Home Civil Society Voices Api kebencian terhadap Rohingya semakin marak / Hatred against the Rohingya is...

Api kebencian terhadap Rohingya semakin marak / Hatred against the Rohingya is escalating

AI-GENERATED IMAGE

Follow us on our Malay and English WhatsApp, Telegram, Instagram, Tiktok and Youtube channels.

[ENGLISH VERSION BELOW] Penang4Palestine (P4P) memandang serius peningkatan sentimen kebencian terhadap komuniti Rohingya di Malaysia.

Apa yang pada asalnya merupakan perbincangan mengenai isu pelarian, keselamatan dan pengurusan imigresen kini semakin bertukar menjadi budaya kebencian yang menyasarkan seluruh komuniti Rohingya tanpa membezakan antara individu yang melakukan kesalahan dengan mereka yang tidak bersalah.

Malaysia ialah sebuah negara berdaulat yang berhak menguatkuasakan undang-undang imigresen, menjaga keselamatan negara dan memastikan ketenteraman awam sentiasa terpelihara.

Namun, ketegasan dalam penguatkuasaan undang-undang tidak boleh dijadikan alasan untuk menghalalkan ucapan kebencian, fitnah, penghinaan atau hasutan terhadap sesuatu kaum atau komuniti.

Prinsip keadilan menuntut agar setiap individu dipertanggungjawabkan atas perbuatannya sendiri. Menghukum keseluruhan komuniti kerana kesalahan segelintir bukan sahaja bercanggah dengan prinsip keadilan, malah berisiko menyemarakkan perpecahan sosial dan menjejaskan keharmonian negara.

Sebagai sebuah negara yang menjunjung nilai kemanusiaan dan keadilan, Malaysia perlu terus menjadi contoh dalam mengimbangi kepentingan keselamatan negara dengan penghormatan terhadap maruah manusia.

Perbahasan mengenai dasar pelarian adalah sesuatu yang wajar, tetapi ia mestilah berlangsung secara matang, berasaskan fakta dan bebas daripada sentimen perkauman atau kebencian.

Sebagai rakyat Malaysia yang sentiasa memperjuangkan keadilan untuk Palestin dan mangsa-mangsa penindasan di seluruh dunia, kita juga perlu konsisten mempertahankan nilai kemanusiaan sejagat.

Kita boleh menyokong tindakan tegas terhadap mana-mana individu yang melanggar undang-undang, namun kita tidak boleh membenarkan kebencian terhadap keseluruhan komuniti menjadi budaya dalam masyarakat.

Penang4Palestine menyeru semua pihak – pemimpin politik, media, pengguna media sosial dan masyarakat umum – agar menghentikan penyebaran naratif kebencian, menolak sebarang bentuk hasutan, serta mengutamakan fakta, keadilan dan nilai kemanusiaan dalam setiap perbincangan mengenai isu Rohingya.

READ MORE:  Are Malaysians being taught to hate?

Malaysia mesti kekal sebagai sebuah negara yang tegas mempertahankan kedaulatan undang-undang, tetapi pada masa yang sama tidak kehilangan nilai ihsan, keadilan dan kemanusiaan yang menjadi asas sebuah negara bertamadun.

“Keadilan tidak mengenal bangsa. Kemanusiaan tidak mengenal sempadan.” – P4P

English version

Hatred against the Rohingya is escalating: Do not let humanity be consumed by hatred

Penang4Palestine (P4P) is deeply concerned by the growing wave of hatred directed at the Rohingya community in Malaysia.

What began as discussions on refugees, national security and immigration management is increasingly turning into a culture of hostility that unfairly targets an entire community, without distinguishing between individuals who break the law and the many who do not.

Malaysia is a sovereign nation with every right to enforce its immigration laws, safeguard national security and preserve public order. However, firm law enforcement must never be used to justify hate speech, defamation, humiliation or incitement directed at an entire ethnic or refugee community.

Islamic history teaches us the noble example of the Muhajirin and the Ansar. The Prophet Muhammad (peace be upon him) established a society built on compassion, solidarity and the protection of those who were forced to leave their homes because of persecution.

While the circumstances of the Rohingya today are not identical to the Hijrah, the moral principle remains the same: people who have fled war, persecution and forced displacement must never be stripped of their dignity or treated with hatred simply because they are refugees.

Justice requires that every individual be held accountable only for his or her own actions. If anyone violates the law, the authorities should act firmly against that individual.

READ MORE:  Hentikan retorik hasutan sebelum ia memecahbelahkan negara

However, condemning an entire community for the actions of a few is contrary to the principles of justice, human rights and the ethical values upheld by Islam.

As Malaysians who consistently stand for justice for the Palestinian people and other victims of oppression around the world, we must remain consistent in defending universal human dignity. We can support strong law enforcement while firmly rejecting hatred, prejudice and collective blame.

Penang4Palestine calls upon political leaders, the media, social media users and the public to reject narratives of hatred, refrain from incitement, verify information before sharing it, and uphold justice, truth and humanity in all discussions concerning the Rohingya.

Malaysia must remain a nation that is firm in upholding the rule of law while never losing the compassion, justice and humanity that define a truly civilised society.

“We can be firm against violations of the law without becoming unjust toward those who are innocent.” – P4P

MS Anuar Mahmod is the chairman of Penang4Palestine.

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support our work by making a donation. Tap to download the QR code below and scan this QR code from Gallery by using TnG e-wallet or most banking apps:
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Newest
Oldest Most Voted

Most Read

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x