Home Civil Society Voices Disekat keluar negara, dan kini akaun bank pengarah serta Mandiri disekat. Inikah...

Disekat keluar negara, dan kini akaun bank pengarah serta Mandiri disekat. Inikah reformasi?

FILE PHOTO

Follow us on our Malay and English WhatsApp, Telegram, Instagram, Tiktok and Youtube channels.

Mandiri mengecam intimidasi berterusan yang tidak berhenti ke atas kami sehingga hari ini (10 September).

Baru-baru ini, saya sendiri selaku pengarah eksekutif Mandiri telah mendapat perkhabaran berkaitan sekatan untuk saya keluar negara.

Ia berlaku sejurus selepas pengarah kewangan Mandiri, Dobby Chew, berhadapan masalah ketika pulang dari Jakarta, di mana beliau dimaklumkan terdapat sekatan dari Bukit Aman, sebelum akhirnya dibenarkan masuk ke dalam negara. Kami tidak pernah dihubungi atau diberikan alasan atas sekatan ini.

Hari ini, akaun bank peribadi milik saya dan Dobby telah disekat. Akaun bank Mandiri dan Hayat, NGO yang dikelola oleh Dobby, juga turut sama disekat. Kami tidak pernah walau sekali dihubungi berkaitan sekatan ini. Kami juga tidak pernah sekali pun dipanggil untuk sebarang siasatan.

Mandiri sekali lagi menggesa pihak berkuasa untuk memberikan penjelasan di atas sekatan ini, dan dengan segera menarik semula sekatan ini. Mandiri sentiasa bersedia untuk disiasat sekiranya terdapat sebarang keperluan dan akan memberikan kerjasama penuh kepada pihak polis dan pihak berkuasa.

Sekatan begini, tanpa sebarang pemakluman atau penjelasan, adalah jelas satu bentuk intimidasi berterusan yang digunakan bagi menekan mereka yang tidak sehaluan dengan kerajaan.

Sebagai organisasi masyarakat sivil, Mandiri tidak terlibat dengan sebarang percaturan politik, atau seperti tuduhan sebelum ini, kononnya bekerja untuk menjatuhkan Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Jatuh bangun parti politik dan orang politik ditentukan oleh rakyat. Sekiranya hal sebegini berterusan, tidak mengejutkan jika mereka dihukum oleh rakyat.

Mandiri sekali lagi menegaskan bahawa kami adalah organisasi yang bekerja untuk memperkasa anak muda dan mahasiswa, dengan lima teras idea progresif:

  • Keadilan sosial
  • Hak asasi
  • Ketelusan pentadbiran kerajaan
  • Keadilan ekonomi
  • Kelestarian alam sekitar
READ MORE:  Why reformist parties die around the world: Can PKR escape this tragedy?

Kami menjalankan kempen, forum, diskusi dan sebagainya, sesuai dengan prinsip-prinsip ini. Tuntutan dari kempen-kempen kami adalah tuntutan-tuntutan sama yang diperjuangkan bersama dengan organisasi dan individu yang kini berada dalam kerajaan, ketika mereka dibangku pembangkang.

Intimidasi ini tidak akan dapat mendiamkan kami. Ia tidak akan melemahkan kami.

Kami akan lawan!

Amir Hadi ialah pengarah eksekutif Mandiri.

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support our work by making a donation. Tap to download the QR code below and scan this QR code from Gallery by using TnG e-wallet or most banking apps:
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Newest
Oldest Most Voted

Most Read

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x