Kenyataan oleh ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) yang mendesak agar sebuah badan bukan kerajaan (NGO) disiasat mampu meninggalkan kesan hitam kepada Malaysia sebagai sebuah negara demokrasi yang menghormati perbezaan pendapat.
Tindakan ini secara terus melanggar prinsip dan asas wujudnya Keadilan sebagai suatu wadah politik yang ingin menegakkan keadilan, bertekad melawan penindasan, dan berhasrat membawa reform di dalam negara.
Harus diingat, detik-detik getir yang menggerakkan Reformasi pada zaman 1997 dan 1998, sebelum lahirnya Keadilan, bermula dengan penubuhan Adil, sebuah NGO.
Melalui Adil itulah lahirnya Keadilan.
Alasan bahawa saat ini adalah tempoh krisis dan tidak boleh ada sebarang persoalan terhadap perkembangan negara adalah alasan tidak munasabah, kerana pada zaman 1998, Malaysia sedang berhadapan dengan krisis seumpama besar iaitu sebahagian Krisis Kewangan Asia.
- Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or both
- Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara (ALIRAN), Maybank a/c 507246118995 or CIMB a/c 8004240948
- Make a pledge or schedule an auto donation to Aliran every month or every quarter
- Become an Aliran member
Pendirian ketua AMK tidak mencerminkan budaya dan prinsip “Madani” itu sendiri yang berasal daripada bahasa Arab dan mengiktiraf peranan masyarakat sivil dalam komuniti berilmu dan bertamadun.
Sebahagian besar pimpinan PKR yang kini merupakan menteri, timbalan menteri, malah mantan ketua AMK pun pernah memimpin dan menjalankan tugas dalam pelbagai NGO.
Orang yang pernah berkhidmat dalam badan seumpama itu menyedari hakikat bahawa NGO perlu bergantung kepada geran dari dalam dan luar negara untuk penyelidikan dan program. Lebih-lebih lagi apabila sebahagian besar tidak menerima dana kerajaan.
Desakan ketua AMK bahawa agensi penguat kuasa harus menggeledah NGO yang menerima geran dari luar negara adalah ‘playbook’ sama yang digunakan oleh Umno terhadap Bersih suatu ketika dulu.
Malah, Umno sampai ke tahap menggunakan Akta Sosma atas nama melindungi keselamatan negara kerana Umno takut terhadap NGO.
Sebaliknya, AMK harus mencontohi PM yang menggunakan hujah dalam menjelaskan isu negara dan bukannya menyalahgunakan kuasa seperti yang pernah dibuat oleh Umno.
Pada masa yang sama, ini merupakan peluang untuk pemimpin berpengalaman dalam PKR untuk mencerahkan minda generasi muda AMK yang nampaknya belum menguasai sejarah.
- Jay Jay Denis, mantan jawatankuasa pemandu, Bersih 2.0
- Dato’ Ambiga Sreenevasan, mantan pengerusi bersama, Bersih 2.0
- Maria Chin Abdullah, mantan pengerusi, Bersih 2.0
- Mandeep Singh, mantan pengurus, seketariat Bersih 2.0
AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
- Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
- Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
- Raikan kerencaman dan keterangkuman
- Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
- Lawan rasuah dan kronisme











