Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham SN Abdul Samad Muhammad Said, atau lebih mesra dengan panggilan A Samad Said atau Pak Samad Said.
Pak Samad pernah menjadi pengerusi bersama Bersih sesi 2012-13 ketika mobilisasi demonstrasi Bersih 3.0.
Pak Samad terkenal dengan puisi-puisi beliau, dan ada diantaranya beliau tukangi semasa siri-siri demonstrasi aman rakyat seperti Unggun Bersih, Janji Demokrasi dan Di Atas Padang Sejarah.
Puisi-puisi Pak Samad telah berjaya meniupkan semangat rakyat untuk memperjuangkan keadilan sosial dan menggunakan hak demokrasi mereka ketika penguasa menekan rakyat yang hanya menggunakan suara dan pena mereka sebagai senjata.
Pemergian Pak Samad adalah kehilangan yang besar buat negara, dan selepas usia Bersih berganjak ke 20 tahun. Sebutir lagi permata negara telah sirna. Semoga bertemu damai di sana, Pak Samad. – Bersih
AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
- Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
- Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
- Raikan kerencaman dan keterangkuman
- Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
- Lawan rasuah dan kronisme











