Home Coalitions Clean and Fair Elections Dedahkan minit tahanan rumah Najib

Dedahkan minit tahanan rumah Najib

Bersih gesa kerajaan nyahklasifikasi minit mesyuarat lembaga pengampunan.

NAJIB RAZAK / FACEBOOK

Follow us on our Malay and English WhatsApp, Telegram, Instagram, Tiktok and Youtube channels.

Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) merujuk kepada kenyataan Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail di Parlimen bahawa kerajaan akan membuat keputusan sama ada untuk menyahklasifikasikan minit mesyuarat lembaga pengampunan dalam mesyuarat cabinet [pada 13 November], yang membenarkan Najib Razak menjalani baki tempoh hukuman melalui tahanan rumah.

Bersih berpandangan bahawa minit mesyuarat tersebut harus dinyahklasifikasikan dan didedahkan kepada umum, termasuk pandangan bertulis yang diberikan peguam negara kepada lembaga pengampunan.

Rakyat berhak mengetahui asas pertimbangan, proses serta kedudukan sebenar keputusan yang membawa kepada pelaksanaan tahanan rumah terhadap Najib.

Keperluan untuk mendedahkan minit mesyuarat ini menjadi semakin mendesak memandangkan sehingga kini masih belum terdapat kerangka perundangan yang jelas dan menyeluruh berhubung pelaksanaan tahanan rumah bagi seseorang banduan yang telah disabitkan kesalahan.

Kekaburan ini menimbulkan persoalan tentang asas perundangan, bidang kuasa, serta mekanisme pelaksanaan tahanan rumah dalam kes berkenaan.

Negara kini berada pada satu fasa yang kritikal dalam mempertahankan prinsip kedaulatan undang-undang dan keyakinan rakyat terhadap institusi negara.

Layanan keadilan dua darjat, integriti dan maruah negara melawan rasuah semakin dipersoalkan. – Bersih, 12 November

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support our work by making a donation. Tap to download the QR code below and scan this QR code from Gallery by using TnG e-wallet or most banking apps:
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Newest
Oldest Most Voted

Most Read

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x