Home Civil Society Voices Kalsium karbida: Racun senyap dalam buah-buahan kita / Calcium carbide: The silent...

Kalsium karbida: Racun senyap dalam buah-buahan kita / Calcium carbide: The silent poison in our fruits

File photo - ANIL NETTO

Follow us on our Malay and English WhatsApp, Telegram, Instagram, Tiktok and Youtube channels.

[ENGLISH VERSION BELOW] Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa pihak berkuasa untuk mengharamkan penggunaan kalsium karbida sebagai bahan bagi memastikan buah menjadi matang dan masak.

Kalsium karbida ialah bahan kimia industri yang membebaskan gas asetilena apabila ia terdedah kepada lembapan, gas yang meniru etilena, hormon bagi mematangkan buah secara semula jadi. Walau bagaimanapun, ia juga mengeluarkan sebatian toksik seperti arsenik dan fosforus.

Penggunaan kalsium karbida bukan sahaja toksik kepada pengguna, malah ia juga mungkin memudaratkan mereka yang mengendalikannya. Ia menjejaskan sistem saraf, mengakibatkan sakit kepala, pening, gangguan mood, mengantuk, kekeliruan mental dan sawan dalam jangka pendek, manakala dalam jangka panjang ia boleh menyebabkan kehilangan ingatan dan edema serebral. Jika wanita hamil mengambil buah yang telah masak dengan karbida, anak dalam kandungan mungkin mengalami kecacatan.

Dalam tinjauan, kami bercakap dengan beberapa penjual buah-buahan di Kepala Batas, Pulau Pinang yang mendakwa mereka menggunakan kalsium karbida untuk mematangkan buah-buahan tertentu, termasuk pisang, mangga, nanas dan betik. Mereka juga menyatakan bahawa mereka menjual kalsium karbida kepada vendor lain.

Platform e-dagang utama turut menjual bahan kimia itu. Kalsium karbida juga mudah didapati di kedai luar bandar pada harga RM10 sekilogram. Pembungkusan itu menunjukkan gambar pelbagai buah-buahan yang boleh masak dengan kalsium karbida, sambil ia juga menunjukkan bahawa ia boleh digunakan sebagai bahan api untuk lampu.

Apabila kalsium karbida digunakan untuk mematangkan buah secara buatan, tindak balas kimia berlaku disebabkan kandungan lembapan di dalam buah. Haba dan gas asetilena dihasilkan, dan proses pematangan dipercepatkan.

Walau bagaimanapun, buah-buahan yang masak dengan kalsium karbida mungkin kelihatan lembut dan mempunyai warna kulit yang menarik tetapi selalunya kurang rasa dan mempunyai jangka hayat yang lebih pendek. Pisang yang telah masak secara buatan mungkin mempunyai kulit luar yang kuning, manakala isi di dalamnya kekal tidak masak dan hijau.

Semasa pematangan secara semula jadi, pelbagai spektrum perubahan biokimia berlaku, seperti degradasi klorofil dan biosintesis karotenoid (antioksidan, penggalak sistem imun dan agen antikanser), anthocyanin (antioksidan yang kuat), minyak pati, dan sebatian rasa dan aroma.

Perubahan bermanfaat yang meningkatkan kualiti buah ini hilang dalam pematangan buatan. Selain toksik, buah-buahan yang masak secara buatan kurang berkhasiat.

Amalan mematangkan buah-buahan menggunakan kalsium karbida diharamkan di banyak negara, termasuk India, negara anggota Kesatuan Eropah dan Amerika Syarikat, namun ia masih digunakan secara meluas di Malaysia.

READ MORE:  Rethinking farming with food forests

Isu penggunaan kalsium karbida dalam mematangkan buah pertama kali dibangkitkan oleh CAP pada 1975. Ia sekali lagi diketengahkan pada 2011.

Sungguh mengejutkan, walaupun CAP telah membangkitkan isu itu lebih 50 tahun lalu, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan dan Kementerian Kesihatan tidak dapat membendung kebimbangan kesihatan awam yang meluas ini dengan berkesan.

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan seharusnya tidak hanya menumpukan pada menggalakkan produktiviti pertanian, tetapi lebih penting memastikan pengeluaran makanan yang selamat dan sihat.

Apa gunanya meningkatkan pengeluaran pertanian jika hasil itu tidak selamat untuk dimakan? Penggunaan racun makhluk perosak, baja kimia dan input kimia lain mesti dihentikan.

Malaysia sudah pun berhadapan dengan bebanan pelbagai jenis kanser dan penyakit kronik yang semakin meningkat. Walaupun pelbagai faktor menyumbang, pendedahan berterusan kepada bahan cemar makanan toksik tidak boleh diabaikan.

Memandangkan kesan berbahaya buah-buahan masak secara buatan menggunakan kalsium karbida, CAP menggesa Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan supaya mengharamkan penggunaannya dengan segera.

Sementara itu, pengguna dinasihatkan untuk mematuhi perkara berikut semasa membeli buah-buahan:

  • Elakkan memilih buah-buahan yang kelihatan terlalu seragam atau luar biasa menarik, kerana ia mungkin telah masak secara buatan. Sebagai contoh, tandan pisang dengan warna seragam berkemungkinan besar telah mengalami pematangan secara buatan.
  • Basuh buah-buahan dengan bersih sebelum dimakan. Letak di bawah air mengalir selama beberapa minit untuk membantu menghilangkan sisa pada permukaan.
  • Elakkan membeli buah-buahan di luar musim, kerana ia lebih cenderung untuk masak secara buatan.
  • Apabila makan mangga dan betik, sentiasa buang kulitnya sebelum dipotong dan dimakan kerana permukaan luarnya mengandungi kepekatan bahan kimia yang paling tinggi.

Penggunaan berterusan kalsium karbida dalam pematangan makanan menimbulkan risiko yang tidak perlu dan boleh dicegah kepada kesihatan awam.

Penguatkuasaan kawal selia yang kukuh dan kesedaran pengguna amat diperlukan untuk menjaga keselamatan makanan dan memastikan bahawa apa yang disediakan adalah sihat dan bebas daripada bahan kimia berbahaya. – CAP

English version

Calcium carbide, the silent poison in our fruits

The Consumers’ Association of Penang (CAP) calls upon the authorities to ban the use of calcium carbide as a fruit-ripening agent.

READ MORE:  Adakah kita sedang memakan plastik tanpa sedar?

Calcium carbide is an industrial chemical that releases acetylene gas when exposed to moisture, a gas that mimics ethylene, the natural fruit-ripening hormone. However, it also emits toxic compounds such as arsenic and phosphorus.

The use of calcium carbide is not only toxic to consumers but may also be harmful to those who handle it. It affects the neurological system, resulting in headaches, dizziness, mood disturbances, drowsiness, mental confusion and seizures in the short term, while in the long term it can cause memory loss and cerebral oedema. If pregnant women consume fruit ripened with carbide, the unborn child may develop abnormalities.

In a survey, we spoke to several fruit vendors in Kepala Batas, Penang who claimed they use calcium carbide to ripen certain fruits, including bananas, mangoes, pineapples and papayas. They also stated that they sell calcium carbide to other vendors.

Major e-commerce platforms are also selling the chemical. Calcium carbide is also easily available in rural shops at RM10 per kg. The packaging shows pictures of various fruits that can be ripened with calcium carbide, while also indicating it can be used as fuel for lamps.

When calcium carbide is used for artificial ripening, a chemical reaction occurs due to the moisture content in the fruit. Heat and acetylene gas are produced, and the ripening process is accelerated.

However, fruits ripened with calcium carbide may appear soft and have attractive skin colour but are often poor in flavour and have a shorter shelf life. An artificially ripened banana may have a yellow outer skin, while the flesh inside remains unripe and green.

During natural ripening, a wide spectrum of biochemical changes takes place, such as chlorophyll degradation and the biosynthesis of carotenoids (antioxidants, immune system boosters and anti-cancer agents), anthocyanins (powerful antioxidants), essential oils, and flavour and aroma compounds.

These beneficial changes that enhance fruit quality are lost in artificial ripening. Besides being toxic, artificially ripened fruits are less nutritious.

The practice of ripening fruits using calcium carbide is banned in many countries, including India, EU member states and the United States; yet it is still widely used in Malaysia.

READ MORE:  Rethinking farming with food forests

The issue of calcium carbide use in fruit ripening was first raised by CAP in 1975. It was again highlighted in 2011.

It is appalling that, despite CAP raising the issue more than 50 years ago, the Ministry of Agriculture and Food Security and the Ministry of Health have not effectively curbed this widespread public health concern.

The Ministry of Agriculture and Food Security should not only focus on promoting agricultural productivity, but more importantly ensure the production of safe and healthy food.

What is the point of increasing agricultural output if the produce is unsafe for consumption? The use of pesticides, chemical fertilisers and other chemical inputs must be stopped.

Malaysia is already facing a rising burden of various cancers and chronic diseases. While multiple factors contribute, continuous exposure to toxic food contaminants cannot be ignored.

In view of the harmful effects of artificially ripened fruits using calcium carbide, CAP calls on the Ministry of Health and the Ministry of Agriculture and Food Security to impose an immediate ban on its use.

Consumers are meanwhile advised to observe the following when purchasing fruits.

  • Avoid choosing fruits that appear overly uniform or unusually attractive, as they may have been artificially ripened. For example, a bunch of bananas with uniform colour is more likely to have undergone artificial ripening.
  • Wash fruits thoroughly before consumption. Keep them under running water for a few minutes to help remove surface residues.
  • Avoid purchasing fruits that are out of season, as they are more likely to be artificially ripened.
  • When eating mangoes and papayas, always remove the skin before cutting and consuming, as the outer surface carries the highest concentration of chemicals.

The continued use of calcium carbide in food ripening poses an unnecessary and preventable risk to public health.

Strong regulatory enforcement and consumer awareness are urgently needed to safeguard food safety and ensure that what reaches the table is both wholesome and free from harmful chemicals. – CAP

Mohideen Abdul Kader is the president of the Consumers’ Association of Penang.

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support our work by making a donation. Tap to download the QR code below and scan this QR code from Gallery by using TnG e-wallet or most banking apps:
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Newest
Oldest Most Voted

Most Read

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x