MS Anuar Mahmod
[ENGLISH VERSION BELOW] Krisis di Gaza dan Venezuela mendedahkan satu pola ketidakadilan global yang berterusan – satu sistem hegemoni di mana kuasa besar menentukan peraturan, menguasai sumber dan menghukum mereka yang menentang.
Negara-negara Selatan Global terperangkap dalam jaringan tekanan, paksaan dan eksploitasi, sementara suara rakyat biasa disenyapkan secara sistematik.
Di Gaza, lebih dua juta penduduk awam dikenakan hukuman kolektif melalui serangan ketenteraan berterusan, pemusnahan rumah, hospital dan infrastruktur, serta kerosakan alam sekitar.
Tindakan ini dinormalisasi di bawah alasan ‘mempertahankan diri’, walhal ia jelas melanggar undang-undang antarabangsa. Ini bukan pertahanan; ia adalah cara menindas (bully) dan mendominasi masyarakat yang terpinggir.
- Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or both
- Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara (ALIRAN), Maybank a/c 507246118995 or CIMB a/c 8004240948
- Make a pledge or schedule an auto donation to Aliran every month or every quarter
- Become an Aliran member
Di Venezuela, strategi berbeza digunakan tetapi tujuannya sama: penguasaan hemisfera dan pengambilan sumber. Sekatan ekonomi, campur tangan politik dan tekanan luar dilaksanakan atas nama ‘demokrasi’, sementara rakyat biasa menanggung akibat sebenar.
Objektif sebenar adalah mengukuhkan kuasa, mengawal sumber strategik dan memastikan kepatuhan terhadap hegemoni global.
Kedua-dua contoh ini menunjukkan standard berganda dalam undang-undang antarabangsa. Negara yang sehaluan dengan kuasa besar menikmati kekebalan, sementara mereka yang menegakkan kemerdekaan dihukum.
Keadilan bersyarat sebegini meruntuhkan kredibiliti norma global dan mendedahkan kebobrokan moral sistem yang digerakkan oleh kepentingan hegemoni, bukan hak asasi manusia.
Jika keadilan global bermakna sesuatu, ia mesti dilaksanakan secara konsisten. Maruah dan hak rakyat Gaza harus mendapat perlindungan yang sama seperti rakyat Venezuela – dan di mana-mana sahaja. – Penang4Palestine
MS Anuar Mahmod ialah pengerusi Penang4Palestine.
English version
Gaza and Venezuela reveal the same global injustice
The crises in Gaza and Venezuela expose a single, persistent pattern of global injustice – a system of hegemony where the powerful dictate the rules, dominate resources and punish those who resist.
The Global South is caught in a web of coercion, pressure and exploitation, while the voices of ordinary people are systematically silenced.
In Gaza, over two million civilians suffer collective punishment through sustained military assault, destruction of homes, hospitals and infrastructure, and environmental devastation.
These acts are normalised under the language of ‘self-defence’, while blatant violations of international law go unchecked. The situation reflects not defence but a deliberate exercise of power to bully and dominate a marginalised population.
In Venezuela, a different strategy is applied with the same goal: hemispheric control and resource extraction. Economic sanctions, political interference and external pressure are imposed under the guise of ‘democracy’, while ordinary people bear the human cost.
The real objective is to consolidate power, control strategic resources and enforce compliance with global hegemony.
These examples reveal a double standard in international law. Nations aligned with dominant powers enjoy impunity, while those who assert independence are punished.
This selective justice undermines the credibility of international norms and exposes the moral bankruptcy of a system driven by hegemonic interests rather than human rights.
If global justice is to mean anything, it must be applied consistently. The dignity and rights of civilians in Gaza deserve the same protection as those in Venezuela – and everywhere else. – Penang4Palestine
MS Anuar Mahmod is the chairman of Penang4Palestine.
AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
- Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
- Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
- Raikan kerencaman dan keterangkuman
- Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
- Lawan rasuah dan kronisme

