Home Civil Society Voices Hentikan tuduhan palsu dan gangguan terhadap peguam keluarga Noorizwan

Hentikan tuduhan palsu dan gangguan terhadap peguam keluarga Noorizwan

Jangan alihkan perhatian daripada kes kematian Noorizwan.

Follow us on our Malay and English WhatsApp, Telegram, Instagram, Tiktok and Youtube channels.

Nooranis Zulkefly

Saya merujuk kepada kenyataan pengarah CID Bukit Aman [pada 2 November] bahawa tiga peguam keluarga Noorizwan Zulkefly – iaitu N Surendran, Latheefa Koya dan Dina Zamri – masih disiasat untuk aduan intimidasi dan menghalang penjawat awam terhadap doctor pakar forensik.

Saya, Nooranis Zulkefly, adik kandung Allahyarham Noorizwan, yang mati dalam tahanan polis, ingin memberikan penjelasan berhubung dakwaan yang dibuat oleh pihak polis melalui media, kononnya peguam keluarga kami telah memberikan tekanan kepada doktor pakar forensik.

Saya menafikan dakwaan tersebut berdasarkan apa yang saya sendiri saksikan sepanjang pertemuan berkenaan.

Saya bersama isteri, tiga orang peguam dan dua anggota polis dari Bukit Aman telah hadir sendiri dalam pertemuan bersama doktor pakar forensik tersebut.

Sepanjang pertemuan itu, doktor berkenaan telah menunjukkan serta memberikan penerangan mengenai gambar-gambar bedah siasat Allahyarham secara sukarela.

Tiada sebarang unsur paksaan, ugutan atau tekanan yang saya saksikan daripada peguam keluarga terhadap doktor tersebut.

Malah, pertemuan itu berlangsung dalam suasana yang baik dan profesional. Selepas sesi penerangan selesai, kami turut bersalaman dengan doktor berkenaan serta mengambil gambar bersama.

Justeru, saya ingin bertanya kepada pihak polis: apakah asas dakwaan bahawa peguam keluarga telah memberikan tekanan kepada doktor pakar forensik?

Kami amat kesal apabila dakwaan sedemikian dibuat kepada umum sedangkan terdapat beberapa individu, termasuk dua anggota polis dari Bukit Aman, yang turut hadir dalam pertemuan tersebut.

Kami juga mendesak supaya sebarang gangguan yang tidak wajar terhadap peguam keluarga dihentikan serta-merta.

Persoalan yang lebih besar masih belum terjawab.

Mengapa ketika kes kematian Allahyarham Noorizwan dalam tahanan polis masih belum diselesaikan; peguam yang membantu keluarga mendapatkan keadilan pula menjadi perhatian melalui tuduhan sedemikian?

Kami tidak mahu perhatian terhadap kes kematian Allahyarham dialihkan kepada perkara yang tidak berasas.

Peguam kami mempunyai tanggungjawab profesional untuk mewakili keluarga dan memastikan segala bukti berkaitan kematian Allahyarham diteliti mengikut proses undang-undang.

Kami menuntut agar mereka dapat menjalankan tanggungjawab tersebut tanpa sebarang gangguan atau tekanan yang tidak wajar.

Kami mahu pihak berkuasa memberikan tumpuan sepenuhnya kepada siasatan kematian Allahyarham Noorizwan, memastikan semua bukti dinilai secara telus dan membawa mana-mana individu yang mempunyai bukti mencukupi terhadap mereka ke muka pengadilan.

Keluarga kami tidak akan berhenti menuntut kebenaran dan keadilan.

Jangan alihkan isu. Jangan ganggu peguam kami. Keadilan untuk Noorizwan mesti ditegakkan. [melalui Lawyers for Liberty]

Nooranis Zulkefly ialah adik kandung Allahyarham Noorizwan.

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support our work by making a donation. Tap to download the QR code below and scan this QR code from Gallery by using TnG e-wallet or most banking apps:
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Newest
Oldest Most Voted

Most Read

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x