Home Civil Society Voices Hentikan politiking, tumpukan usaha pulihkan negara

Hentikan politiking, tumpukan usaha pulihkan negara

Putrajaya

Follow us on our Malay and English WhatsApp, Telegram, Instagram, Tiktok and Youtube channels.

Pertubuhan Ikram Malaysia mengikuti dengan penuh prihatin perkembangan politik mutakhir berhubung ura-ura ada pihak berhasrat untuk menjatuhkan kerajaan persekutuan.

Ikram menggesa semua pihak agar menghentikan politiking yang menggugat kestabilan politik dan merencatkan usaha untuk memulihkan negara pasca-pandemik Covid.

Ketidakstabilan politik pasca-pilihan raya umum 2022 tidak boleh diulang kerana mudaratnya yang menjejaskan kesejahteraan rakyat dan membantutkan usaha pembangunan negara.

Pasca pilihan raya umum lalu, semua ahli politik di pihak kerajaan mahupun pembangkang seharusnya berperanan untuk menjaga kebajikan rakyat dan mengeluarkan negara daripada pelbagai kemelut yang melanda.

Ahli-ahli politik perlu membuktikan komitmen mereka untuk menyantuni rakyat dan seterusnya mengembalikan kepercayaan rakyat kepada sistem demokrasi di negara ini.

Dalam masa terdekat, semua pihak hendaklah memberi fokus untuk memulihkan negara dari semua sudut melalui kecekapan penyampaian perkhidmatan, daya saing, kesejahteraan sosial, perpaduan, kesihatan, pendidikan, kebajikan, alam sekitar dan sebagainya.

Kerajaan persekutuan pula perlu melaksanakan perubahan yang telah dijanjikan, memperbetulkan kesilapan dan membuktikan prestasi melalui hasil yang cemerlang.

Ikram menyeru semua pihak untuk mendukung usaha-usaha kerajaan dalam menyantuni kebajikan rakyat serta memacu kemajuan, kestabilan dan kemakmuran negara.

Sebagai rakan strategik dalam membangunkan negara, Ikram komited untuk bekerjasama dengan semua pihak dalam usaha untuk memulihkan dan seterusnya membawa negara ke tahap yang lebih baik. – Ikram

Badlishah Sham Baharin ialah presiden Pertubuhan Ikram Malaysia

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support our work by making a donation. Tap to download the QR code below and scan this QR code from Gallery by using TnG e-wallet or most banking apps:
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x