Rania Aljunied dan Dina Zamri
[ENGLISH VERSION BELOW] Kami merujuk kepada kenyataan oleh pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman CP Aida Abdul Hamid baru-baru ini bahawa tiada kecederaan dalaman pada tubuh mangsa kematian dalam tahanan polis, Noorizwan Zulkefly, bahawa punca kematian masih belum diketahui sementara menunggu analisis makmal, dan bahawa kes tersebut masih diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.
Kenyataan Bukit Aman ini sama sekali tidak boleh diterima dan bercanggah dengan penemuan bedah siasat di HUKM.
Pertama, dakwaan Bukit Aman bahawa Noorizwan tidak mengalami sebarang kecederaan pada organ dalamannya adalah palsu dan bercanggah secara langsung dengan penemuan pakar patologi.
Pakar patologi menemui pendarahan menyeluruh di dalam otak. Ini merupakan kecederaan dalaman yang amat serius dan boleh menyebabkan kematian. Terdapat juga pendarahan di bahagian usus. Gambar-gambar bedah siasat jelas menunjukkan kecederaan-kecederaan ini.
- Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or both
- Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara (ALIRAN), Maybank a/c 507246118995 or CIMB a/c 8004240948
- Make a pledge or schedule an auto donation to Aliran every month or every quarter
- Become an Aliran member
Pihak polis sedia maklum tentang kecederaan dalaman ini. Berdepan dengan bukti sedemikian, bagaimanakah Bukit Aman boleh mengeluarkan kenyataan awam yang mendakwa hanya terdapat kecederaan luaran, dan tiada kecederaan dalaman?
Kedua, adalah mengelirukan bagi Bukit Aman untuk membayangkan bahawa mereka masih tidak mengetahui punca kematian yang “menunggu keputusan analisis makmal”.
Berdasarkan bedah siasat, adalah jelas dan tidak dapat dinafikan bahawa Noorizwan telah dipukul dengan teruk.
Pihak polis juga telah dimaklumkan dalam kehadiran keluarga bahawa punca kematian ialah trauma tumpul pada kepala. Penemuan trauma tumpul ini tidak boleh diubah oleh analisis makmal ke atas sampel darah dan sampel lain yang masih belum selesai.
Mengapakah Bukit Aman berlengah-lengah dan seakan-akan memaklumkan kepada rakyat bahawa punca kematian masih belum dipastikan? Ini sama sekali tidak boleh diterima oleh keluarga.
Ketiga, memandangkan terdapat bukti perubatan mengenai pukulan teruk dan mengerikan yang dialami oleh Noorizwan, apakah justifikasi untuk terus mengklasifikasikan kes ini sebagai kematian mengejut?
Berdasarkan fakta dan bukti forensik, kes ini sewajarya diklasifikasikan sebagai kesalahan membunuh di bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Mengapakah Bukit Aman berlengah-lengah dalam perkara ini? Perbuatan jenayah dalam kes ini tidak dapat disangkal.
Keempat, rujukan kes ini kepada pihak Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis (IPCC) sebagaimana yang dinyatakan oleh CP Dato’ Aida langsung tidak meredakan kerisauan keluarga.
Menurut seksyen 25(b) Akta Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis 2022, pihak IPCC tidak mempunyai bidang kuasa untuk menyiasat kesalahan jenayah. Dalam erti kata lain, IPCC tidak mempunyai kuasa untuk menyiasat atau mendakwa pembunuh Noorizwan.
Kelima, perkara yang juga mengejutkan kami adalah bahawa kenyataan-kenyataan tersebut dikeluarkan oleh ketua JIPS. Kes ini bukan sekadar isu tatatertib polis; ia merupakan satu kes pembunuhan.
Siasatan jenayah penuh berhubung pembunuhan tersebut perlu dijalankan dan diketuai oleh pasukan siasatan khas dari Bukit Aman.
Setelah menunggu perkembangan selama tiga minggu sejak kematian Noorizwan, kenyataan lewat oleh Bukit Aman ini amat mengecewakan pihak keluarga.
Bagi pihak keluarga Noorizwan Zulkefly, kami menuntut perkara-perkara berikut:
- Agar Peguam Negara Dusuki Mokhtar mencelah dalam perkara ini dan mengarahkan agar kematian Noorizwan disiasat sebagai pembunuhan di bawah seksyen 302 Kanun Keseksaan
- Agar siasatan tersebut diambil alih oleh pasukan siasatan khas dari Bukit Aman yang dilantik oleh ketua polis negara
- Agar anggota polis yang disyaki terlibat digantung tugas dan ditahan dengan segera bagi memastikan bukti dipelihara.
- Agar ketua polis menjelaskan dakwaan Bukit Aman bahawa tiada kecederaan dalaman sedangkan bedah siasat telah menunjukkan sebaliknya
English version
Bukit Aman’s claim that Noorizwan Zulkefly had no internal injuries is misleading
We refer to the recent statement by Bukit Aman’s Integrity and Standards Compliance Department director Commissioner of Police Aida Abdul Hamid, that there were no internal injuries in the body of the death-in-police-custody victim, Noorizwan Zulkefly; that the cause of death is not known pending laboratory analysis; and that the case remains classified as sudden death.
This statement by Bukit Aman is totally unacceptable and contrary to the findings of the autopsy examination at HUKM.
First, the claim by Bukit Aman that Noorizwan suffered no injuries to his internal organs is false and directly contradicted by the findings of the pathologist.
The pathologist found generalised bleeding in the brain. This is a very serious internal injury which can cause death. There was also bleeding in the intestines. There are autopsy photographs clearly showing these injuries.
The police are well aware of these internal injuries. In the face of this evidence, how can Bukit Aman issue a public statement claiming that there were only external injuries, and no internal injuries?
Second, it is misleading for Bukit Aman to suggest that they still do not know the cause of death, “pending laboratory analysis”.
That Noorizwan was severely beaten is obvious and undeniable from the autopsy. That the cause of death is blunt trauma to the head was also communicated to the police in the presence of the family. These blunt trauma findings cannot be changed by the lab analysis of blood and other samples that is pending.
Why then is Bukit Aman dragging its feet and insinuating to the public that the cause of death is still uncertain? This is entirely unacceptable to the family.
Third, in view of the medical evidence of the severe and horrific beatings suffered by Noorizwan, what is the justification for maintaining it is a sudden death case? On these facts and forensic evidence, the case should have been classified as murder under section 302 of the Penal Code.
Why is Bukit Aman dragging its feet on this? The foul play in this case is incontrovertible.
Fourth, the fact that the case has been referred to the Independent Police Conduct Commission (IPCC) as stated by Commissioner of Police Aida brings no consolation to the family.
Pursuant to section 25(b) of the IPCC Act 2022, the IPCC has no jurisdiction to investigate criminal offences. In other words, the IPCC has no powers to investigate or prosecute Noorizwan’s killers.
Fifth, we are surprised that the Integrity and Standards Compliance Department head is issuing a statement on this matter.
This is not just a police disciplinary matter; this is a murder case. There should be a full criminal investigation into murder led by a special investigation team from Bukit Aman.
After waiting for updates for over three weeks since Noorizwan’s death, this belated statement from Bukit Aman is severely disappointing for the family.
On behalf of the family of Noorizwan Zulkefly, we demand the following:
- That Attorney General Dusuki Mokhtar intervene and direct that Noorizwan’s death be probed under section 302 of the Penal Code as murder
- That the investigation be taken over by a special investigation team from Bukit Aman to be appointed by the inspector general
- That the suspected police personnel be suspended and placed under custody immediately to ensure preservation of evidence
- That the inspector general explain why Bukit Aman claimed there are no internal injuries when the autopsy revealed otherwise
Rania Aljunied is the director of Lawyers for Liberty and a lawyer for the family of Noorizwan Zulkefly. Dina Zamri is a lawyer for the family of Noorizwan Zulkefly.
AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
- Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
- Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
- Raikan kerencaman dan keterangkuman
- Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
- Lawan rasuah dan kronisme











