
Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) mengambil maklum pengumuman oleh Ketua Menteri Sarawak Adenan Satem bahawa Dewan Undangan Negeri Sarawak akan dibubarkan.
Ini turut bermakna bahawa pilihan raya negeri Sarawak akan berlangsung dalam masa terdekat.
Berikutan ini, Bersih 2.0 ingin mengumumkan bahawa Bersih 2.0 dan NGO-NGO tempatan Sarawak telah berganding bahu untuk menubuhkan pasukan Pemantau Sarawak yang akan memantau pilihan raya Sarawak yang bakal berlangsung ini.
Pemantauan pilihan raya merupakan salah satu usaha penting untuk memastikan pilihan raya Sarawak berlangsung dengan bersih dah adil.
Melalui pemantauan, rakyat menjadi saksi untuk mencegah dan melaporkan penipuan atau kesalahan pilihan raya seperti rasuah, penyalahgunaan kuasa, dan gangguan terhadap proses pilihan raya. Laporan dan bukti yang diterima juga penting untuk tujuan tindakan mahkamah dan petisyen pilihan raya jika perlu.
- Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or both
- Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB a/c 8004240948
- Make a pledge or schedule an auto donation to Aliran every month or every quarter
- Become an Aliran member
Proses pemantauan pilihan raya turut diiktiraf di peringkat antarabangsa sebagai sebuah proses penting yang menyumbang kepada pilihan raya yang lebih berintegriti, meningkatkan akauntabiliti, dan mengembangkan demokrasi.
Bersih 2.0 dan Pemantau Sarawak telah mengenalpasti lima kawasan Dun yang akan dipantau. Kawasan-kawasan tersebut dipilih kerana merupakan kerusi yang marginal dan berisiko tinggi untuk berlakunya salahlaku pilihan raya. Lima kawasan Dun yang akan dipantau ialah:
- N02 Tasik Biru (Bau/Tondong/Serikin)
- N13 Batu Kitang (Kuching/Arang/Kitang)
- N53 Bawang Assan (Sibu/Rassau)
- N75 Senadin (Miri/Kuala Baram/Riam)
- N77 Telang Usan (Long Lama/Long San/Miri)
Kerja-kerja persiapan telah berlangsung sejak bulan Januari. Setakat ini, Bersih 2.0 dan Pemantau Sarawak telah melatih lebih daripada 50 pemantau di Sarawak.
Kami menyeru kepada rakyat Sarawak, khasnya mereka yang menetap di lima kawasan Dun di atas, supaya menyertai pasukan Pemantau Sarawak.
Untuk menyertai pasukan Pemantau Sarawak, mereka yang berminat boleh mendaftar di laman Bersih atau menhubungi pejabat Bersih 2.0 di talian 03-79314444/019-4380428 atau [email protected]
Marilah bersama-sama berusaha memastikan pilihan raya Sarawak bersih dan adil!
Bersih 2.0 dan jawatankuasa Pemantau Sarawak
AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
- Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
- Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
- Raikan kerencaman dan keterangkuman
- Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
- Lawan rasuah dan kronisme
