Home Media statements Selepas keputusan genosid ICJ terhadap Myanmar, Malaysia mesti bertindak

Selepas keputusan genosid ICJ terhadap Myanmar, Malaysia mesti bertindak

Malaysia kini mesti memastikan layanan berperikemanusiaan dan perlindungan terhadap etnik Rohingya serta semua pelarian lain.

The Peace Palace in The Hague, Netherlands, seat of the ICJ - BEN BENDER/WIKIPEDIA

Follow us on our Malay and English WhatsApp, Telegram, Instagram, Tiktok and Youtube channels.

Aliran menyambut baik keputusan bersejarah Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) pada 19 November. Mahkamah itu mendapati Myanmar bertanggungjawab atas genosid terhadap etnik Rohingya semasa “operasi pembersihan” tentera pada 2017 di negeri Rakhine.

Kami memuji keberanian kerajaan Gambia kerana membawa Myanmar ke ICJ pada 2019.

Sebagai maklum balas, Kementerian Luar Negeri Malaysia menyatakan bahawa Malaysia menghormati keputusan ICJ. Kementerian itu menegaskan semula komitmen Malaysia untuk menegakkan undang-undang antarabangsa, termasuk tanggungjawabnya sebagai negara pihak kepada Konvensyen Genosid.

Kementerian itu menambah bahawa dapatan ICJ selaras dengan pendirian Malaysia dalam melindungi semua kumpulan yang terdedah kepada bahaya. Menurutnya, kerajaan akan berunding dengan semua pihak berkaitan “untuk melaksanakan langkah-langkah konkrit bagi meringankan penderitaan etnik Rohingya yang berlindung di dalam wilayahnya”.

Memandangkan pendirian ini, kerajaan Malaysia kini mesti bertindak berdasarkan komitmennya.

Pada masa ini, etnik Rohingya, seperti semua pelarian dan pencari suaka di Malaysia, tidak mempunyai status undang-undang. Mereka tidak boleh bekerja secara sah, dan anak-anak mereka tidak boleh mendapat akses kepada pendidikan arus perdana.

Mereka juga hanya mempunyai sedikit perlindungan, atau tiada langsung, daripada gangguan harian, pemerasan, penangkapan dan penahanan.

Oleh itu, kerajaan mesti:

  • Memberikan sejenis status undang-undang yang melindungi semua pelarian di sisi undang-undang, dan membolehkan mereka bekerja. Langkah ini akan membolehkan pelarian menyara keluarga serta mendapat akses yang lebih baik kepada perumahan, penjagaan kesihatan dan pendidikan.
  • Menggantung dengan serta-merta semua penghantaran pulang pencari suaka dan pelarian ke Myanmar sehingga keselamatan, hak dan akses mereka kepada perlindungan yang berkesan dapat dijamin.
  • Mendakwa sesiapa yang menyebarkan ucapan kebencian dan melakukan perbuatan yang didorong oleh kebencian.
  • Menghalang ahli politik daripada menggunakan pelarian sebagai pengalih perhatian daripada isu nasional seperti rasuah dan tadbir urus yang lemah.
  • Menganjurkan dialog antara komuniti tempatan dengan pelarian untuk menangani ketegangan setempat.
  • Membenarkan agensi pelarian PBB (UNHCR) menyambung semula pendaftaran pelarian dan mendapat akses ke pusat tahanan imigresen. Perkara ini harus diteruskan sementara kerajaan menyusun semula ‘dokumen pendaftaran pelarian’ (DPP) dengan cara yang selaras dengan komitmen yang dinyatakannya untuk menegakkan undang-undang antarabangsa.
READ MORE:  Api kebencian terhadap Rohingya semakin marak / Hatred against the Rohingya is escalating

Kerajaan Malaysia mesti menekan Myanmar supaya mematuhi keputusan ICJ mengenai pemulangan pelarian sebelum sebarang penghantaran pulang disambung semula.

Myanmar perlu menjamin pemulangan pelarian yang selamat, sukarela dan bermaruah ke tempat kediaman mereka di negeri Rakhine, dengan pemulihan harta benda serta pemulihan fizikal dan mental, seperti yang diperintahkan oleh mahkamah.

Sehingga syarat-syarat ini dipenuhi dan disahkan, Malaysia mesti menegakkan prinsip non-refoulement (tidak menghantar pulang orang ke tempat yang berbahaya), yang merupakan sebahagian daripada undang-undang antarabangsa kebiasaan. Malaysia mesti melindungi semua pelarian Rohingya di dalam sempadannya daripada dipaksa pulang ke keadaan yang berbahaya.

Jawatankuasa eksekutif Aliran
24 November 2026

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support our work by making a donation. Tap to download the QR code below and scan this QR code from Gallery by using TnG e-wallet or most banking apps:
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Newest
Oldest Most Voted

Most Read

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x