
Oleh Raveen Jeyakumar
Pada masa kini, masih terdapat beberapa negeri yang belum mengguna pakai Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007.
Akta ini mewajibkan pengasingan sisa di peringkat awal, dengan setiap isi rumah serta pemilik perniagaan mengasingkan sisa mereka ke dalam dua kumpulan, iaitu ‘kitar semula’ dan ‘baki’ di premis masing-masing.
Sisa kitar semula termasuk kertas, plastik, kaca, tin aluminium, besi, logam, sisa elektronik dan sisa tekstil.
Sisa baki termasuk sisa makanan dan kotoran.
- Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or both
- Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB a/c 8004240948
- Make a pledge or schedule an auto donation to Aliran every month or every quarter
- Become an Aliran member
Negeri-negeri yang tinggal tersebut harus mengguna pakai akta ini secepat mungkin kerana ia adalah penting bagi penjagaan kesihatan awam serta alam sekitar dalam negara.
Kesan-kesan negatif ketiadaan sistem pengasingan sisa pepejal di peringkat awal:
- Kemerosotan kesihatan awam daripada pendedahan terhadap sisa yang toksik dan yang tidak dapat diuraikan (non-biodegradable) yang boleh menyebabkan penyakit seperti kerengsaan kulit dan isu pertumbuhan
- Pencemaran sumber air disebabkan lelehan sisa dari tapak pelupusan ke dalam sungai-sungai berhampiran. Ini menjejaskan ekosistem dan mengancam kehidupan akuatik sumber air tersebut. Penduduk setempat yang bergantung kepada sumber air tersebut pula akan terdedah kepada pelbagai penyakit berbahaya
- Pencemaran udara disebabkan amalan pengurusan sisa yang memudaratkan seperti pembakaran terbuka yang melepaskan gas-gas rumah hijau seperti karbon dioksida dan karbon monoksida
- Pencemaran tanah disebabkan lelehan bahan kimia daripada sisa toksik ke dalam tanah yang merosotkan kesuburan tanah tersebut
- Kekangan tapak pelupusan kerana tapak-tapak pelupusan yang sedia ada tidak mampu menampung jumlah sisa pepejal yang semakin meningkat
Kepentingan suatu sistem pengasingan sisa pepejal di peringkat awal:
- Mengurangkan jumlah sisa yang dihantar ke tapak pelupusan
- Mengelakkan pembuangan bahan yang boleh dikitar semula, lalu meningkatkan kadar pengitaran semula
- Menambahbaik kesihatan awam
- Pengurangan jumlah sisa yang toksik dan yang tidak dapat diuraikan serta memastikan pengurusan sisa tersebut secara lebih selamat dan efektif
- Pengasingan bekas-bekas yang boleh dikitar semula akan mengelakkan isu takungan air dalam bekas tersebut yang boleh menjadi tempat pembiakan nyamuk yang berjangkit
- Mengurangkan pencemaran dan kemerosotan alam sekitar
- Proses waste to energy (sisa ke tenaga) dapat diimplementasikan di seluruh negara, di mana tenaga dipulihkan daripada bahan sisa yang tidak boleh dikitar semula dengan menukarkannya kepada haba, tenaga elektrik atau bahan api yang dapat digunakan
- Penggunaan semula sisa organik bagi tujuan pengkomposan dan pembajaan
- Melindungi kesihatan pekerja yang mengendalikan sisa tersebut secara langsung
Sistem pengasingan sisa pepejal di peringkat awal adalah penting bagi penjagaan kesihatan awam serta alam sekitar dalam negara.
Oleh itu, kerajaan persekutuan harus mendesak negeri-negeri yang tinggal tersebut yang belum lagi untuk mengguna pakai Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam secepat mungkin supaya sistem pengasingan sisa pepejal di peringkat awal dapat diimplementasikan di seluruh negara.
Raveen Jeyakumar, seorang sukarelawan Aliran yang berumur 29 dan bermastautin di Ipoh, berminat dengan isu sosial dan alam sekitar
AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
- Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
- Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
- Raikan kerencaman dan keterangkuman
- Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
- Lawan rasuah dan kronisme
