Home Aliran CSI Agenda Rakyat/People’s Agenda: Tuntut semula negara kita! Reclaim our nation!

Agenda Rakyat/People’s Agenda: Tuntut semula negara kita! Reclaim our nation!

Rakyat dahulu, demokrasi sekarang; People first, democracy now

Join us on Telegram and Instagram for the latest.

If you belong to an NGO that would like to endorse the People’s Agenda, get them to fill up the online endorsement form.

[ENGLISH VERSION BELOW] Ketika kita menuju ke pilihan raya umum, ramai di antara kita yang merasa kecewa dengan keadaan negara kini. Kita menyampah dengan rasuah, ketidakcekapan serta pentadbiran yang pincang.

Namun ini bukan masanya untuk tidak peduli. Bahkan, inilah waktunya untuk berjuang demi negara.

Pilihan raya umum ini penting: ia akan membuka peluang bagi rakyat biasa untuk mendesak apa yang penting untuk negara serta apa yang diperlukan untuk perubahan berlaku pada saatnya kita bangkit dari pandemik Covid.

Namun, kita tidak boleh berharap hanya kepada barisan ahli politik yang sedia ada untuk membawa perubahan.

Badan sivil juga berganding bahu sebagai sebahagian dari usaha untuk menuntut agenda rakyat bagi pilihan raya umum. Inilah ruang bagi reformasi dan perubahan dalam negara.

Rakyat Malaysia pernah berganding bahu dahulu dan, setelah mengatasi segala cabaran, berjaya mencapai apa yang disangka tidak mungkin pada tahun 2018. Ya, ia tidak berkekalan, namun ia menunjukkan rakyatlah pemacu sebenar perubahan. Kita pernah melakukannya dahulu, kita boleh melakukannya sekali lagi.

Jika rakyat Malaysia berfikir seiring dengan isu penting yang ada pada hari ini, berbanding dengan pemikiran sempit perkauman dan keagamaan, kita pastinya dapat bersama untuk mendesak sebuah kerajaan yang lebih bertanggungjawab serta adil bagi menuntut semula negara kita!

Kami menggariskan lima perkara ini sebagai tunjang Agenda Rakyat:

1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat

  • Bangunkan sebuah ekonomi mesra rakyat yang membuka peluang pekerjaan serta bermaruah kepada semua
  • Pastikan sistem kesihatan awam yang mencukupi serta perumahan mampu milik, sistem pendidikan yang berkualiti kepada semua, keselamatan sumber makanan, upah hidup (living wage) dan pendapatan asas sejagat (universal basic income) serta jaringan keselamatan sosial kepada golongan yang terjejas
  • Lindungi hak pekerja, termasuk para pekerja kontrak dan gig, sama ada di dalam ekonomi formal atau tidak, serta pastikan jaminan kerja (employment security)

2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar

  • Pastikan pembangunan yang lestari serta menggalakkan keadilan ekonomi
  • Galakkan penggunaan tenaga boleh diperbaharui dan mobiliti lestari, serta lindungi alam sekitar, terutamanya hutan, gunung dan tempat tadahan air
  • Batalkan projek mega yang tidak lestari, hentikan pembangunan tidak mampan, bina kemampuan untuk kebingkasan iklim dalam berdepan banjir, kekurangan air serta peningkatan paras laut
READ MORE:  Pilihan raya Itali dimenangi neo-fasis: Pandangan saya sebagai warga Itali

3. Raikan kerencaman dan keterangkuman

  • Perakui, hormati serta masukkan kerencaman agama, etnik dan gender di dalam perancangan, pembangunan serta pembuatan dasar
  • Hentikan segala bentuk diskriminasi berasaskan gender, kewarganegaraan, etnik, agama, umur, keupayaan serta lokasi
  • Lindungi hak semua Orang Asal terhadap tanah dan kehidupan mereka

4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang

  • Pastikan semua perundangan melindungi hak asasi manusia, proses sewajarnya (due process) serta kebebasan asas
  • Baik pulihkan institusi pentadbiran yang penting bagi memastikan kawal imbang

5. Lawan rasuah dan kronisme

  • Pastikan tiada tolak ansur terhadap rasuah dan kronisme di semua peringkat
  • Baik pulihkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia untuk menjadi bebas, serta letakkannya di bawah pemantauan parlimen

Kami menyeru semua rakyat Malaysia untuk mengundi calon dan parti yang menunjukkan komitmen kepada lima perkara ini.

Kami menyeru agar semua parti politik dan calonnya untuk meletakkan rakyat dan negara dahulu. Mereka perlu bekerja bersama di dalam sebuah gabungan berdasarkan lima perkara ini serta mengelakkan pertembungan kerusi pelbagai penjuru.

Ayuh, selamatkan masa hadapan kita!

Anjuran:

Aliran Kesedaran Negara (Aliran)
Pacos Trust, Sabah
Pergerakan Tenaga Akademik Malaysia (Gerak)
Save Rivers, Sarawak
Suara Rakyat Malaysia (Suaram)
Undi18


English version

Reclaim our nation: People first, democracy now

As we move towards the general election, many of us may be feeling disheartened at the state of the nation. We are fed up with corruption, incompetency and poor leadership.

But now is not the time to disengage. More than ever, it is time to fight for the country’s survival.

This general election is important: it will be a chance for ordinary people to push for what is important for the country and what needs to change as we emerge from the Covid pandemic.

READ MORE:  Election 2022: Want to become a polling or counting agent?

But we can’t leave it all to the present crop of politicians to bring about change. Public interest and civil society groups are coming together as part of an initiative to set a people’s agenda for the general election. This will be a platform for reform and change in the country.

Malaysians have come together before and, against all odds, achieved the impossible in 2018. Yes, it did not last, but it showed that the people can spark change. We did it once before, we can do it again.

If Malaysians think along the lines of the critical issues of the day, rather than along religious and racial lines, we could rally together to push for a more accountable and just government and reclaim the nation!

We outline five key points of this People’s Agenda:

1. Uphold the dignity and quality of life of the people

  • Develop a people-friendly economy that creates jobs and dignity for all
  • Ensure adequate public healthcare and affordable housing, accessible quality education, food security, a living wage and universal basic income, and a social security net for the vulnerable
  • Protect the rights of all workers, including gig and contract workers, whether in the formal or informal economy, and ensure employment security

2. Promote equitable, sustainable development and address the climate crisis

  • Ensure that development is sustainable and promotes economic justice
  • Promote renewable energy and sustainable mobility, and protect the environment, especially our forests, hills and water catchment areas
  • Cancel unsustainable mega-projects, stop overdevelopment, and build climate resilience against floods, water shortages and rising sea levels

3. Celebrate diversity and inclusivity

  • Acknowledge, respect and include gender, ethnic and religious diversity in planning, development and policymaking
  • Stop all forms of discrimination on the grounds of gender, nationality, ethnicity, religion, age, ability and location
  • Protect the rights of all indigenous communities to their land and livelihoods

4. Save democracy and uphold the rule of law

  • Ensure that all legislation protects human rights, due process and basic freedoms
  • Reform key institutions of governance to ensure checks and balances
READ MORE:  Election 2022: Hope is a precarious thing - but hope, anyway!

5. Fight corruption and cronyism

  • Ensure zero tolerance for corruption and cronyism at all levels
  • Reform the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC), make it truly independent, and place it under parliamentary oversight

We call on all Malaysians to vote for candidates and parties who have shown commitment to these five points.

We call on all political parties and candidates to put the people and the nation first. They should work together in an electoral pact based on these five points and avoid multi-cornered fights.

Let’s save our future!

Main sponsors:

  1. Aliran Kesedaran Negara (Aliran)
  2. Pacos Trust, Sabah
  3. Pergerakan Tenaga Akademik Malaysia (Gerak)
  4. Save Rivers, Sarawak
  5. Suara Rakyat Malaysia (Suaram)
  6. Undi18

Endorsers:

  1. Agora Society Malaysia
  2. All Women’s Action Society (Awam)
  3. Altsean
  4. Association of Toy Libraries Malaysia
  5. Bakas MC
  6. Center for Orang Asli Concerns (COAC)
  7. Centre for Independent Journalism
  8. Cerah
  9. Childline Foundation
  10. G25 Malaysia
  11. Gerakan Belia Se-Punjabi Malaysia (GBSM)
  12. Global Bersih
  13. Global Organisation for People of Indian Origin (Gopio) Malaysia
  14. Grass Malaysia
  15. Greenpeace Malaysia
  16. Imagined Malaysia
  17. Independent Council Of Natives (Icon)
  18. Jaringan Ekologi Dan Iklim (Jedi)
  19. Kolektif Iklim
  20. Kuala Lumpur and Selangor Chinese Assembly Hall (KLSCAH)
  21. Malaysians Against Death Penalty and Torture (Madpet
  22. Maju
  23. Monsoon Malaysia (MM)
  24. Oriental Hearts and Mind Study Institute (OHMSI)
  25. Penang Institute
  26. Persatuan Cahaya Mata Penggerak Sosial (Champs) Kuching
  27. Persatuan Hak Asasi Manusia (Proham)
  28. Persatuan Kebajikan, Komuniti Dan Dialogue (ACID)
  29. Persatuan Patriot Kebangsaan
  30. Persatuan Pemangkin Daya Masyarakat (Rose)
  31. Persatuan Pemangkin Kesedaran Sosial (Pemangkin)
  32. Pertubuhan Muafakat Asas Kemakmuran Malaysia
  33. Pertubuhan Solidaritas
  34. Projek Wawasan Rakyat
  35. Sabah Women’s Action-Resource Group (Sawo)
  36. Sahabat Wanita
  37. Sarawak Women For Women Society
  38. Saya Anak Bangsa Malaysia (SABM)
  39. Sisters in Islam (SIS)
  40. Sustainable Development Network Malaysia (Susden)
  41. Taiping Chinese Culture Society
  42. Taskforce Against Kaiduan Dam (Takad), Sabah
  43. Tenaganita
  44. Tindak Malaysia
  45. Undi Sabah
  46. Wisdom Foundation
  47. Women’s Centre for Change (WCC)
  48. Workers Hub for Change (WH4C)
  49. Zero Waste Sabah
  50. 1-village
AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support our work by making a donation. Tap to download the QR code below and scan this QR code from Gallery by using TnG e-wallet or most banking apps:


The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

Subscribe
Notify of
guest
1 Comment
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
Gursharan Singh
Gursharan Singh
24 Aug 2022 10.31am

In his case there may still be one last resort to be free and back to power IE via a royal pardon. Wait and See.

There may be many more of his kind in whose case the ongoing court cases [and investigations] awaiting closure who should face justice promptly as still out on bail for years enjoying luxurious lifestyles and fruits of their suspected and perceived crimes.

In a recent video titled ‘Najib Dan Pengampunan DiRaja (Najib & a Royal Pardon)’ dated 8 August 2022 Puan Mariam Mokhtar has detailed the adverse implications if a royal pardon is given. [available on Facebook]. Hope those in power may realize implications before proceeding to seek royal pardon.

Bless all.

Last edited 1 month ago by Gursharan Singh
1
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x