Home Coalitions Clean and Fair Elections Rang undang-undang had tempoh PM gagal capai majoriti dua pertiga

Rang undang-undang had tempoh PM gagal capai majoriti dua pertiga

Rang undang-undang yang disokong Bersih tidak diluluskan selepas undian 2 Mac tidak memenuhi ambang 148 undi yang diperlukan di Parlimen

Putrajaya

Follow us on our Malay and English WhatsApp, Telegram, Instagram, Tiktok and Youtube channels.

Pada 23 Februari, Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) telah menyambut baik pembentangan Rang Undang-undang Pindaan Perlembagaan (D R 4/2026) berhubung had tempoh jawatan perdana menteri.

Bersih telah menegaskan pembentangan rang undang-undang ini adalah manifestasi kepada lonjakan agenda reformasi institusi penting kerajaan “Madani” yang memberi kesan baik untuk jangka masa panjang.

Ini termasuk penegasan oleh perdana menteri bahawa had tempoh tersebut turut terpakai kepada beliau yang kini menyandang jawatan perdana menteri selama lebih tiga tahun.

Justeru, Bersih telah menggesa dukungan semua ahli Parlimen untuk menyokong rang undang-undang ini agar ia diluluskan di Parlimen nanti.

Sekiranya rang undang-undang ini diluluskan, ia menjadi mekanisme untuk mengelakkan pemusatan kuasa perdana menteri yang memegang kuasa untuk satu tempoh yang lama yang membawa kepada kediktatoran.

Bersih telah juga menegaskan kepentingan untuk semua anggota parlimen membahaskan rang undang undang ini dengan baik dan berkesan.

Selain daripada had penggal perdana menteri, Bersih turut mencadangkan agar kerajaan turut melaksanakan akta penggal tetap parlimen untuk mengurangkan pergeseran kuasa dan pertukaran perdana menteri atau kerajaan pada pertengahan penggal yang kerap sebagaimana kita lihat sebelum ini pasca langkah Sheraton.

Pertukaran yang kerap dalam masa yang singkat akan mewujudkan kerajaan yang tidak stabil dan mengangkat prinsip demokrasi berparlimen ke peringkat yang lebih baik. – Bersih

Nota kaki: Malangnya, pada 2 Mac, rang undang-undang ini tidak diluluskan selepas hanya 146 ahli Parlimen menyokongnya, kurang dua undi daripada majoriti dua pertiga sebanyak 148 yang diperlukan. Seramai 44 ahli Parlimen berkecuali manakala 32 tidak hadir, termasuk lapan penyokong kerajaan di bangku belakang.

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support our work by making a donation. Tap to download the QR code below and scan this QR code from Gallery by using TnG e-wallet or most banking apps:
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Newest
Oldest Most Voted
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x