[ENGLISH VERSION BELOW] Isu gaji rendah kekal sebagai salah satu kebimbangan utama yang dihadapi oleh rakyat Malaysia pada masa kini.
Walaupun telah menikmati pertumbuhan ekonomi selama beberapa dekad dan Malaysia muncul sebagai ekonomi berpendapatan sederhana tinggi, ramai pekerja masih bergelut dengan peningkatan kos sara hidup, isu kemampuan memiliki rumah serta ketidakstabilan kewangan.
Meskipun ekonomi telah berkembang pesat, Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mendapati bahawa kadar upah tidak meningkat seiring dengan kos sara hidup mahupun kemajuan ekonomi negara secara keseluruhan.
Malaysia tidak mengalami situasi ini dengan secara mendadak. Selama beberapa dekad, model ekonomi negara tertumpu kepada usaha menarik pelaburan melalui kos tenaga kerja yang agak rendah serta sektor pembuatan berorientasikan eksport.
Strategi ini berjaya mewujudkan peluang pekerjaan, mengurangkan kadar kemiskinan dan mengubah Malaysia menjadi sebuah negara perindustrian.
- Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or both
- Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara (ALIRAN), Maybank a/c 507246118995 or CIMB a/c 8004240948
- Make a pledge or schedule an auto donation to Aliran every month or every quarter
- Become an Aliran member
Walau bagaimanapun, usaha mengekalkan daya saing kos sering kali diberi keutamaan berbanding peningkatan gaji dan peralihan industri ke arah aktiviti yang menawarkan nilai tambah lebih tinggi.
Kesan daripada keadaan ini semakin ketara. Menurut laporan Institut Penyelidikan Khazanah (KRI) yang bertajuk Shifting Tides: Charting Career Progression of Malaysia’s Skilled Talents, hampir 40% graduan berpengalaman menghadapi kesukaran untuk mendapatkan pekerjaan yang setara dengan kelayakan dan kemahiran mereka.
Kelewatan dalam memperoleh pekerjaan yang sesuai mengekang potensi pendapatan serta menyukarkan kemajuan kerjaya, lebih-lebih lagi dengan kemasukan berterusan graduan baharu ke dalam pasaran buruh.
Satu lagi kelemahan struktur ialah bahagian pendapatan negara yang diterima oleh pekerja yang agak rendah. Menurut OpenTable Podcast Episod 6 KRI bertajuk Jangan Retak Menanti Belah: Menilai Semula Struktur Ekonomi Malaysia, pekerja di Malaysia hanya menerima kira-kira 30% daripada pendapatan syarikat, manakala baki 70% pula diperoleh oleh pemilik perniagaan dan pemegang modal. Angka ini jauh lebih rendah berbanding bahagian pendapatan buruh di kebanyakan ekonomi maju.
Ketersediaan tenaga kerja kos rendah secara meluas, termasuk pekerja asing, telah mengukuhkan model ekonomi ini, terutamanya dalam sektor pembuatan, pembinaan, pertanian dan perkhidmatan makanan.
Akibatnya, banyak pekerjaan berkemahiran rendah terus terperangkap dalam upah rendah, menjadikannya kurang menarik bagi pekerja tempatan serta mengehadkan peluang untuk peningkatan upah.
Walau bagaimanapun, pekerja asing tidak seharusnya dianggap sebagai punca utama masalah upah di Malaysia. Penggunaan tenaga kerja asing secara meluas itu sendiri merupakan simptom bagi model ekonomi yang sekian lama mengutamakan kos buruh yang rendah berbanding inovasi, pertumbuhan produktiviti dan pembangunan tenaga kerja.
Kelemahan struktur yang sama turut ketara dalam sektor pertanian dan perikanan. Selama beberapa dekad, ramai petani dan nelayan kekal sebagai pengeluar komoditi mentah, sedangkan sebahagian besar nilai ekonomi itu kemudiannya diperoleh oleh pihak pemproses, pemborong dan peruncit. Kesannya, sektor-sektor ini semakin dilihat sebagai kerjaya yang kurang menarik, terutamanya dalam kalangan golongan muda Malaysia.
Thailand menawarkan contoh berguna bagi pendekatan yang berbeza. Melalui program seperti ‘One Tambon One Product’, masyarakat luar bandar digalakkan untuk mengubah hasil tempatan menjadi produk bernilai tambah, termasuk teh herba, buah-buahan kering, produk berasaskan kelapa dan kosmetik semula jadi. Pekebun kecil tidak dijangka melakukan usaha ini secara bersendirian; sebaliknya, mereka mengeluarkan hasil secara kolektif manakala perusahaan komuniti, koperasi dan agensi kerajaan memberikan sokongan dari segi pemprosesan, penjenamaan dan pemasaran.
Malaysia mempunyai institusi yang berkebolehan seperti Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi), Jabatan Pertanian dan Jabatan Perikanan, yang telah melaksanakan pelbagai inisiatif penting dalam penyelidikan, pembangunan teknologi serta pemindahan teknologi. Usaha-usaha seperti mempromosikan produk bernilai tambah dan menyokong pengkomersialan ini wajar diiktiraf serta dipergiatkan lagi.
Cabarannya adalah untuk memastikan lebih banyak hasil penyelidikan dan inovasi berkembang melangkaui peringkat projek perintis ke arah penggunaan secara meluas dan kejayaan komersial.
Penekanan yang lebih besar perlu diberikan kepada usaha menghubungkan penyelidikan, pemindahan teknologi, pengkomersialan, pembiayaan, pemprosesan dan akses pasaran. Ini untuk memastikan golongan petani dan nelayan dapat mencapai produktiviti yang lebih tinggi, pendapatan yang lebih baik serta memperoleh bahagian yang lebih besar daripada nilai yang dijana di sepanjang rantaian bekalan.
Oleh itu, penyelesaiannya bukan sekadar mewajibkan kadar upah yang lebih tinggi. Pertumbuhan upah yang mampan mestilah disokong oleh produktiviti yang lebih kukuh dan penciptaan nilai yang lebih besar.
Malaysia perlu mempercepat peralihan ke arah sektor bernilai lebih tinggi, memperkukuh pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional, menggalakkan inovasi, menyokong perusahaan tempatan untuk bergerak ke tahap lebih tinggi dalam rantaian nilai, serta membangunkan produk bernilai lebih tinggi merentas semua sektor, termasuk pertanian, perikanan dan tenaga.
Pada masa yang sama, pergantungan kepada tenaga kerja asing berkemahiran rendah perlu dikurangkan secara berperingkat apabila perniagaan meningkatkan produktiviti dan mewujudkan pekerjaan yang lebih berkualiti.
Kebimbangan sering dibangkitkan bahawa kenaikan upah pasti akan mencetuskan inflasi. Walaupun risiko ini wujud, ia banyak bergantung kepada sama ada kenaikan upah itu diiringi oleh peningkatan produktiviti.
Apabila pekerja menjadi lebih produktif hasil daripada kemahiran yang lebih baik, inovasi dan amalan perniagaan yang lebih cekap, upah yang lebih tinggi disokong oleh penciptaan nilai yang lebih besar dan bukannya sekadar kos tenaga kerja yang lebih tinggi.
Banyak ekonomi maju, termasuk Korea Selatan, Singapura dan Jerman, mencapai tahap upah yang tinggi bukan dengan menekan kos tenaga kerja, sebaliknya dengan melabur dalam modal insan, inovasi dan aktiviti ekonomi bernilai lebih tinggi.
CAP percaya Malaysia perlu mengikuti langkah yang sama. Matlamatnya bukan sekadar untuk menaikkan upah, tetapi untuk membina ekonomi yang bersaing berdasarkan produktiviti, inovasi, kemahiran dan kualiti, dan bukannya berdasarkan ketersediaan tenaga kerja murah.
Disokong oleh pembaharuan struktur yang menyeluruh, upah yang lebih tinggi dapat meningkatkan taraf hidup, memperkukuh permintaan domestik serta mewujudkan ekonomi yang lebih berdaya tahan, inklusif dan makmur untuk semua rakyat. – CAP
English version
Low salaries require structural reform, not short-term fixes
Low salaries remain one of the most pressing concerns facing people in Malaysia today.
Despite decades of economic growth and Malaysia’s emergence as an upper-middle-income economy, many workers continue to struggle with rising living costs, housing affordability and financial insecurity.
While the economy has expanded considerably, the Consumers’ Association of Penang (CAP) observes that wages have not kept pace with either the cost of living or the country’s broader economic progress.
Malaysia did not arrive at this situation overnight. For decades, the country’s economic model focused on attracting investment through relatively low labour costs and export-oriented manufacturing. This strategy successfully created jobs, reduced poverty and transformed Malaysia into an industrialised economy.
However, maintaining cost competitiveness often took precedence over raising wages and moving industries into higher value-added activities.
The consequences are increasingly evident. According to the Khazanah Research Institute’s (KRI) report Shifting Tides: Charting Career Progression of Malaysia’s Skilled Talents, nearly 40% of experienced graduates struggle to secure jobs that match their qualifications and skills. Delays in obtaining suitable employment suppress earning potential and make career progression more difficult as new graduates continue to enter the labour market.
Another structural weakness is the relatively low share of national income received by workers. According to KRI’s OpenTable Podcast Ep. 6: Jangan Retak Menanti Belah: Menilai Semula Struktur Ekonomi Malaysia (Do not wait for it to crack: Reassessing Malaysia’s economic structure), Malaysian workers receive only about 30% of company income, with the remaining 70% accruing to business owners and capital holders. This is significantly lower than labour’s share of income in many developed economies.
The widespread availability of low-cost labour, including foreign workers, has reinforced this economic model, particularly in manufacturing, construction, agriculture and food services.
As a result, many low-skilled occupations have remained trapped in a low-wage equilibrium, making them less attractive to local workers and limiting opportunities for wage progression.
However, foreign workers should not be viewed as the primary cause of Malaysia’s wage problem. Their extensive employment is itself a symptom of an economic model that has long prioritised low labour costs over innovation, productivity growth and workforce development.
The same structural weaknesses are evident in agriculture and fisheries. For decades, many farmers and fisherfolk have remained producers of raw commodities, while much of the value is captured later by processors, wholesalers and retailers. Consequently, these sectors are increasingly viewed as unattractive careers, particularly by younger Malaysians.
Thailand offers a useful example of a different approach. Through programmes such as One Tambon One Product (one village, one product), rural communities were encouraged to transform local produce into value-added products, including herbal teas, dried fruits, coconut products and natural cosmetics. Smallholders were not expected to do this individually. Instead, they produced collectively while community enterprises, cooperatives and government agencies supported processing, branding and marketing.
Malaysia has capable institutions such as the agricultural research institute Mardi, the Department of Agriculture and the Department of Fisheries, which have undertaken substantial research, technology development and technology transfer initiatives. These efforts, such as promoting value-added products and supporting commercialisation, should be recognised and further intensified.
The challenge is to ensure that more research and innovations move beyond pilot projects into widespread adoption and commercial success.
Greater emphasis should therefore be placed on linking research, technology transfer, commercialisation, financing, processing and market access. This is to ensure that farmers and fisherfolk can achieve higher productivity, better incomes and a greater share of the value created along the supply chain.
The solution is therefore not simply to mandate higher wages. Sustainable wage growth must be supported by stronger productivity and greater value creation.
Malaysia should accelerate its transition towards higher-value sectors, strengthen technical and vocational education and training, encourage innovation, support local enterprises in moving up the value chain and develop higher-value products across all sectors, including agriculture, fisheries and energy.
At the same time, dependence on low-skilled foreign labour should be gradually reduced as businesses improve productivity and create better-quality jobs.
Concerns are often raised that increasing wages will inevitably fuel inflation. While this risk exists, it depends largely on whether wage increases are accompanied by productivity gains. When workers become more productive through better skills, innovation and more efficient business practices, higher wages are supported by greater value creation rather than simply higher labour costs.
Many developed economies, including South Korea, Singapore and Germany, achieved high wage levels not by suppressing labour costs but by investing in human capital, innovation and higher-value economic activities.
CAP believes Malaysia should pursue the same path. The objective is not merely to raise wages but to build an economy that competes on productivity, innovation, skills and quality rather than on the availability of cheap labour.
Supported by comprehensive structural reforms, higher wages can improve living standards, strengthen domestic demand and create a more resilient, inclusive and prosperous economy for all in Malaysia. – CAP
Mohideen Abdul Kader is the president of the Consumers’ Association of Penang.
AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
- Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
- Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
- Raikan kerencaman dan keterangkuman
- Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
- Lawan rasuah dan kronisme










