Home Civil Society Voices CAP bimbang aktiviti pengambilan pasir jejas alam sekitar dan kehidupan penduduk

CAP bimbang aktiviti pengambilan pasir jejas alam sekitar dan kehidupan penduduk

An illegal sand mining site - File photo: THE STAR

Follow us on our Malay and English WhatsApp, Telegram, Instagram, Tiktok and Youtube channels.

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa kerajaan persekutuan menguatkuasakan pengharaman eksport pasir sungai ke luar negara secara menyeluruh kepada semua negeri bagi mencegah dan mengawal hasil bumi negara ini dapat dikekalkan dan tidak mengancam alam sekitar pada masa kini dan akan datang.

Mengulas permohonan kerajaan Pahang supaya negeri ini dibenarkan mengeksport pasir, CAP berharap supaya pihak kerajaan negeri akan meneliti dan mempertimbangkan impak jangka masa panjang kerana kesan buruk yang akan melibatkan alam sekitar dan kehidupan rakyat tempatan tidak boleh dinilai dengan hasil pendapatan yang bakal diperolehi.

Pengalaman CAP sebelum ini mendapati aktiviti pengambilan pasir sungai di beberapa buah negeri banyak menjejaskan alam sekitar dan ekosistem sungai bukan saja kerana kurangnya pengawasan dan kelemahan penguatkuasaan undang-undang oleh pihak berwajib tetapi juga kerana sikap pengusaha pasir yang rakus tanpa memikirkan masalah yang akan berlaku.

Perlombongan pasir sungai secara tidak terkawal boleh mengubah struktur sungai, meningkatkan risiko banjir dan juga menimbulkan gangguan bekalan air bersih.

Ramai penduduk yang tinggal berhampiran kawasan kuari pasir sungai beroperasi merungut dan membantah kegiatan tersebut kerana ia menyebabkan berlakunya hakisan dan tanah runtuh yang menjejaskan kawasan pertanian serta kediaman mereka termasuk pencemaran bunyi bising dan gegaran akibat jentera yang beroperasi.

Aktiviti pengambilan pasir sungai ini juga mengancam sumber perikanan dan hasil pendapatan penduduk tempatan kerana air sungai yang terlibat mengalami pencemaran.

CAP percaya dan bimbang jika aktiviti pengambilan pasir sungai beroperasi secara berleluasa hasil bumi ini akan lenyap dalam jangka masa yang cepat dan berlaku bencana alam seperti banjir kilat yang akan mengancam kehidupan penduduk dengan lebih serius serta memusnahkan harta benda mereka termasuk segala kemudahan asas yang disediakan oleh kerajaan.

Mengenai masalah sungai yang semakin cetek akibat mendapan, CAP menggesa semua kerajaan negeri, pihak berkuasa tempatan dan jabatan yang terlibat menguatkuasakan undang-undang serta peraturan yang sedia ada supaya punca-punca kejadian sisa mendapan dari darat dapat dikawal dengan berkesan kerana tindakan mencegah itu lebih baik dari berubat. – CAP

Mohideen Abdul Kader ialah presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP).

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support our work by making a donation. Tap to download the QR code below and scan this QR code from Gallery by using TnG e-wallet or most banking apps:
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Newest
Oldest Most Voted

Most Read

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x