Home Web Specials Soalan yang Pas belum jawab / The question Pas hasn’t answered

Soalan yang Pas belum jawab / The question Pas hasn’t answered

Sebelum pilihan raya umum akan datang, rakyat berhak tahu pendirian Pas tentang Perlembagaan Persekutuan.

Hadi Awang - MALAYSIAKINI

Follow us on our Malay and English WhatsApp, Telegram, Instagram, Tiktok and Youtube channels.

Jayanath Appudurai

[ENGLISH VERSION BELOW] Salam sejahtera diucapkan kepada tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian

Terlebih dahulu, sekalung tahniah atas penyempurnaan muktamar tahunan Ke-72 serta sambutan ulang tahun Ke-75 penubuhan Pas, yang telah dilaksanakan dengan jayanya.

Saya memohon izin untuk merujuk kepada ucapan dasar presiden Pas bertunjangkan tema muktamar, iaitu ‘Penyelesaian Islam mengisi kemenangan’, pada 5 September yang lalu. Teks ucapan itu boleh dilihat di pautan ini.

Setelah meneliti hujah-hujah yang dibangkitkan mengenai ‘Agenda mengisi kemenangan’ dan ‘Agenda bertindak menuju PRU-16’, saya ingin memohon jasa baik pucuk pimpinan Pas untuk memberikan penjelasan tentang satu soalan pokok. Saya berpandangan soalan ini amat penting dalam konteks penubuhan dan pemerintahan negara kita yang tercinta.

Saya membangkitkan soalan ini berdasarkan andaian sekiranya Pas membentuk kerajaan persekutuan selepas pilihan raya umum akan datang.

Soalan saya adalah seperti berikut:

Perlembagaan Persekutuan

Adakah Perlembagaan Persekutuan yang sedia ada akan terus berkuat kuasa sebagai undang-undang tertinggi negara?

  • Jika ya, apakah cadangan pindaan supaya selaras dengan “Tujuan Pas” yang terkandung dalam fasal 5(1) perlembagaan parti Pas?
  • Jika tidak, adakah satu Perlembagaan Persekutuan baharu akan digubal dan diedarkan untuk tatapan serta input daripada warganegara?

Saya memohon dan berharap agar pimpinan Pas dapat menjawab soalan ini secara terbuka dan telus, supaya pendirian Pas diketahui jelas oleh semua rakyat yang layak mengundi pada pilihan raya umum akan datang.

Didahului dengan ucapan ribuan terima kasih atas sebarang jawapan daripada pihak pucuk pimpinan Pas. – The People’s Parliament

Jayanath Appudurai
Anak Bangsa Malaysia

Nota: Salinan surat ini telah dihantar kepada setiausaha agung Pas dan Pusat Pas melalui emel.

English version

The question Pas hasn’t answered

An open letter asks Pas to clarify its plans for the Federal Constitution before the next general election.

Jayanath Appudurai

READ MORE:  Police investigation into constitutional commentary requires public scrutiny

Congratulations on the party’s 75th anniversary and the successful completion of its 72nd congress.

I refer to the presidential policy speech, based on the theme ‘Victory with Islamic solutions’, dated 5 September.

Having read the arguments in ‘Agenda for delivering on the mandate of victory” and the “Action agenda towards GE16’, I would like to pose a fundamental question.

It concerns the formation and governance of our beloved nation, on the assumption that Pas forms the government after the coming general election.

Federal Constitution

Will the current Federal Constitution continue to be in force as the supreme law of the land?

  • If yes, are there any plans to amend it in line with the objectives of Pas, as set out in Clause 5(1) of the party’s constitution?
  • If no, will a new Federal Constitution be drafted and circulated early for the people’s attention and input?

I look forward to an open, transparent response, so that the eligible voters at the coming general election are fully aware of Pas’ position on this matter. – The People’s Parliament

Note: A copy of this letter has been emailed to the party’s secretary general.

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support our work by making a donation. Tap to download the QR code below and scan this QR code from Gallery by using TnG e-wallet or most banking apps:
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Newest
Oldest Most Voted

Most Read

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x