Home Civil Society Voices 61 NGO bantah ujian lapangan padi GM / 61 NGOs object to...

61 NGO bantah ujian lapangan padi GM / 61 NGOs object to GM rice field trial

Rice farmers at work - Photograph: salafiyunpad.wordpress.com

Follow us on our Malay and English WhatsApp, Telegram, Instagram, Tiktok and Youtube channels.

[ENGLISH VERSION BELOW] Kami, yang terdiri daripada gabungan pertubuhan dan kumpulan petani, pengguna, serta alam sekitar Malaysia, dengan ini menyatakan bantahan terhadap permohonan oleh [sebuah syarikat] untuk pelepasan padi diubahsuai secara genetik (GM) varieti MR219 di tapak ujian lapangan terkawal di Kampung Kepayang, Perak.

Bantahan rasmi ini telah kami kemukakan kepada ketua pengarah Jabatan Biokeselamatan pada 7 Ogos 2026 melalui laman web Unified Pubic Consultation (UPC).

Kami mendapati bahawa permohonan ini adalah sama dengan permohonan ujian lapangan GMO MR219 pada tahun 2019 di Tambun Tulang, Perlis, dan kami ingin mengulangi fakta bantahan kami yang masih kekal relevan.

Padi varieti MR219 sedia ada ini telah diubah suai secara genetik untuk kerintangan terhadap herbisid glifosat, di samping kerentanan terhadap patogen bakteria dan agen kulat.

Kami amat bimbang dengan risiko pencemaran genetik padi konvensional dan padi liar apabila ia ditanam di lapangan. Pada masa ini, Akta Biokeselamatan Malaysia 2007 tidak menyediakan perlindungan berkanun atau undang-undang liabiliti dan ganti rugi yang mencukupi untuk petani sekiranya berlaku kerosakan ekonomi akibat pencemaran GM ke dalam ladang milik petani. Beban kewangan akan jatuh sepenuhnya ke atas bahu petani yang menjadi mangsa.

Pengubahsuaian padi MR219 untuk toleransi glifosat pasti akan menggalakkan penggunaan bahan agrokimia tersebut. Tumbuhan ini tidak memecahkan glifosat, sebaliknya menyerapnya ke dalam tisu. Akhirnya, sisa toksik ini akan kekal dalam tanaman yang dituai dan memasuki bekalan makanan ruji kita. Lembaran fakta yang dikongsikan oleh Jabatan Biokeselamatan juga mengakui bahawa data toksikologi akut untuk beras GM ini masih belum tersedia.

Pertubuhan Persaudaraan Pesawah Malaysia (PeSAWAH) telah secara jelas menolak padi GM MR219 ini sejak 2019. Petani telah pun mengalami kegagalan dengan strategi toleransi herbisid yang serupa sebelum ini, seperti varieti Clearfield (Padi Kebal), di mana rumpai cepat mengadaptasi ketahanan terhadap herbisid dan akhirnya petani terpaksa menggunakan dos racun yang semakin tinggi sehingga meningkatkan kos dan merosakkan kesuburan tanah.

Glifosat memberi kesan negatif kepada mikroorganisma tanah yang penting dan merosakkan biodiversiti ekosistem padi dengan teruk. Sekiranya berlaku insiden pencemaran, ia boleh memusnahkan pengeluaran organik tempatan dan pasaran eksport yang berpotensi, seperti yang pernah berlaku di China pada tahun 2008 yang menyebabkan pasaran Eropah menolak beras yang dieksport dari China.

Kami tegaskan bahawa terdapat alternatif praktikal yang terbukti selamat untuk mengawal rumpai dan penyakit, seperti Sistem Pengintensifan Padi (SRI) dan kaedah alternatif serta konvensional lain tanpa bergantung pada pengubahsuaian genetik.

Walaupun permohonan ini adalah untuk ujian kawalan lapangan, kami berpendapat bahawa penyelidikan ini perlu dibatalkan. Gen organisma diubah suai secara genetik tidak boleh dikawal, dibendung atau ditarik balik. Setelah dilepaskan ke alam sekitar, gen tersebut boleh kekal wujud dan membiak melalui pendebungaan silang serta percambahan.

Selain itu, tanaman GM boleh bercampur dengan tanaman bukan GM semasa penuaian, penyimpanan atau pengangkutan.

Penyelidikan ini adalah tidak rasional dalam era pengguna beralih ke makanan organik.

Memandangkan risiko sosioekonomi, alam sekitar, dan kesihatan yang teruk ini, sebanyak 61 organisasi di seluruh negara telah menyatakan sokongan menentang ujian lapangan ini.

English version

61 organisations object to GM rice field trial

We, representing a coalition of Malaysian organisations and groups comprising farmers, consumers and environmental interests, hereby express our objection to the application by a [company] for the release of the genetically modified (GM) rice of the MR219 variety at a confined field trial site in Kampung Kepayang, Perak.

We submitted this formal objection to the director general of the Department of Biosafety on 7 August via the Unified Public Consultation (UPC) website.

We note that this application is identical to the application for the MR219 GMO field trial in 2019 at Tambun Tulang, Perlis and we wish to reiterate the grounds for our objections, which remain relevant.

The existing MR219 rice variety has been genetically modified to confer resistance to the herbicide glyphosate, while also providing resistance to diseases caused by bacteria and fungi.

We are deeply concerned about the risk of genetic contamination of conventional and wild rice when it is cultivated in the field.

Currently, Malaysia’s Biosafety Act 2007 does not provide adequate statutory protection or a legal liability and redress to farmers in the event of economic losses resulting from GM contamination of farmers’ fields. The financial burden would fall entirely upon the affected farmers.

The genetic modification of MR219 rice for glyphosate tolerance will inevitably encourage the use of this agrochemical. The plant does not break down glyphosate; instead, it absorbs the herbicide into its tissues. Consequently, these toxic residues may remain in the harvested crop and enter our staple food supply.

A fact sheet shared by the Department of Biosafety also acknowledges that acute toxicological data for this GM rice is still unavailable.

Pertubuhan Persaudaraan Pesawah Malaysia (PeSAWAH) has clearly rejected GM MR219 rice since 2019. Farmers have previously experienced the failure of similar herbicide-tolerance strategies, such as the Clearfield (herbicide-resistant rice) variety, where weeds rapidly developed resistance to the herbicide. As a result, farmers were forced to apply increasingly higher doses of pesticides, raising production costs and degrading soil fertility.

Glyphosate has negative effects on vital soil microorganisms and severely damages the biodiversity of paddy ecosystems. Any contamination incident could undermine local organic production and potential export markets, as occurred in China in 2008, when European markets rejected rice exported from China.

We emphasise that there are practical and proven-safe alternatives for managing weeds and diseases, such as the System of Rice Intensification (SRI), as well as other alternative and conventional methods that do not rely on genetic modification.

Although this application is for a confined field trial, we believe this research should be cancelled.

Genetically modified organisms cannot be fully controlled, contained or recalled once released. Once introduced into the environment, the modified genes may persist and spread through cross-pollination and germination.

In addition, GM crops may become mixed with non-GM crops during harvesting, storage or transportation.

This research is irrational at a time when consumers are increasingly shifting towards organic food.

Given these severe socioeconomic, environmental and health risks, a total of 61 organisations nationwide have expressed their support in opposing this field trial.

Issued by:

  1. Agora Society Malaysia
  2. Alam Selangor
  3. Blue Oasis (M) Sdn Bhd
  4. Borneo Komrad
  5. Cetdem Organic Farming
  6. Chiron Yeng Coaching Services
  7. Consumers’ Association of Penang (CAP)
  8. Ecopro Training Center
  9. Field and Fortune Venture – Sawah Organik Lambor
  10. Forum Kedaulatan Makanan Malaysia (FKMM)
  11. Grass Malaysia
  12. Green Bamboo Organic
  13. Greenpeace Malaysia
  14. Guardians of Nature’s Retreat
  15. Jaringan Orang Asal Se-Malaysia (JOAS)
  16. Kebun Nenek Kebayan, Dabong, Kelantan.
  17. Kokoriu
  18. Koperasi Kongsi Selangor Berhad (Kongsi Co-op)
  19. Koperasi Pekerja Justlife Selangor Berhad
  20. Ladang Greenleaf
  21. Liga Rakyat Demokratik
  22. Lions Club of Raub
  23. Little Forest House
  24. Malaysia Demeter Association
  25. Marvhelly Pace A Voi SDN.BHD
  26. Nadeen Hope Enterprise
  27. Natural Farming Association Malaysia (NFAM)
  28. Nature School of Ipoh
  29. Pacos Trust, Sabah
  30. Persatuan Agroekologi Malaysia (Sri-Mas)
  31. Persatuan Iban Marudi, Sarawak
  32. Persatuan Kampung Long Pilah, Sarawak
  33. Persatuan Keilmuan Murni Kendiri Pulau Pinang
  34. Persatuan Pendidikan dan Kebajikan Jaringan Nelayan Pantai Malaysia (Jaring)
  35. Persatuan Penduduk Kampong Uma Bawang, Baram, Sarawak
  36. Persatuan Penduduk Kampung Long Lunyim, Sarawak
  37. Persatuan Penduduk Kampung Long Miri, Sarawak
  38. Persatuan Penduduk Nanga Seridan, Tinjar, Baram, Sarawak
  39. Persatuan penduduk Rh Lachi Sungai Sebatu, Sarawak
  40. Persatuan Penduduk Sungai Buri, Bakong, Baram, Sarawak
  41. Persatuan Pengguna Luar Bandar dan Ekologi Malaysia (RURAL Malaysia)
  42. Persekutuan Persatuan Pekebun Sayur-Sayuan Malaysia
  43. Pertubuhan Persaudaraan Pesawah Malaysia (PeSAWAH)
  44. Pertubuhan Rangkaian Pembangunan Kesinambungan Malaysia (Susden Malaysia)
  45. Pesawah Kelompok Lahar Kepar, Pulau Pinang
  46. Pesawah Kelompok Tanjung Piandang, Perak
  47. Possibilitree Ventures
  48. Sahabat Alam Malaysia (SAM)
  49. Samaria Organik Kemaman
  50. Setia Selama Enterprise
  51. SOAS University of London
  52. Sounds of Soil
  53. Stono Farm
  54. Suara Mahasiswa UMS
  55. Sukod Borneo Sdn Bhd
  56. The Hope Village
  57. Tube Ventures System Engineering
  58. Urban Hijau
  59. Wau Farm Kampar
  60. Women for Equality Association (WEA)
  61. World Food Forum Malaysia Youth Chapter
  62. The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

    AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
    1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
    2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
    3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
    4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
    5. Lawan rasuah dan kronisme
    Support our work by making a donation. Tap to download the QR code below and scan this QR code from Gallery by using TnG e-wallet or most banking apps:
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Newest
Oldest Most Voted

Most Read

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x