkamah Tinggi pada 22 Disember yang menolak permohonan Najib untuk menjalani ‘tahanan rumah’ dalam kes SRC International – merupakan satu mercu tanda penting dalam perjuangan menentang rasuah di peringkat tertinggi.

Perjuangan menuntut akauntabiliti merupakan teras kepada gerakan Reformasi serta siri perhimpunan Bersih oleh masyarakat sivil sejak bertahun-tahun lalu.

Sehubungan itu, kami menentang keras sebarang cubaan melakukan ‘set semula politik’ (‘political reset’) bagi membersihkan rekod ahli politik yang terpalit dengan rasuah berprofil tinggi. Tidak boleh ada dua darjat dalam usaha memerangi rasuah.

Isu 1MDB, serta kes rasuah berprofil tinggi lain, mesti diadili secara bebas di mahkamah, dengan badan kehakiman dan pihak pendakwaan yang bebas. Keputusan mahkamah perlu dihormati dan dipertahankan.

Bagi memastikan perkara ini berlaku, kebebasan badan kehakiman mesti dipelihara. Dalam pelantikan hakim, pindaan kepada Akta Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman 2009 diperlukan bagi memastikan proses pelantikan benar-benar bebas daripada pengaruh eksekutif.

Pendakwa raya juga perlu bebas daripada peguam negara yang ketika ini merupakan pelantikan kerajaan dan penasihat kepada kerajaan. Pemisahan peranan ini mesti disegerakan.

Sementara itu, kami menggesa Jabatan Peguam Negara supaya meneruskan semua kes rasuah berprofil tinggi di mana tertuduh telah diberikan ‘pelepasan tanpa pembebasan’.

Jawatankuasa eksekutif Aliran
26 December 2025

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support our work by making a donation. Tap to download the QR code below and scan this QR code from Gallery by using TnG e-wallet or most banking apps:
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

Most Read

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x