
[ENGLISH VERSION BELOW] Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) mengalu-alukan pembentukan 10 buah jawatankuasa pilihan khas parlimen (JPKP) yang baharu diluluskan di Dewan Rakyat.
Setiap jawatankuasa ini akan mempunyai sembilan ahli parlimen di dalamnya termasuk pengerusi. Sepuluh jawatankuasa tersebut adalah:
- Kewangan dan ekonomi
- Keselamatan
- Kesihatan
- Perdagangan dalam negeri, keusahawanan dan kos sara hidup
- Infrastruktur, pengangkutan dan komunikasi
- Pembinaan negara bangsa, pendidikan dan pembangunan sumber manusia
- Wanita, kanak-kanak dan pembangunan masyarakat
- Alam sekitar, sains dan pertanian
- Perhubungan antarabangsa dan perdagangan antarabangsa
- Hak asasi manusia, pilihan raya dan reformasi institusi.
Bersih mengalu-alukan pembentukan Jawatankuasa Pilihan Khas bagi Hak Asasi Manusia, Pilihan Raya dan Reformasi Insitusi. Sebelum ini kami menggesa agar satu jawatankuasa tetap parlimen bagi pilihan raya dan demokrasi berbilang parti secara berasingan ditubuhkan, namun demikian jawatankuasa pilihan khas parlimen yang dibentuk untuk mengawasi isu-isu hak asasi, pilihan raya dan reformasi institusi tetap merupakan satu perkara yang positif.
Walau bagaimanapun, Bersih berpandangan bahawa pembentukan 10 jawatankuasa pilihan khas parlimen dengan komposisi sembilan orang ahli setiap jawatankuasa itu masih tidak mencukupi untuk melibatkan ahli-ahli parlimen backbencher kerajaan dan pembangkang.
Sekiranya Parlimen ingin mengekalkan 10 jawatankuasa ini dengan komposisi sekarang, sebanyak 67 orang ahli parlimen tidak akan berada di dalam mana-mana jawatankuasa sekali gus menafikan peranan mereka sebagai pembuat dasar di peringkat jawatankuasa atau Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (setelah mengecualikan empat jawatankuasa tetap lain yang menjaga hal-ehwal dalaman Dewan Rakyat).
- Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or both
- Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB a/c 8004240948
- Make a pledge or schedule an auto donation to Aliran every month or every quarter
- Become an Aliran member
Jika 10 jawatankuasa ini ingin dikekalkan, adalah lebih baik komposisi di dalam setiap jawatankuasa ditambah sehingga maksimum 16 orang ahli parlimen. Alternatifnya, Parlimen boleh menubuhkan lebih banyak jawatankuasa pilihan khas parlimen dengan memecahkan beberapa jawatankuasa bagi mengurangkan kementerian yang akan dipantau serta lebih berfokus.
Bersih berharap Perdana Menteri Anwar Ibrahim dapat memberikan penjelasan mengapa hanya 10 jawatankuasa pilihan khas parlimen yang ditubuhkan dan mengapa komposisi jawatankuasa ini tidak dimaksimumkan agar semua ahli parlimen persendirian dapat berada di sekurang-kurangnya satu jawatankuasa.
Bersih juga berharap pengerusi dan ahli-ahli yang akan berada di dalam jawatankuasa pilihan khas parlimen akan diumumkan segera dan mencadangkan agar sebaiknya ahli pembangkang dilantik menjadi pengerusi untuk jawatankuasa ini. Komposisi di dalam jawatankuasa juga perlulah seimbang dan mencerminkan komposisi ahli-ahli parlimen di dalam Dewan Rakyat. – Bersih
English version
Bersih welcomes establishment of special select committees even if does not involve all MPs
The Coalition for Clean and Fair Elections (Bersih) welcomes the formation of 10 parliamentary special select committees that were approved in the House of Representatives.
Each special select committee will comprise nine MPs including the chairman. The 10 committees are:
- Finance and economy
- Security
- Health
- Domestic trade, entrepreneurship, cost of living and agriculture
- Infrastructure, transport and communications
- Nation-building, ethnicity, education and human resources development
- Women, family and community development
- Environment, science and plantations
- International relations and international trade
- Human rights, elections and institutional reform
Bersih welcomes the formation of the parliamentary Special Select Committee on Human Rights, Elections and Institutional Reform. Although we previously called for the establishment of a separate standing committee on elections and multi-party democracy, the formation of this special select committee is still a positive outcome.
However, Bersih is of the view that the formation of the 10 special select committees, each comprising nine members, is insufficient to involve all government backbenchers and opposition MPs. If the Parliament wants to maintain this, as many as 67 MPs will not be in any committee, thus undermining their role as national policymakers at the special select committee and Public Accounts Committee level (excluding the other four standing committees that look after the internal affairs of the House).
If these 10 special select committees are to be maintained, it would be better to increase the composition of each committee to a maximum of 16 MPs. Alternatively, Parliament can establish more special select committees by breaking some up to reduce the ministries to be monitored by each committee and creating more focused committees.
Bersih hopes Prime Minister Anwar Ibrahim can provide an explanation as to why only 10 parliamentary special select committees were established and why the compositions were not maximised to enable all private MPs to be involved in at least one commitee.
Bersih also hopes the chairpersons and committee members can be announced soon and we suggest as far as possible that opposition MPs be appointed as the chairpersons. The composition of the special select committees also needs to be balanced and reflect the composition of MPs in the House. – Bersih
AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
- Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
- Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
- Raikan kerencaman dan keterangkuman
- Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
- Lawan rasuah dan kronisme
