[ENGLISH VERSION BELOW] Persatuan Pengguna-Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) supaya mengambil tindakan terhadap pihak yang bertanggungjawab membuang sisa binaan di Pontian, Johor, yang didakwa berasal dari Singapura.
Menurut laporan media, penduduk beberapa kampung di Pontian sukar untuk tidur dengan nyenyak pada waktu malam akibat bunyi bising konvoi lori yang melalui jalan batu kelikir yang sempit untuk membuang sisa binaan seperti simen, serpihan jubin, dan peralatan binaan terpakai yang dipercayai oleh pihak berkuasa Johor sebagai berasal dari Singapura.
Pada hari-hari tertentu, sebanyak 50 buah lori memasuki tapak itu, dan kegiatan ini telah berlarutan sejak awal 2025.
Selain pencemaran bunyi, penduduk juga mungkin terdedah kepada bahaya asbestos yang mungkin terkandung dalam sisa binaan berkenaan.
Agensi Alam Sekitar Kebangsaan (NEA) Singapura mendakwa bahawa Singapura tidak membenarkan sisa binaan dan perobohan dieksport untuk tujuan pelupusan.
- Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or both
- Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara (ALIRAN), Maybank a/c 507246118995 or CIMB a/c 8004240948
- Make a pledge or schedule an auto donation to Aliran every month or every quarter
- Become an Aliran member
Walau bagaimanapun, perbincangan dengan pihak berkuasa pengurusan sisa negara, SWCorp, mengenal pasti sembilan syarikat yang dikaitkan dengan pembuangan haram sisa binaan di Pontian itu sebagai syarikat Malaysia.
Bagaimanakah sisa binaan boleh melepasi sempadan sedangkan Singapura mempunyai undang-undang dan peraturan yang mengawal selia eksport bahan terpakai dan sisa?
Pada masa yang sama, Malaysia juga mempunyai undang-undang dan peraturan yang wajib dipatuhi berkaitan pengurusan, perdagangan dan pelupusan sisa.
Pihak yang bertanggungjawab mestilah dikenal pasti dan dipastikan memikul tanggungjawab sepenuhnya di sisi undang-undang.
CAP menggesa SPRM untuk menyiasat bagaimana sejumlah besar lori boleh mengangkut dan melupuskan sisa binaan dalam kuantiti yang banyak di lokasi yang tidak dikhaskan, serta menyebabkan pencemaran alam sekitar tanpa dikenakan tindakan.
Kami juga menggesa pihak berkuasa Singapura dan Malaysia untuk menjelaskan bagaimana lori-lori itu berjaya melepasi pusat pemeriksaan tanpa dikesan, serta memastikan pelanggaran seumpama itu tidak berulang lagi. – CAP
English version
MACC should act on illegal dumping of construction waste in Pontian
The Consumers’ Association of Penang (CAP) calls on the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) to take action against those responsible for dumping construction debris in Pontian, Johor, which is allegedly from Singapore.
According to media reports, some residents of villages in Pontian have been finding it hard to get a good night’s rest as convoys of trucks would rumble through narrow gravel roads every night, dumping construction debris such as cement, broken tiles and used construction equipment, believed by Johor officials to be from Singapore.
On some days, as many as 50 trucks entered the site, which has been going on since early 2025.
Besides the noise pollution, the residents could also be exposed to the hazards of asbestos that may be found in the construction waste.
The Singapore’s National Environment Agency (NEA) claimed that Singapore does not allow construction and demolition waste to be exported for disposal.
However, talks with Malaysia’s national waste management authorities SWCorp identified nine companies linked to the illegal dumping of construction waste in Pontian were Malaysian.
How could the construction waste cross the border if Singapore has laws and regulations governing the export of used and waste materials?
At the same time, Malaysia also has laws and regulations that must be complied with in matters relating to waste management, trade and disposal.
Those responsible must be identified and held fully accountable under the law.
CAP urges the MACC to investigate how fleets of trucks are able to transport and dump massive amounts of construction waste at non-designated places and causing environmental pollution with impunity.
We further call on both Singaporean and Malaysian authorities to explain how these trucks passed through checkpoints undetected and to ensure such breaches never recur.
Mohideen Abdul Kader is the president of the Consumers’ Association of Penang.
AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
- Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
- Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
- Raikan kerencaman dan keterangkuman
- Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
- Lawan rasuah dan kronisme











