Home Civil Society Voices Hentikan retorik hasutan sebelum ia memecahbelahkan negara

Hentikan retorik hasutan sebelum ia memecahbelahkan negara

Komas mahu Zamri Vinoth berhenti menyasarkan kuil dengan kempen yang didakwa berasaskan maklumat salah dan kebencian

ZUNAR

Follow us on our Malay and English WhatsApp, Telegram, Instagram, Tiktok and Youtube channels.

Pusat Komas menggesa pendakwah Zamri Vinoth supaya menghentikan kempen terbaharunya yang menyasarkan ‘kuil haram’.

Ini susulan laporan yang menyatakan beliau merupakan penyelaras ‘Gerakan Anti Kuil Haram’ dan merancang satu perhimpunan di kawasan Sogo pada Sabtu, 7 Februari.

Kuil-kuil Hindu di Malaysia mempunyai sejarah yang panjang dan kompleks dari segi pengiktirafan, memandangkan undang-undang pasca-kolonial malangnya tidak memberikan ruang yang memadai untuk kedudukan tapak-tapak penting ini dalam sejarah negara.

Di pelbagai kawasan, khususnya estet, pekerja ladang dan buruh membina kehidupan komuniti mereka berasaskan tempat ibadat ini.

Justeru, perkara ini mesti ditangani dengan keterbukaan, rahmah dan berpaksikan kefahaman sejarah yang cermat.

Malaysia telah merentasi pelbagai dugaan dan cabaran yang pedih dari era penjajahan lagi – yang seringkali disebarkan oleh ahli politik yang mementingkan diri serta kumpulan-kumpulan konservatif.

Selama ini, Malaysia telah menunjukkan kemajuan dalam mengatasi pertikaian yang berakar daripada sejarah dan pembangunan melalui pihak berkuasa tempatan dan kerajaan negeri.

Marilah kita terus mencari penyelesaian melalui pendekatan yang aman dan berteraskan kewujudan bersama, dengan mengiktiraf bahawa negara ini adalah milik semua warganya secara sama rata.

Aksi dan panggilan yang berpandukan maklumat tidak tepat dan retorik kebencian sebegini hanya akan mengundurkan Malaysia ke belakang dan menegangkan lagi hubungan antara rakyat pelbagai kaum dan agama di negara kita ini.

Justeru, Pusat Komas menyeru rakyat Malaysia agar berpegang kepada sikap rasional dan menjunjung prinsip-prinsip Rukun Negara dalam menangani isu ini.

Pusat Komas menggesa setiap rakyat Malaysia untuk kekal setia kepada prinsip asas pembinaan negara kita, dan menolak kebencian dan maklumat salah yang disebarkan oleh pihak-pihak seperti Zamri. – Komas

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support our work by making a donation. Tap to download the QR code below and scan this QR code from Gallery by using TnG e-wallet or most banking apps:
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x