Profesor Emeritus Rahman Embong membawa kita kembali ke zaman sebelum merdeka, apabila perjuangan politik terbahagi kepada dua aliran: golongan yang menentang penjajah dan enggan bekerjasama, dan golongan yang memilih untuk bekerjasama.
Beliau mengingatkan satu ungkapan lama yang antara paling awal diingati sebagai contoh politik menakutkan, iaitu “hubaya-hubaya, bahaya datang dari gunung”, satu amaran supaya rakyat tidak menyokong golongan tertentu.
Menurut beliau, politik menakut-nakutkan berkait rapat dengan politik kebencian. Caranya mudah: timbulkan rasa tidak aman dan tidak selamat dalam kalangan masyarakat, kemudian tawarkan diri sebagai pelindung.
Dalam politik negara kita, kata beliau, kumpulan-kumpulan tertentu dijadikan sasaran untuk tujuan itu.
Sumber: Selasih Minda / YouTube
AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
- Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
- Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
- Raikan kerencaman dan keterangkuman
- Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
- Lawan rasuah dan kronisme










