
[ENGLISH VERSION BELOW] Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) menggesa Perdana Menteri Anwar Ibrahim untuk menjanjikan proses yang telus, terbuka dan berakauntabiliti bagi pencalonan ahli Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), yang mungkin boleh dibantu oleh Jawatankuasa Pilihan Khas parlimen Hak Asasi Manusia, Pilihan Raya dan Reformasi Institusi.
Walaupun secara perlembagaannya dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong, pengerusi SPR dan ahli-ahlinya adalah dipilih oleh perdana menteri yang mencalonkan mereka. Terdapat kekosongan ahli daripada Sabah pada November tahun lepas dan satu lagi kekosongan pada Disember tahun lepas.
Bersih ingin menyorot bahawa selaku penjaga proses pilihan raya, SPR adalah badan berperlembagaan yang terpenting tetapi untuk masa-masa selepas tahun 1967, mereka tidak menunjukkan tahap kebebasan, keadilan dan integriti yang diharapkan.
Satu isu fundamental adalah isu pelantikan pesuruhjaya daripada penjawat awam kanan yang telah pencen – dan semuanya lelaki sehingga 2018 – yang lebih terbiasa untuk menerima arahan daripada ahli politik berbanding berdiri dengan tuntutan sendiri. Sehingga 2018 SPR telah mempunyai ahli dengan kelayakan berkaitan pilihan raya yang dilantik daripada ahli akademik dan anggota masyarakat sivil.
Perdana Menteri Anwar perlu mengambil peluang ini untuk menunjukkan iltizam beliau bagi memperkukuhkan keupayaan dan kredibiliti SPR dengan melibatkan jawatankuasa pilihan khas parlimen dalam pelantikan ahli daripada Sabah. Jawatankuasa tersebut dijangka akan memilih pengerusi mereka dan memulakan tugas dalam mesyuarat parlimen kali ini (22 Mei – 15 Jun).
- Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or both
- Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB a/c 8004240948
- Make a pledge or schedule an auto donation to Aliran every month or every quarter
- Become an Aliran member
Terdapat tiga manfaat besar yang akan diperolehi:
- meningkatkan ketelusan dalam proses pelantikan jawatan penting
- keyakinan dan keabsahan yang lebih jitu terhadap SPR
- peranan yang lebih bermakna oleh Parlimen bagi memeriksa pelantikan jawatan penting, sebagaimana amalan demokrasi yang lebih matang di mana dewan perundangan boleh memeriksa, meneliti dan mengundi bagi jawatan-jawatan penting.
Bersih mengucapkan tahniah kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Hak Asasi Manusia, Pilihan Raya dan Reformasi Institusi atas penubuhannya dan mengharapkan peranan yang lebih telus dalam proses pelantikan dengan membawa pemantauan Parlimen mengenai perkara tersebut.
Bersih telah menjalankan kajian terhadap penambahbaikan SPR dan sentiasa bersedia untuk bertemu dengan PM, jawatankuasa pilihan khas ini dan SPR untuk bagaimana menjadikan proses pelantikan yang lebih telus, terbuka dan berakauntabiliti dibuat bagi membina kepercayaan takyat terhadap SPR dan proses pilihan raya.
Bersih juga mengalu-alukan pelantikan Dr Lee Bee Phang sebagai ahli SPR, selepas tugas yang cemerlang di dalam Polis Diraja Malaysia dan mendapat ijazah doktor falsafah daripada Universiti Malaya dalam bidang ‘jenayah juvana’ pada tahun 2010. Beliau telah dilantik bagi mengisi kekosongan pada Disember tahun lalu. – Bersih
English version
PM must involve special select committee on elections in appointment of Sabah member of Election Commission
The Coalition for Clean and Fair Elections (Bersih) urges Prime Minister Anwar Ibrahim to promise a transparent, participative and accountable process for the nomination of the Election Commission member for Sabah, which may be facilitated by the parliamentary Special Select Committee on Human Rights, Elections and Institutional Reforms.
While constitutionally appointed by Yang di-Pertuan Agong, the Election Commission chairperson and members are chosen by the prime minister, who nominates them. The vacancy for the Sabah member occurred last November while another vacancy occurred last December.
Bersih points out that as guardian of the electoral process, the Election Commission is one of the most important constitutional bodies but for most part of time after 1967, it had not demonstrated the expected independence, impartiality and integrity.
One fundamental issue is the appointment of commissioners from amongst retired senior civil servants – all male until 2018 – who are more accustomed to taking orders from politicians than standing up to their pressure. Only in 2018, the Election Commission has had members with election or law-related qualifications appointed from academia and civil society
Prime Minister Anwar should seize the opportunity to show his commitment to enhancing the capability and credibility of the Election Commission by involving the special select committee in the appointment of the Sabah member. The new special select committee is expected to elect its chair and commence work in this parliamentary sitting (22 May – 15 June).
Doing so will have three major benefits:
- increased transparency in a major appointment process
- greater legitimacy and public trust in the Election Commission
- a meaningful role for Parliament to vet major appointments, akin to many developed democracies where their legislative assembly gets to vet, scrutinise and vote on major appointments.
Bersih congratulates the Special Select Committee on Human Rights, Elections and Institutional Reforms on its formation and wishes for a more transparent role in the appointment process by bringing parliamentary oversight on the matter.
Bersih has conducted research on Election Commission reforms and is ever ready to meet with the PM, the special select commmittee and the commission on how the appointments process may be made transparent, participative and accountable to build public trust towards the commission and the election process.
Bersih also welcomes Dr Lee Bee Phang’s appointment as a member of the Election Commission, after a distinguished career at the Royal Malaysian Police. She obtained her PhD in the field of ‘juvenile crime’ in 2010 from the University of Malaya. She filled the vacancy which occurred last December. – Bersih
AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
- Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
- Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
- Raikan kerencaman dan keterangkuman
- Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
- Lawan rasuah dan kronisme
