Kami, mewakili pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan organisasi berasaskan komuniti, ingin memberi pandangan terhadap kenyataan Menteri Besar Perak Saarani Mohamad baru-baru ini semasa mesyuarat pertama tahun keempat Dewan Undangan Negeri Perak ke-15 bahawa kerajaan negeri menetapkan hanya kira-kira 3% atau 32,375 hektar daripada keluasan hutan simpanan kekal sebagai zon pembangunan ladang hutan.
Kami berpendapat bahawa kerajaan negeri perlu mematuhi ketetapan Majlis Tanah Negara (MTN) ke-79 pada 2 Disember 2022 yang memutuskan pelaksanaan moratorium bagi kelulusan baharu penubuhan ladang hutan dalam hutan simpanan kekal di Semenanjung Malaysia.
Bagi mematuhi ketetapan MTN, kami menggesa kerajaan negeri Perak membatalkan dua cadangan projek pembangunan ladang hutan dalam hutan simpanan kekal, iaitu seluas kira-kira 4,280 hektar dan seluas kira-kira 2,020 hektar di hutan simpan Kledang Saiong dalam daerah Kuala Kangsar.
Justifikasi agensi teknikal dan penggerak projek hendak melaksanakan projek pembangunan ladang hutan di hutan simpanan Kledang Saiong ialah disebabkan kawasan yang dikenal pasti adalah kononnya hutan terosot sedangkan berdasarkan kepada laporan penilaian kesan kepada alam sekeliling, kedua-dua kawasan cadangan projek adalah kaya dengan kepelbagaian biologi.
Agensi teknikal dan penggerak projek hanya mentakrifkan sesuatu kawasan hutan itu terosot kerana tidak lagi mempunyai dirian pokok komersial sedangkan faktor yang menjadikan hutan terosot adalah berpunca daripada manusia iaitu kelemahan pengurusan hutan.
- Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or both
- Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara (ALIRAN), Maybank a/c 507246118995 or CIMB a/c 8004240948
- Make a pledge or schedule an auto donation to Aliran every month or every quarter
- Become an Aliran member
Disamping itu, kami menyanggah kenyataan menteri besar bahawa pelaksanaan pembangunan ladang hutan dalam hutan simpanan kekal mampu menyumbang kepada pemuliharaan alam sekitar.
Dapatan daripada Laporan Ketua Audit Negara 2022 – Auditan Khas Pengurusan Hutan dan Impak kepada Alam Sekitar mendapati pelaksanaan pembangunan ladang hutan dalam hutan simpanan kekal kurang memuaskan terutama impak terhadap alam sekitar.
Oleh itu, kami berharap kerajaan negeri Perak akur dan menerima pakai ketetapan MTN serta membatalkan dua cadangan projek ladang hutan di hutan simpanan Kledang Saiong.
Dikeluarkan oleh:
- Sahabat Alam Malaysia (SAM)
- Pertubuhan Alam Sekitar Sejahtera (Grass)
- Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam Malaysia (Peka)
- Persatuan Penggerak Bumi Hijau Malaysia (Gems)
- Greenpeace Malaysia
- Persatuan Aktivis Sahabat Alam (Kuasa)
- Sahabat Ekologi Perak (SEP)
- Jaringan Menyelamatkan Hutan Kledang Saiong
- Jawatankuasa Bertindak Penduduk Kampung Rambai Tujuh
AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
- Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
- Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
- Raikan kerencaman dan keterangkuman
- Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
- Lawan rasuah dan kronisme











