Home Civil Society Voices Pertahankan sistem raja berperlembagaan, demokrasi berparlimen dan doktrin pengasingan kuasa

Pertahankan sistem raja berperlembagaan, demokrasi berparlimen dan doktrin pengasingan kuasa

Follow us on our Malay and English WhatsApp, Telegram, Instagram, Tiktok and Youtube channels.

Kami, organisasi-organisasi dan individu-individu yang menandatangani kenyataan ini, menyeru semua pemain politik dan pihak berkepentingan mempertahankan sistem raja berperlembagaan, demokrasi berparlimen, serta doktrin pengasingan kuasa dalam harungan persaingan pelbagai parti dan pelaksanaan reformasi institusi.

Kekuatan sistem raja berperlembagaan, sebagaimana yang diteorikan dengan begitu baik oleh pakar perlembagaan British Abad ke-19, Walter Bagehot, adalah dalam pemisahan antara raja – yang berdiri di atas politik (unsur martabat atau dignified) – daripada parlimen dan kerajaan, yang mengendalikan pentadbiran harian negara (unsur berfungsi atau ‘efficient’).

Pemisahan ini melindungi raja daripada diheret ke dalam kancah kontroversi politik, sekali gus membolehkan baginda menyatukan negara yang mungkin berpecah belah dalam politik.

Sifat tidak memihak mana-mana parti ini membolehkan raja menjadi simbol perpaduan yang kepadanya semua pihak boleh menumpahkan taat setia. Pandangan Bagehot ini terbukti benar apabila melihat sistem demokrasi berpresiden memilih pemimpin seperti Donald Trump.

Di Malaysia, para penggubal Perlembagaan Persekutuan bertindak bijak dengan memperuntukkan kuasa budi bicara yang jelas kepada Agong di bawah Perkara 40 bagi perkara-perkara berikut:

  • Pelantikan seorang perdana menteri
  • Memperkenankan atau tidak permintaan bagi pembubaran Parlimen
  • Permintaan mengadakan mesyuarat Majlis Raja-Raja semata-mata berkenaan dengan keistimewaan, kedudukan, kemuliaan dan kebesaran raja-raja, dan apa-apa tindakan pada mesyuarat itu
  • Apa-apa hal lain yang disebutkan dalam Perlembagaan.

Dalam semua perkara lain, walaupun sesuatu kenyataan dikeluarkan atau tindakan diambil atas nama Agong, ia berdasarkan nasihat jemaah menteri. Tujuannya ialah memastikan sebarang kecaman politik – suatu lumrah dalam sistem demokrasi yang menjamin kebebasan bersuara rakyat – dipikul oleh kerajaan yang dipilih rakyat, dan bukan oleh raja yang tidak berpihak, yang peranan utamanya ialah menyatukan rakyat dan bertakhta, tetapi tidak memerintah.

Meskipun mempunyai pelbagai kelemahan, ahli politik yang dipilih rakyat mempunyai satu kelebihan utama berbanding mana-mana institusi yang tidak dipilih rakyat – mereka boleh ditukarkan oleh pengundi secara berkala.

Para menteri mesti mempunyai keberanian moral untuk membuat keputusan yang jelas dan bijaksana supaya tidak timbul persepsi perlunya campur tangan daripada pihak istana. Inilah tunjang utama kestabilan politik dalam sebuah demokrasi berparlimen.

Apabila rakyat tidak berpuas hati, mereka boleh menukar kerajaan tanpa menggugat sistem politik sedia ada.

Memandangkan raja berperlembagaan dan demokrasi berparlimen ibarat isi dengan kuku dalam sistem politik kita, pihak istana dan ahli politik yang dipilih rakyat hendak saling menghormati peranan sah masing-masing serta memelihara sempadan yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Mekanisme semak dan imbang wajib dipelihara sepenuhnya. Kita tidak boleh membiarkan Malaysia menjadi seperti Itali di bawah Mussolini, Sepanyol di bawah Franco, atau Kemboja di bawah Hun Sen, di mana institusi dirajanya dikawal oleh eksekutif.

Selain itu, terdapat institusi bukan dipilih rakyat yang wajib bebas daripada pengaruh badan-badan yang dipilih rakyat, terutamanya pihak eksekutif. Badan kehakiman, pihak pendakwaan, Suruhanjaya Pilihan Raya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Ketua Audit Negara, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia, Bank Negara dan seumpamanya mestilah bebas atau tidak memilih kasih – sama ada untuk menjalankan fungsi semak dan imbang terhadap kerajaan dan Parlimen, atau supaya tidak dikawal atau diperalatkan oleh ahli politik yang dipilih rakyat terhadap pihak lain.

Di samping itu, terdapat institusi bukan dipilih rakyat yang lain seperti jentera pentadbiran, pihak polis dan pihak tentera, yang mana fungsi utamanya adalah membantu kerajaan yang memerintah ketika itu menguatkuasakan undang-undang serta dasar, tertakluk kepada batasan Perlembagaan dan undang-undang. Institusi-institusi ini mestilah dilindungi daripada sebarang tindakan sewenang-wenangnya oleh kerajaan, dan pada masa yang sama, mengelakkan diri daripada diperalatkan oleh kerajaan terhadap pihak lain.

Pengasingan kuasa antara kerajaan yang dipilih rakyat dengan institusi yang bukan dipilih rakyat, sama ada yang bersifat bebas mahupun yang bersifat sokongan, telah terhakis sepanjang lima dekad pemerintahan satu parti (one-party rule). Inilah sebabnya Malaysia amat perlu melengkapkan pelbagai reformasi institusi sebelum pilihan raya umum yang akan datang. Kita perlu memastikan bahawa mana-mana gabungan dan parti yang berkuasa tidak akan menggugat kebebasan atau sifat tidak memilih kasih serta profesionalisme institusi-institusi tidak dipilih ini.

Pemilihan bagi jawatan-jawatan utama tidak wajar diserahkan kepada perdana menteri semata-mata. Fungsi Agong ialah melantik, dan bukan memilih, calon.

Pemilihan calon harus dilakukan melalui proses yang melibatkan input yang bermakna daripada Parlimen, dan pertimbangan terhadap calon mesti telus sambil memelihara privasi serta maruah mereka.

Keputusan akhir harus diserahkan kepada ahli politik yang dipilih rakyat merentas parti politik supaya boleh dipertanggungjawabkan oleh pengundi -dan bukannya membebankan institusi diraja sehingga berisiko mengheret institusi yang mulia ini ke dalam kancah kontroversi politik.

Sudah tentu, reformasi institusi sebegini rupa boleh meresahkan mereka yang berkhidmat dalam institusi yang tidak dipilih ini, seperti Jabatan Peguam Negara, perkhidmatan awam secara amnya, mahupun pihak polis.

Namun, mereka juga pihak berkepentingan yang sah dan pandangan dan kebimbangan mereka wajar didengari, bagi memastikan reformasi institusi tidak membawa kepada kesan yang tidak dijangka (unintended consequences).

Forum terbaik untuk mendengar pandangan dan kebimbangan daripada semua pihak terlibat adalah menerusi jawatankuasa pilihan khas parlimen (parliamentary special select committees) yang ditubuhkan atau ditugaskan untuk mengkaji reformasi tersebut.

Sebagaimana kumpulan masyarakat sivil dan sektor swasta mengemukakan hujah dan pandangan mereka di hadapan jawatankuasa pilihan khas tersebut, kami menyeru para ketua institusi yang berkaitan untuk mengambil langkah yang sama.

Kebimbangan dan pandangan mereka wajar dipertimbangkan, tetapi secara telus dan terbuka, bukan di bilik tertutup.

Disokong oleh 95 organisasi masyarakat sivil, dua parti politik dan 64 individu:

Civil society organisations

  1. Project Stability and Accountability for Malaysia (Projek Sama)
  2. Advocates for Non-Discrimination and Access to Knowledge (Anak) Sabah
  3. Agora Society Malaysia
  4. Aliran
  5. Altsean-Burma
  6. Apa Kata Wanita Orang Asli
  7. Beyond Borders
  8. Cahaya Society
  9. Center for Orang Asli Concerns (COAC)
  10. Center to Combat Corruption and Cronyism (C4 Center)
  11. Centre for Independent Journalism (CIJ)
  12. Citizens Against Enforced Disappearances (Caged)
  13. Citizens International
  14. Coalition for Business Integrity
  15. Demokrat UKM
  16. Duroa Zone B1
  17. Engage (Rakyat in Action)
  18. Federasi Pemuda Kebangsaan (Federasi)
  19. Freedom Film Network (FFN)
  20. G25 Malaysia
  21. Gabungan Bertindak Malaysia (GBM)
  22. Gabungan Darurat Iklim Malaysia
  23. Gerakan Belia Sepunjabi Malaysia (GBSM)
  24. Gerakan Perempuan Melawan
  25. Global Bersih
  26. Greater Equitable Measures (GEM)
  27. Himpunan Advokasi Rakyat Malaysia (Haram)
  28. Iman Research
  29. Initiative to Promote Tolerance and Prevent Violence (Initiate.my)
  30. Jaringan Kg Orang Asli Semenanjung (JKOASM)
  31. Jaringan Rawang Tolak Insinerator
  32. Jom Jelas (JJ)
  33. Kemban Kolektif
  34. Kuala Lumpur and Selangor Chinese Assembly Hall (KLSCAH)
  35. Kuala  Lumpur         and     Selangor        Chinese            Assembly Hall Civil Rights Committee (KLSCAH-CRC)
  36. Lawyer Kamek
  37. Legal Dignity
  38. Liga Mahasiswa Malaysia
  39. Liga Rakyat Demokratik
  40. LLG Cultural Development Centre
  41. Malaysian Youth Diplomacy
  42. Mandiri
  43. Mekar Kami
  44. Monitoring Sustainability of Globalisation (MSN)
  45. Movement for Change, Sarawak (MoCS)
  46. Neo-Siswa Universiti Malaya
  47. New Generation Universiti Malaya (NewGen)
  48. North South Initiative (NSI)
  49. Ohmsi Sdn Bhd
  50. Persatuan Aktivis Sahabat Alam (Kuasa)
  51. Persatuan Kebajikan Sokongan Keluarga Selangor & KL (Association of Family Support & Welfare Selangor & KL) (Family Frontiers)
  52. Persatuan Martabat Untuk Semua Petaling Jaya
  53. Persatuan Pemangkin Daya Masyarakat
  54. Persatuan Promosi Hak Asasi Manusia (Proham)
  55. Persatuan Sahabat Wanita Selangor (PSWS)
  56. Pertiwi Progresif
  57. Pertubuhan Jaringan Kebajikan Komuniti (Jejaka)
  58. Pertubuhan Solidaritas
  59. Pocket of Pink
  60. PurpleLily Social Association Kuching
  61. Pusat Komas
  62. Rasuah Busters
  63. Reproductive Rights Advocacy Alliance Malaysia (RRAAM)
  64. Roots of Borneo
  65. Ruang Lawan Malaysia
  66. Sabah Youth Movement
  67. Sabmoz Inc
  68. Sarawak CSO-SDG Alliance
  69. Save Malaysia Stop Lynas
  70. Save Rivers
  71. Saya Anak Bangsa Malaysia (SABM)
  72. Selangor and Kuala Lumpur Hokkien Association
  73. Sinar Project
  74. SIS Forum (Malaysia)
  75. Siuman Collective
  76. Society for Equality, Respect And Trust for All Sabah (Serata)
  77. SPARC UTeM
  78. Suara Mahasiswa Universiti Malaysia Sabah
  79. Suara Siswa Universiti Malaya
  80. Sustainable Development Network Malaysia (Susden Malaysia)
  81. T2 South Homeowners Berhad
  82. Tenaganita
  83. Teoh Beng Hock Association for Democratic Advancement (TBH-ADA)
  84. The Coalition for Clean and Fair Elections (Bersih)
  85. The Malacca Chinese Education Progressive Association
  86. The OKU Rights Matter Project
  87. The Sarawak Initiative (TSI)
  88. The United Chinese School Committee’s Association of Selangor and Wilayah Persekutuan KL
  89. Tiada.Guru
  90. Transparency International Malaysia (TI-M)
  91. Union of Employees in Trade Unions
  92. United Chinese School Committees Association of Malaysia (Dong Zong)
  93. University of Malaya Association of New Youth (Umany)
  94. Women’s Aid Organisation (WAO)
  95. Workers Unmuted

Political parties

  1. Parti Bersama Malaysia (Bersama)
  2. Parti Sosialis Malaysia (PSM)

Individuals

  1. A Kadir Jasin, National Journalism Laureate
  2. Ain Husniza, activist
  3. Amir Fiqri, chief of staff for Muar MP
  4. Amira Aisya Abd Aziz, president, Muda
  5. Andrew Khoo, advocate and solicitor
  6. Associate Professor Azmil Tayeb, political scientist)
  7. Associate Professor Dr Syaza Shukri, associate professor, International Islamic University Malaysia
  8. Azira Aziz, lawyer
  9. Brendon Gan, chairman, Himpunan Advokasi Rakyat Malaysia (Haram)
  10. Charles Santiago, former Klang MP
  11. Chew Chong Sin, former state assembly member for Mengkibol
  12. Chong Lee Yong, science graduate
  13. Datin Fazar Arif, social activist
  14. Datuk Teng Chang Khim, former speaker; former Selangor executive council member
  15. Dato’ Ong Bee Leng, gender equality advocate,
  16. Dennis Ignatius, former ambassador
  17. Dr Chua May Wah, retiree
  18. Dr Francis Loh Kok Wah, former president, Aliran
  19. Dr Kua Kia Soong, former MP; former director, Suaram
  20. Dr Mohd Faizal Musa, visiting senior fellow, regional social and cultural studies programme, Iseas-Yusof Ishak Institute, Singapore
  21. Dr S Munirah Alatas, scholar, author, researcher
  22. Dr Subramaniam Pillay, retired professor
  23. Firdaus Husni, activist
  24. George Paul Raj, retiree
  25. Gloria Jane Edmund, science communicator and advocate
  26. Ho Yock Lin, immediate past president, All Women Action Society (Awam)
  27. Huda Ramli, researcher
  28. Iqbal Fatkhi, editor-in-chief, Cilisos Media
  29. Ivy N Josiah, women’s rights advocate
  30. Jerald Joseph, former commissioner, Suhakam
  31. Jonah Kuek Joo Hong, auditor
  32. Karen Cheah, former president, Malaysian Bar
  33. Karen Lai, activist
  34. Kennedy John Michael Anbumani, community builder
  35. Lee Chean Chung, former Petaling Jaya MP
  36. Lee Kok Hwee, education and nation builder
  37. Mahi Ramakrishnan, consultant, forced migration
  38. Masjaliza Hamza, human rights activist
  39. Muhammad Ajwad Khairul Azli, Komrad Liga Mahasiswa
  40. Muhammad Ariff Mohamad Nizam, social activist
  41. Ngeow Chow Ying, lawyer
  42. Professor Terence Gomez, emeritus professor, University of Malaya
  43. Professor Wong Chin Huat, political scientist
  44. Professor Zaharom Nain, academic
  45. Ramakrishnan, retiree
  46. Rizuan Tempek, member, Semai Orang Asli community, Kampung Chang Lama, Bidor, Perak
  47. Robert Nicholas Hii, former chair, CSO Platform for Reform
  48. S Arutchelvan, deputy chairperson, Parti Sosialis Malaysia (PSM)
  49. Salim Bashir, past president, Malaysian Bar
  50. Salina Hussein, homemaker
  51. Sevan Doraisamy, activist
  52. Siti Kasim, lawyer
  53. Sivamalar Genapathy, activist lawyer
  54. Sivarajan Arumugam, central committee member, PSM
  55. Sivarasa Rasiah, former MP (2008-2022)
  56. Sofi Hazim, auditor
  57. Syed Mohd Taufik Abu Bakar Al-Attas, BU Infra environmentalist rep, Saujana-Infra Bandar Utama; former chairman, Bura
  58. Thomas Fann, social activist
  59. Tijah Yok Chopil, Orang Asli activist
  60. Wong Chen, former Subang MP
  61. Xavier Sim Yoon Han, Sarawakian healthcare worker
  62. Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau, Tuaran MP
  63. Hassan Karim, Pasir Gudang MP
  64. Pang Hok Liong, Labis MP
The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support our work by making a donation. Tap to download the QR code below and scan this QR code from Gallery by using TnG e-wallet or most banking apps:
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Newest
Oldest Most Voted

Most Read

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x