Home Civil Society Voices Majlis media kecam pendedahan maklumat peribadi dan ugutan terhadap wartawan/Media council condemns...

Majlis media kecam pendedahan maklumat peribadi dan ugutan terhadap wartawan/Media council condemns threats to journalist and doxxing

PIXABAY

Follow us on our Malay and English WhatsApp, Telegram, Instagram, Tiktok and Youtube channels.

[ENGLISH VERSION BELOW] Majlis Media Malaysia (MMM) mengambil maklum permohonan maaf secara terbuka yang dikeluarkan oleh Free Malaysia Today (FMT) serta penjelasan yang diberikan susulan semakan dalaman berhubung perkara terkini yang melibatkan salah seorang wartawannya.

MMM mengiktiraf langkah-langkah yang diambil oleh organisasi berita tersebut untuk menangani isu berkenaan dan memberikan pertanggungjawaban secara terbuka terhadap cara ia dikendalikan, selaras dengan prinsip ketelusan dan tanggungjawab editorial.

MMM mengecam sekeras-kerasnya segala bentuk pendedahan maklumat peribadi (doxxing), gangguan, ugutan dan ancaman terhadap wartawan.

Tindakan sedemikian meletakkan pengamal media dalam keadaan berisiko, mencabul privasi, keselamatan serta hak asasi mereka, dan menjejaskan peranan asas kewartawanan dalam sesebuah masyarakat demokratik.

Tiada wartawan seharusnya terdedah kepada ancaman atau kecederaan peribadi, tanpa mengira perbezaan pandangan terhadap hasil kerja mereka.

Pada masa yang sama, MMM menegaskan kepentingan wartawan mengekalkan pemikiran kritikal dalam pelaporan mereka, termasuk dalam pembentukan soalan dan naratif. Pendekatan kritikal ini mestilah berasaskan persediaan rapi, penyelidikan mendalam dan analisis yang teliti terhadap isu-isu yang dilaporkan.

Sama penting, MMM menekankan bahawa tanggungjawab untuk mengekalkan piawaian ini tidak terletak pada wartawan secara individu semata-mata, tetapi juga pada bilik berita dan organisasi media.

Ini merangkumi penyediaan latihan yang sesuai, bimbingan editorial serta pembudayaan persekitaran editorial yang kukuh, yang menyokong kewartawanan bertanggungjawab tanpa mewujudkan suasana ketakutan atau penapisan kendiri dalam kalangan wartawan.

MMM turut menggesa semua pihak supaya mengamalkan sikap berhemah dan bertenang. Mengemukakan soalan kepada pakar, tokoh awam dan pihak berkepentingan dalam ruang awam atau terbuka merupakan amalan kewartawanan yang sah dan telah lama diterima.

Sebarang kebimbangan terhadap amalan kewartawanan wajar ditangani melalui saluran yang profesional, seimbang dan membina, dan bukannya melalui kecaman terbuka atau tindakan menghukum yang disasarkan kepada individu.

READ MORE:  Geramm kecam serangan terhadap wartawan Haresh Deol, tuntut siasatan

Sebagai sebuah badan berkanun bebas yang ditubuhkan untuk memelihara piawaian dan kebertanggungjawaban media, MMM bersedia menawarkan peranannya bagi memudah cara dialog atau pengantaraan antara pihak-pihak yang terlibat, sekiranya difikirkan sesuai. – MMM

English version

Media council condemns all forms of doxxing and intimidation of journalists

The Malaysian Media Council (MMC) takes note of the public apology issued by Free Malaysia Today (FMT) and the clarification provided following its internal review into the recent matter involving one of its reporters.

The council acknowledges the steps taken by the news organisation to address the issue and to publicly account for its handling of the situation, in line with the principles of transparency and editorial responsibility.

The council strongly condemns all forms of doxxing, harassment, intimidation of and threats to journalists. Such actions place media practitioners at risk, violate their privacy, safety and basic human rights, and undermine the fundamental role of journalism in a democratic society. No journalist should be subjected to personal harm or intimidation, regardless of disagreement over their work.

At the same time, the council underscores the importance of journalists upholding critical thinking in their reporting, including in the framing of questions and narratives. Such critical inquiry must be grounded in thorough preparation, in-depth research and careful analysis of the issues being covered.

Equally important, the council emphasises that the responsibility for maintaining these standards does not rest solely on individual journalists, but on newsrooms and media organisations themselves.

This includes providing proper training, guidance, and a strong editorial culture that supports responsible journalism while avoiding a climate of fear or self-censorship among journalists.

READ MORE:  Group condemns harassment, intimidation and doxxing of journalist  

The council also urges all parties to exercise restraint and for cooler heads to prevail. Questioning experts, public figures and stakeholders in public or open settings is a legitimate and well-established journalistic practice.

Concerns regarding journalistic conduct should be addressed through professional, proportionate and constructive channels, rather than through public vilification or punitive reactions directed at individuals.

As an independent statutory body established to uphold media standards and accountability, the council stands ready to offer its good offices to facilitate dialogue or mediation between the parties concerned, should this be appropriate. – MMC

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support our work by making a donation. Tap to download the QR code below and scan this QR code from Gallery by using TnG e-wallet or most banking apps:
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x