Home Civil Society Voices Masyarakat sivil menuntut kerajaan komited terhadap akta kebebasan maklumat / Commit to...

Masyarakat sivil menuntut kerajaan komited terhadap akta kebebasan maklumat / Commit to an effective, progressive freedom of information framework

Follow us on our Malay and English WhatsApp, Telegram, Instagram, Tiktok and Youtube channels.

[ENGLISH VERSION BELOW] Sejak sidang parlimen memulakan mesyuarat kedua bagi tahun ini, Malaysia semakin hampir untuk melangkah ke arah penggubalan akta kebebasan maklumat.

Perundangan ini amat penting dalam memudahkan hak untuk mendapatkan maklumat, iaitu suatu hak yang bukan sahaja mustahak demi mendedahkan salah laku rasuah dan akauntabiliti dalam kerajaan, malah secara umumnya, merupakan hak asasi manusia yang mendasar untuk mana-mana sistem demokrasi berfungsi secara baik.

Perkara 10(1)(a) Perlembagaan Persekutuan menjamin kebebasan berucap dan bersuara. Tafsiran perlembagaan yang progresif dan mempunyai tujuan akan mewajarkan bahawa sebarang ekspresi yang bermakna memerlukan akses kepada maklumat yang dipegang oleh badan dan pihak berkuasa awam.

Tanpa hak untuk mencari, menerima dan terlibat dengan maklumat yang penting bagi wacana awam, seseorang individu tidak akan mampu untuk mempunyai sebarang pendapat, mengekspresikan diri mereka secara berkesan, dan mengambil bahagian dalam tadbir urus yang demokratik.

Oleh itu, organisasi dan individu yang menandatangani kenyataan ini menyatakan secara mutlak bahawa elemen-elemen berikut adalah perkara yang tidak boleh dirunding demi sebuah akta dan rangka kerja kebebasan maklumat yang berkesan, progresif, dan berteraskan hak asasi manusia.

Dalam merangka akta kebebasan naklumat baharu ini, kerajaan persekutuan mesti memberikan komitmen sepenuhnya untuk melaksanakan elemen-elemen ini jika benar-benar berhasrat untuk membina jalan baharu ke arah ketelusan, akauntabiliti awam, dan tadbir urus demokratik.

Prinsip-prinsip asas

Prinsip-prinsip asas yang tidak boleh dirunding seperti yang tertera di bawah mestilah dimasukkan ke dalam akta kebebasan maklumat. Prinsip-prinsip ini adalah berdasarkan piawaian hak asasi manusia antarabangsa dan amat penting bagi sebuah aturan kebebasan maklumat yang berdaya maju dan progresif.

  • Semua maklumat yang dipegang kerajaan adalah milik awam dan harus terbuka secara automatik. Kerajaan hanyalah pemegang amanah bagi maklumat ini dan hanya boleh mengehadkan akses kepada, atau merahsiakan maklumat tersebut sekiranya terdapat alasan pengecualian daripada pendedahan yang sah dan diberi tafsiran dengan jelas.
  • Akses tanpa syarat: Terma atau syarat tidak boleh dikenakan ke atas bakal pemohon sebelum mereka berhak menerima maklumat. Khususnya, pemohon tidak sepatutnya diminta untuk mengisytiharkan atau mewajarkan alasan mereka membuat permohonan dan mencari maklumat tersebut.
  • Asas statutori terhadap penolakan pendedahan haruslah menyeluruh, khusus, jelas dan tidak kabur. Semua alasan pengecualian mestilah diimbangi dengan ujian kepentingan awam dan ujian kemudaratan apabila menentukan sama ada pendedahan maklumat patut diberikan. Sebarang sekatan terhadap pendedahan dan akses kepada maklumat awam mestilah berlandaskan piawaian hak asasi manusia antarabangsa dari segi keabsahan, keperluan dan kesejajaran.
  • Harmonisasi undang-undang adalah prasyarat bagi rejim kebebasan maklumat yang progresif. Penyelarasan komprehensif bagi semua undang-undang dan peraturan yang mungkin memberi kesan kepada pewujudan dan pelaksanaan rangka kerja kebebasan maklumat yang mantap mesti dijalankan seiring dengan penggubalan akta kebebasan maklumat, contohnya Akta Rahsia Rasmi 1972, Seksyen 203A Kanun Keseksaan, dan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010.

Skop akta

Akta kebebasan maklumat persekutuan mesti terpakai tanpa sekatan ke atas semua kementerian, jabatan dan agensi kerajaan persekutuan, serta badan-badan berkanun persekutuan.

Tidak boleh ada sebarang pengecualian bagi keseluruhan kementerian atau jabatan.

Pengecualian sepatutnya hanya bersandarkan kepada sifat, sensitiviti dan kemudaratan yang boleh dibuktikan, dan bukannya berdasarkan identiti pihak berkuasa awam yang memegang maklumat tersebut.

Pengawalseliaan dan pengawasan

Sebuah badan kawal selia yang bebas mesti ditubuhkan untuk memantau pelaksanaan akta kebebasan maklumat, mengeluarkan ketetapan yang mengikat bagi rayuan atau pertikaian berkaitan permohonan kebebasan maklumat, dan merangka garis panduan untuk mengoperasi serta memperincikan prinsip-prinsip asas akta tersebut.

Perlindungan secara struktur dan institusi mesti dilaksanakan bagi memelihara kebebasan dan autonomi badan ini, dan ia mesti mempunyai akses penuh kepada semua dokumen atau maklumat yang berkaitan, tanpa sekatan oleh undang-undang kerahsiaan yang lain.

Mengenai fungsinya sebagai pemutus pertikaian, badan bebas tersebut mesti diberi kuasa untuk menjalankan kajian semula merit de novo (semakan semula secara menyeluruh dari awal) terhadap keputusan jabatan atau agensi eksekutif ke atas permohonan kebebasan maklumat, dan tidak terhad kepada semakan pematuhan prosedur semata-mata.

Fungsi ini boleh diserahkan kepada pejabat ombudsman yang dicadangkan, selagi sumber yang mencukupi (kewangan dan kakitangan) diperuntukkan bagi menampung dan memenuhi fungsi dua tugas ini secara berkesan.

Skim pendedahan proaktif

Demi menggalakkan anjakan budaya ke arah ketelusan dan akauntabiliti, penggubalan akta kebebasan maklumat sahaja adalah tidak mencukupi.

Kerajaan juga mesti komited untuk mewujudkan dasar yang lebih luas bagi memastikan maklumat diterbitkan dan dikemas kini secara rutin dalam bentuk yang mudah diakses.

Matlamatnya adalah untuk mewujudkan sistem penerbitan proaktif yang cekap supaya permohonan kebebasan maklumat menjadi langkah terakhir bagi orang awam.

Kesimpulan

Dalam konteks yang lebih luas, kami menegaskan bahawa sebuah anjakan budaya yang mutlak dalam kerajaan ke arah keterbukaan, ketelusan dan akauntabiliti yang lebih besar harus terjadi.

Pada saat demokrasi Malaysia menjadi semakin matang, budaya kerahsiaan secara automatik dan pandangan paternalistik bahawa ‘kerajaan mengetahui yang terbaik’ tidak lagi boleh diterima.

Mesyuarat Parlimen ini membentangkan peluang kepada kerajaan untuk melangkaui janji retorik semata-mata. Melalui akta kebebasan maklumat, kerajaan ‘Madani’ harus menunjukkan komitmen terhadap reformasi dengan menubuhkan aturan maklumat yang benar-benar memperkasakan rakyat serta memupuk kepercayaan terhadap kerajaan.

Bagi mencapai matlamat ini, kerajaan mesti berusaha ke arah satu rangka kerja yang mengiktiraf akses kepada maklumat sebagai satu hak, dan bukannya satu keistimewaan.

Dalam kata lain, amat penting untuk kerajaan tidak mensia-siakan peluang ini.

English version

Commit to an effective, progressive freedom of information framework

As Parliament begins its second meeting of the year, Malaysia edges ever closer to legislating a freedom of information act.

This legislation is crucial in facilitating the right to information, a right that is not only pivotal in bringing to light acts of corruption and accountability within government. But, more generally, it is also a fundamental human right in any functioning democracy.

Article 10(1)(a) of the Federal Constitution guarantees freedom of speech and expression. A progressive and purposive constitutional interpretation would justify that meaningful expression requires access to information held by public bodies and authorities.

Without the right to seek, receive and engage with information which is essential to public discourse, individuals would be unable to hold opinions, express themselves effectively, and participate in democratic governance.

Therefore, the undersigned organisations and individuals unequivocally state that the following elements are non-negotiable for an effective, progressive, and rights-focused freedom of information act and framework.

In drafting this new freedom of information regime, the federal government must fully commit to implementing these elements if it truly intends to forge a new path of transparency, public accountability and democratic governance.

Fundamental principles

The following non-negotiable fundamental principles must be incorporated into the freedom of information act. These principles are based on international human rights standards and are essential for a viable and progressive freedom of information regime.

  • All information held by the government belongs to the public and must be openly available by default. The government is merely a custodian of this information and should restrict access to, or withhold, such information only where there are legitimate and clearly defined grounds for exemption from disclosure.
  • Access to information must not be conditional. Terms or conditions cannot be imposed on a prospective applicant before they are entitled to receive information. In particular, applicants should not be required to declare or justify their reasons for making an application and seeking information.
  • Statutory grounds for non-disclosure must be exhaustive, specific, clear and unambiguous. All exemption grounds must be balanced against the public interest and harm tests when determining whether disclosure should be granted. Any restrictions on disclosure and access to public information must be grounded in international human rights standards of legality, necessity and proportionality.
  • Legal harmonisation is a prerequisite for a progressive freedom of information regime. A comprehensive harmonisation of all laws and regulations that may affect the creation and implementation of a robust freedom of information framework must be undertaken in tandem with the drafting of the freedom of information act, eg the Official Secrets Act 1972, Section 203A of the Penal Code, and the Personal Data Protection Act 2010.

Scope of the act

The federal freedom of information act must apply without restriction to all federal government ministries, departments and agencies, as well as federal statutory bodies.

There cannot be any exemptions for entire ministries or departments. Exemptions should only be based on the nature, sensitivity and demonstrable harm, rather than on the identity of the public authority holding it.

Regulation and oversight

An independent regulatory and oversight body must be established to monitor the implementation of the freedom of information act, issue binding determinations on appeals or disputes pertaining to freedom of information requests, and develop guidelines to operationalise and elaborate on the act’s basic principles.

Structural and institutional safeguards must be implemented to preserve the independence and autonomy of this body, and it must have full access to all relevant documents or information, notwithstanding other secrecy laws.

Regarding its function as an arbiter of disputes, the independent body must be empowered to conduct de novo merit reviews of an executive department or agency’s decision on a freedom of information application and not be limited to reviewing procedural compliance alone.

This function may be assigned to the proposed ombudsman office, as long as sufficient resources (financial and staffing) are allocated to account for and effectively fulfil these dual functions.

Proactive disclosure schemes

To encourage a cultural shift towards transparency and accountability, legislating the freedom of information act alone is insufficient.

The government must also commit to creating broader policies to ensure information is published and routinely updated in an easily accessible manner.

The goal should be to create an efficient proactive publication system so that a freedom of information request is a last resort for members of the public.

Conclusion

Beyond this, we emphasise that there must be an absolute cultural shift within the government towards greater openness, transparency and accountability.

As Malaysia’s democracy matures, the culture of secrecy by default and paternalistic view that ‘the government knows best’ is no longer tenable.

This parliamentary meeting presents an opportunity for the ‘Madani’ government to move beyond rhetoric and demonstrate its commitment to reform by establishing an information regime that truly empowers the people and fosters trust in the government.

To achieve this, the government must work towards a framework that recognises access to information as a right rather than a privilege.

It is vital that the government does not waste this chance.

 

Issued by:

  • The Center to Combat Corruption and Cronyism (C4 Center)
  • Centre for Independent Journalism (CIJ)
  • Article 19

 

Endorsed by:

  1. Advocates for Non-Discrimination and Access to Knowledge (Anak)
  2. Aliran
  3. All Women’s Action Society (Awam)
  4. Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim)
  5. Architects of Diversity
  6. Association of Women Lawyers (AWL)
  7. Badan Bertindak Penduduk Flat Kos Rendah Kuchai Entrepreneurs Park, Jalan Kuchai Lama, Kuala Lumpur
  8. Bersih
  9. Childline Foundation
  10. Child Rights Coalition Malaysia
  11. Community Action Nexus Berhad
  12. Consumers’ Association of Penang
  13. Damansara Utama Residents Association B1
  14. ECPAT Malaysia
  15. Freedom Film Network
  16. Gabungan Darurat Iklim Malaysia Berhad
  17. Gerakan Media Merdeka (Geramm)
  18. Hai Mandak!
  19. I Care Community Center
  20. Ikatan Anak Muda Tawau
  21. Impactlution
  22. Justice for Sisters
  23. Klima Action Malaysia (Kamy)
  24. KLSCAH Civil Rights Committee
  25. Kolektif Seni dan Budaya Malaysia
  26. Kuala Lumpur Residents Action for Sustainable Development Association (KLRA+SD)
  27. Lawyer Kamek
  28. Mandiri
  29. Migrant Care
  30. National Union of Journalists Malaysia
  31. North South Initiative
  32. OHMSI Sdn Bhd
  33. OKU Rights Matter Project
  34. People Like Us Hang Out (Pluho)
  35. Persatuan Martabat Untuk Semua
  36. Persatuan Pemangkin Daya Masyarakat
  37. Pertubuhan Ikram Malaysia
  38. Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam
  39. Project Stability and Accountability for Malaysia (Projek Sama)
  40. Protect Karpal Singh Drive
  41. Pusat Komas
  42. RA Section 14 Petaling Jaya
  43. RA Section 20 Petaling Jaya
  44. Reproductive Rights Advocacy Alliance Malaysia (RRAAM)
  45. Sabah Journalists Association
  46. Sabah Youth Movement
  47. Sahabat Alam Malaysia
  48. Save Malaysia Stop Lynas
  49. Save Rivers
  50. Sawo
  51. Saya Anak Bangsa Malaysia (SABM)
  52. Sinar Project
  53. SIS Forum (Malaysia)
  54. Siuman Collective
  55. Suara Rakyat Malaysia (Suaram)
  56. Teoh Beng Hock Association for Democratic Advancement
  57. Third World Network
  58. Women’s Aid Organisation
  59.  

    Endorsed by (individuals):

    1. Alice Chan Ai Lee
    2. Andrew Aeria
    3. Andrew Khoo
    4. Ann Lee
    5. Anne James
    6. Anwar Fazal
    7. Azira Aziz
    8. Beatrice Aren
    9. Chamil Wariya
    10. Chang Teck Peng
    11. Cindy May Justin
    12. Dania Amani
    13. Dato’ Dr Amar-Singh HSS
    14. Dr Linda Lumayag
    15. Dr Tricia Yeoh
    16. Farrah Nur Fareena Farid Azran
    17. Gayathry Venkiteswaran
    18. Glen Pengiran
    19. Goh You Ping
    20. Gowri Subramaniam
    21. Heng See Lin
    22. Ho Yi Jian
    23. Ho Yock Lin
    24. Ivy Josiah
    25. Juvita Tatan Wan
    26. K Sudhagaran Stanley
    27. Lee Ren Xin
    28. Lee Shook Fong
    29. Lim Yean Nyok
    30. Lisa Wong
    31. Loo Wuen Yuen
    32. Mahyuddin Ahmad Abdul Rahman
    33. Mariammah Subramaniam
    34. Mohd Ishak Abdillah Ngah
    35. Muhammad Ariff Mohamad Nizam
    36. Muhammad Nasrun Abd Wahab @ Ismail
    37. Naziaty Mohd Yaacob
    38. Ng Tien Eng
    39. Ngo Sheau Shi
    40. Parimala Nesamany
    41. Prakash Gopalakrishnan
    42. Pushpa Dorsisamy
    43. Pushpan Murugiah
    44. Roger See Ewe Chee
    45. SS Yoga
    46. Sakuntala Devi Dev Raj
    47. Shanti Somasundram
    48. Sharmila Sekaran
    49. Sheila Gopal Krishnan
    50. Shyamala Ponniah Maha Balasandren
    51. Sonia Randhawa
    52. Sonya Liew Yee Aun
    53. Sukumaran
    54. Syahila Zainal
    55. Terence Ooi
    56. Thulasi Munisamy
    57. UK Menon
    58. Vasanthi Nagappan
    59. Yuenwah San
    60. The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

      AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
      1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
      2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
      3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
      4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
      5. Lawan rasuah dan kronisme
      Support our work by making a donation. Tap to download the QR code below and scan this QR code from Gallery by using TnG e-wallet or most banking apps:
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Newest
Oldest Most Voted

Most Read

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x